Tafsir Jumaat: Perang Uhud dan Pengharaman Riba

125

بَلَى إِن تَصْبِرُواْ وَتَتَّقُواْ وَيَأْتُوكُم مِّن فَوْرِهِمْ هَذَا يُمْدِدْكُمْ رَبُّكُم بِخَمْسَةِ آلافٍ مِّنَ الْمَلائِكَةِ مُسَوِّمِينَ

126

وَمَا جَعَلَهُ اللَّهُ إِلاَّ بُشْرَى لَكُمْ وَلِتَطْمَئِنَّ قُلُوبُكُم بِهِ وَمَا النَّصْرُ إِلاَّ مِنْ عِندِ اللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ

127

لْيَقْطَعَ طَرَفًا مِّنَ الَّذِينَ كَفَرُواْ أَوْ يَكْبِتَهُمْ فَيَنقَلِبُواْ خَائِبِينَ

128

لَيْسَ لَكَ مِنَ الأَمْرِ شَيْءٌ أَوْ يَتُوبَ عَلَيْهِمْ أَوْ يُعَذِّبَهُمْ فَإِنَّهُمْ ظَالِمُونَ

129

وللَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ يَغْفِرُ لِمَن يَشَاء وَيُعَذِّبُ مَن يَشَاء وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

130

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَأْكُلُواْ الرِّبَا أَضْعَافًا مُّضَاعَفَةً وَاتَّقُواْ اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

125. bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertaqwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu Dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu Dengan lima ribu malaikat Yang bertanda masing-masing.

126. dan Allah tidak menjadikan bantuan tentera malaikat itu melainkan kerana memberi khabar gembira kepada kamu, dan supaya kamu tenteram Dengan bantuan itu. dan (ingatlah bahawa) pertolongan Yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

127. (Kemenangan Badar itu) kerana Allah hendak membinasakan satu golongan dari orang-orang kafir atau menghina mereka (dengan kekalahan), supaya mereka kembali Dengan hampa kecewa.

128. Engkau tidak berhak sedikitpun (Wahai Muhammad) Dalam urusan (orang-orang Yang ingkar) itu, (kerana urusan mereka tertentu bagi Allah), sama ada Dia menerima taubat mereka ataupun ia menyeksa mereka; kerana Sesungguhnya mereka itu orang-orang Yang zalim.

129. dan bagi Allah jualah Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi. ia mengampunkan sesiapa Yang dikehendakiNya, dan Dia menyeksa sesiapa Yang dikehendakiNya. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

130. Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu makan atau mengambil riba Dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya.

Tafsir:

Ayat 125 dan sebelumnya menerangkan tentang peperangan Uhud dimana tentera Islam yang dipimpin oleh nabi MUhamad s.a.w. sendiri telah menemui kegagalan. Allah mengingatkan kembali perisiwa kemenangan dalam peperangan Badar. Kemenangan itu adalah perolongan dari Allah. Oleh itu dalam peperangan lain kemenangan juga dari Allah. Untuk itu yang penting adalah ketaqwaan.

Ayat 130 tiba-tiba membincangkan pengharaman riba, situasi ini menyebabkan sebahagian ulamak menyangka Allah telah memulakan perbincangan baru dan meninggalkan perbincangan mengenai kekalahan dalam peperangan Uhud. Namun demikian seorang ahli tafsir bernama Quffal berpendapa sebaliknya. Menuru beliau, perbincangan mengenai riba sebenarnya rentetan dari perbincangan mengenai kekalahan di Uhud.

Ini kerana orang-orang Quraish telah memberikan bujet perang yang besar dan memiliki tentera yang lebih canggih kerana mereka memperuntukkannya dari hasil riba. Perniagaan mereka yang berasaskan riba membawa kekayaan dan keuntungan yang lebih cepat dan besar. Keadaan ini membuatkan orang Islam juga terfikir untuk berbuat demikian. Mereka mahu mendapatkan peruntukan kewangan segera demi memperkasakan pertahanan negara. Tindakan mereka itu dengan segera ditegur oleh Allah.

Pandangan anda dihargai