Selamat Berpuasa

Kepada seluruh sahabat, diucapkanselamat berpuasa, semoga kedatangan Ramadan kali ini memberikan sesuatu yang lebih bermakna. Dengan kedatangan Ramadan, kita bukan sahaja digalakkan menambahkan amalan, bahkan meluas dan mempelbagaikanya.

Ibadat Berbentuk Individu
-Solat
-Puasa
-Munajat
-Zikir dll

Ibadat Berbentuk Masyarakat
-Membantu yang kesusahan
-Menasihati yang bersalah
-Menggembirakan yang bersedih

Ibadah Berbentuk Harta
-Menderma
-Menghadiahkan
-Memberi makan
-Mewakafkan

Ibadah Berbentuk Ilmu:
-Menyampaikan pengetahuan kepada orang lain
-Mendengar garapan ilmu
-Membaca
-Berbincang

Ibadah Berbentuk Dakwah
-Membimbing
-Menasihati
-Menjadi contoh dan tauladan

Pintu kebaikan itu terbuka luas untuk sesiapa sahaja…

Pandangan anda dihargai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *