Pelajar Agama: Cabaran dan Penguasaan (2)

Jika berbincang tentang kemampuan merujuk, maka masalah orang bukan arab memang ketara. Sementara orang arab pula mempunyai kelebihan kerana bahasa arab adalah bahasa mereka, mereka tidak terlalu sukar untuk menguasai bahasa kitab-kitab karangan ulamak, memahami quran dan hadis.

Jika cabaran merujuk telah berjaya dilepasi, maka satu cabaran besar yang dihadapi oleh cendikiawan Islam ialah apakah yang patut diberikan kepada masyarakat. Pada pandangan saya inilah cabaran terbesar bagi para cendikiawan.

Gedung ilmu Islam adalah khazanah besar yang tidak terkira jumlahnya. Segala macam bidang dan cabang ilmu digali dan digarap oleh cendikiawan Islam semenjak turunnya wahyu sehinggalah kehari ini.

Seorang yang meninjau peninggalan ulamak akan tersesat dalam timbunan garapan dan penerangan terhadap segala macam pandangan serta pendapat. Persoalannya ialah bagaimana seorang cendikiiawan Islam itu menapis, menilai dan memproses segala macam maklumat yang ada.

Inilah cabaran yang besar bagi pelajar pengajian Islam dan guru-guru mereka. Kegagalan memproses dan menyalurkan maklumat akan membawa padah juga. Ini kerana khazanah yang banyak itu bukan sahaja ditulis oleh orang yang mahir dan berkualiti, tapi timbunan garapan itu juga mengandunggi garapan yang lemah dan krang berkualiti.

2 Replies to “Pelajar Agama: Cabaran dan Penguasaan (2)”

  1. salam,

    " Seorang yang meninjau peninggalan ulamak akan tersesat dalam timbunan garapan dan penerangan terhadap segala macam pandangan serta pendapat. Persoalannya ialah bagaimana seorang cendikiiawan Islam itu menapis, menilai dan memproses segala macam maklumat yang ada."

    pada 'pandangan' saya…..

    1)Mualim-mualim di institusi pendidikan islam tertinggi di Malaysia sendiri kurang konfiden utk tampil kehadapan, meluahkan butir pemikiran dan menanamkan kefahaman ilmu di dada mereka sendiri kepada anak murid mereka.

    2)pelajar2 institusi islam di malaysia terkapai-kapai mencari arah serta kehairanan, tidak mendapat memegang satu pandangan yg selari. justeru mereka kebingungan lantas membantu menanamkan sifat semakin tidak minat kepada apa yang mereka pelajari.

    3)Para pendidik haruslah konfiden, dan ikhlas untuk membantu mendidik anak bangsa mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *