Ipar Tony Blair memeluk Islam

Lawrence Bulth, adik-beradik isteri Tony Blair mantan Perdana Menteri Britain, telah mengishtiharkan dirinya memeluk agama Islam setelah kembali dari melawat negara Iran. Ketika beliau ditanya samada memeluk Islam dan membawa aliran Syiah, beliau menafikan khabar angin itu dan mengatakan beliau adalah seorang Islam. Beliau yang memilih untuk mengiklankan keimanannya di atas pentas The Global Peace, beliau mendapati keluarga muslim yang beliau kenali tidak ganas sebagaimana yang digambarkan. Beliau juga turut menyatakan bahawa hubungannya dengan Tony Blair agak tegang. Selain itu, beliau berazam untuk memperbetulkan persepsi masyarakat antarabangsa terhadap Islam.
Sumber: al Jazeera

Pandangan anda dihargai