Respon Soalan Munsyhi Abdullah

Ya program yang di anjurkan oleh kerajaan Selangor berkaitan Munsyi Abdullah amat baik sekali. Ini kerana Munsyi Abdullah adalah seorang tokoh yang boleh dikatakan hebat. Walaupun ada pihak menganggap beliau sebagai talibarut penjajah, tapi pada dasarnya karya beliaulah antara karya dalam bahasa Melayu yang boleh dibanggakan.

Namun demikian, saya tidak pelik kiranya hadirin tidak faham dengan isi kandungan program. Ini kerana ada beberapa sebab:
1- Para pelajar amat kurang terdedah dengan program berbentuk pemikiran, rata-ratanya program amat bersifat literal dan membincangkan isu sama yang dianggap maha penting, biasanya isu aurat, etika berpakaian dan seumpama dengannya. Bila pelajar di ajak berfikir maka masing-masing rasa tak keruan.

2-Majlis yang diadakan telah diganggu. Ianya bukan diganggu oleh puak pelampau tetapi program ilmiah hanya sebentar dan tidak cukup masa, yang berdikir barat lebih lama dari panel sebenar bercakap. Selain itu gangguan juga berlaku bila ada ahli panel yang tidak perlu.

3-Pelajar tidak membuat persediaan sebelum menghadiri forum. Bila tahu ada forum pakai pegi saja, sepatutnya kita keluar dari sikap lama yang hanya suka mengambil secara langsung, tanpa menganalisa dan sekadar mendengar. Sebaliknya apa yang patut dibuat ialah bila ada forum Munsyhi Abdullah, maka bacalah buku dan perkara berkaitan tokoh itu terlebih dahulu.

4- Paling kurang pelajar diharap dapat membaca buku karangan Munsyhi Abdullah. Antaranya ialah Pelayaran Abdullah. Jika terlalu sukar untuk membaca buku karangan asal, maka bacalah Pelayaran Abdullah yang telah dimodenkan bahasanya dan di terbitkan oleh PTS. Saya kira buku pelayaran Abdullah antara buku yang saya minati…. selamat membaca.
Pandangan anda dihargai

Laungan Kemenangan Dari Bawah Bangkai Yang Busuk

Kapal Mavi Marmaral yang membawa bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza menerima sekatan dan serangan hebat dari komando Israel. Itulah secebis dari timbunan kekejaman Israel yang telah di rakamkan oleh peradaban manusia. Lebih besar dari itu, kekejaman dan penindasan sejak sekian lama di bumi Palestin dan negara-negara lain.

Kehadiran kapal Mavi Marmara sebenarnya membawa seribu satu erti kepada umat Islam dan masyarakat dunia. Walaupun kepungan tidak dapat di rempuh dan bilangan para pejuang keamanan yang gugur mencapai 9 orang, namun resmi perjuangan dan pengorbanan ialah kemenangan dan kehidupan.

Firman Allah bermaksud:
Jangan engkau sangka orang yang mati pada jalan Allah itu mati, bahkan mereka hidup disisi tuhan mereka mendapat rezeki.

Mereka tidak mati disisi Allah sebaliknya mereka akan menikmati kehidupan abadi yang agung, perjuangan yang di sertakan dengan pengorbanan juga tidak akan mati, sebaliknya pengorbanan mereka akan terus menyuburkan perjuangan dan menghidupkannya.

Satu kemenangan besar yang dicapai oleh pejuang keamanan ini ialah mereka berjaya mengetuk kepala pemimpin-pemimpin Islam yang sedang nenyak dalam dakapan nafsu dan syahwat dunia. Pemimpin-pemimpin dunia Islam yang buta mata-hati mereka terhadap tugas dan tanggungjawab yang terpikul diatas bahu masing-masing.

Sewaktu Sewaktu Erdogan yang bukan Arab itu mengutuk Isreal dan berjanji kepada Ismail Haniyeh untuk terus membantu rakyat Palestin, pemimpin Saudi dan ulamak mereka hanya berputih mata. Diikuti pula dengan pemimpin-pemimpin negara Arab dan Islam yang lain.

Mereka hanya tahu membuat perjanjian di Syaram Syeikh, memperuntukkan berbilon wang untuk membangunkan Palestin dan hari ini peruntukan itu ditelan kedalam perut mereka yang tidak pernah kenyang.

Kafilah ini mempu menyatakan kepada dunia bahawa umat Islam masih bernyawa walaupun terhimpit dibawah timbunan bangkai pemimpin mereka yang busuk, nadi jihad umat Islam masih berdenyut dan pemuda pemuda mereka masih bernyawa.

Misi kemanusiaan itu membawa risalah dari lebih 50 negara, bagi mengatakan tidak kepada kepungan Isreal. Kelmarin Israel memebaskan pejuang keamanan dari negara berikut, 30 Jordan, 18 Kuwait, 4 Bahrain, 7 Maghribi, 3 Syiria, 28 Aljeria, 1 Oman, 4 Yaman, 3 Mauritania, 12 Indonesia, 3 Pakistan, 11 Malaysia dan 2 Azirbijan.

Selain menembak , Isreal juga mengikat beberapa orang pejuang keamanan dan menghumbankan mereka kelaut. Selain itu mereka melayan pejuang keamanan Islam dengan layanan kasar dan tidak berperi kemanusiaan sementara layanan untuk mereka dari Eropaah jauh lebih baik.

Kekuatan Israel tidak pernah menakutkan umat Islam, kereta kebal dan helikopter Apache Israel tidak pernah melemahkan semangat umat Islam. Musiabah umat Islam hari ini ialah pemimpin-pemimpin mereka yang hanyut dengan buwaian dunia, dan usaha umat ialah untuk membuang timbunan bangkai yang busuk yang sekian lama menghimpit mereka.

Pandangan anda dihargai