Najmuddin Arbakan Tokoh Terbilang

Najmuddin Arbakan adalah pengasas gerakan islam moden Turki. Beliau merupakan Perdana Menteri pertama dari gerakan Islam. Mentor kepada Perdana Menteri Turki sekarang Ardogan. Dengan kematian beliau pada hari Ahad lepas, Turki dan dunia Islam kehilangan seorang tokoh dakwah yang hebat.

Pada tahun 1996 Arbakan telah berjaya menjadi Perdana Menteri Turki setelah berjaya membentuk kerajaan campuran. Namun demikian pihak tentera Turki tidak memperkenan pemerintahan Arbakan kerana bimbang beliau akan memperkasakan nilai Islam dalam negara Turki. Tentera Turki merupakan pendokong pemikiran sekular di negara itu.

Setahun sahaja selepas memegang kuasa, Erbakan telah dipaksa oleh tentera untuk meletak jawatan. Walaupun kamenangan parti Islam yang dipimpin oleh Arbakan berdasarkan demokrasi yang sah mengikut undang-undang Turki, namun beliau telah dipaksa meletak jawatan.

Alhamdulillah, tekanan ini disambut dengan tindakan penuh hikmah. Arbakan turun dari kerusi tertinggi negara Turki, beliau tidak memilih untuk mempertahankan jawatan Perdana Menteri dengan kekerasan dan senjata. Tindakan hikmah itu telah menyelamatkan Turki dari perang saudara seperti yang berlaku di negara-negara Arab.

Tidak cukup dengan menjatuhkan kerajaan Arbakan, akhirnya parti Rafah yang dipimpin oleh beliau telah diharamkan pada tahun 1998. Antara alasan yang diberikan tentera ialah Parti Rafah mempunyai agenda yang mengancam fahaman Sekular. Pihak tentera masih tidak berpuas hati, mereka akhirnya mengatur drama lebih licik, kali ini membawa kepada hukuman penjara dijatuhkan keatas Arbakan, atas desakan rakyat, hukuman itu akhirnya ditukar kepada tahanan di rumah.

Apa yang sangat melucukan ialah tohmahan yang dikenakan terhadap Arbakan ialah menggelapkan wang partinya. Hukuman penjara dua tahun empat bulan itu dijatuhkan pada tahun 2002. Pada tahun yang sama Parti Keadilan telah berjaya menguasai Turki. Parti Keadilan Turki sebenarnya dipimpin oleh bekas kepimpinan parti Rafah.

Najmudin Arbakan tidak lagi menerajui parti baru ini tetapi memberi khidmat nasihat dan sokongan. Sekali lagi Najmuddin Arbakan menunjukkan keikhlasan dan kebijaksanaan beliau, kerana dengan tindakan itu pihak tentera tidak dapat menahan kemaraan kepimpinan Islam Turki yang pada kali ini tidak lagi menonjolkan slogan Islam tetapi lebih menunjukkan nilai kemanusiaan dan keadilan.

Moga-moga Allah merahmati Najmuddin Arbakan, seorang tokoh ulung di kurun ini, yang telah bersedia meninggalkan jawatan dan pangkat, yang mengorbankan nafsu dan kehendak dirinya demi kesejahteraan umat. Beliau telah berjaya mempelopori usaha dakwah dan berpolitik moden dan matang yang segarusnya dikaji dan dipelajari oleh umat Islam.

Ya Allah cucurilah rahmatmu keatas rohnya dan suburkan benih-benih iman yang disemai olehnya, engkaulah tuhan yang merahmati amin!!!

Pandangan anda dihargai

Mubarak Mesir telah pergi?

Husni Mubarak berjaya dilucutkan jawatannya, tapi apakah kerajaan dan kroni Mubarak juga berjaya dihapuskan? Sehubungan dengan persoalan ini, Dr Muhammad Ammarah, seorang tokoh pemikir Mesir yang disegani memberi panduan untuk menilai sejauh mana kuasa Mubarak masih membelit tengkuk rakyat Mesir:
1-Kerjasama ketenteraan dengan Israel
2-Menyokong penjajahan Amerika keatas Iraq dan Afghanistan
3-Menjual petrol dan gas kepada Israel dengan harga diskaun 30%
4-Menjual besi dan simen untuk pembangunan penempatan haram Israel

Kefasadan dalaman pula berbentuk:
1-Memusnahkan aktiviti parti-parti politik, demokrasi dan sistem kehakiman
2-Memiskinkan rakyat, 50% rakyat Mesir hidup dibawah paras kemiskinan
3-Menggunakan polis dan askar untuk menangkap, membunuh dan menyiksa sesiapa yang melawan Mubarak
4-Menggunakan samseng, polis upahan dari luar terutamanya dari negara2 Afrika.
5-Menghalang segala penerapan nilai Islam
6-Merompak kekayaan negara sehinga kekayaan Mubarak bernilai berbillion dollar.

Jika kerajaan yang menggantikan Mubarak tidak mengubah tabiat yang telah dilakukan oleh diktator itu, bermakna rakyat Mesir masih dibelenggu oleh Mubarak kedua, ketiga dan seterusnya.
Samada Mesir, Tunisia, Libya, Yaman dan mana-mana negara sekalipun hatta Malaysia, jalan untuk keluar dari cengkaman diktator ialah Demokrasi, hidupkan demokrasi dan budayakan demokrasi. Demokrasi sebenar yang berasaskan kepada kebebasan bersuara. Kebebasan media, kebebasan berfikir dan kebebasan berpolitik……rakyat Malaysia perlu cepat belajar, jangan biarkan Mubarak Malaysia pula muncul setelah perginya Mubarak Mesir!!!!

Pandangan anda dihargai

Membantu dan Dibantu

Sabda Rasulullah s.a.w:
مَنْ نَفَّسَ عَنْ أَخِيهِ الْمُسْلِمِ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الْآخِرَةِ
Maksudnya:
Sesiapa yang membantu menyelesaikan satu masaalah saudaranya di dunia maka Allah akan menyelesaikan masalahnya di akhirat. Riwayat Ahmad
Sebagai manusia biasa kita sering menghadapi masalah, samada dalam kewangan, kesihatan, perasaan, hubungan, pengetahuan dan berbagai masaalah lagi. Dengan menghulurkan bantuan akan membawa kepada:
-keberkatan hidup
-menguatkan ukhuwah
-menghilangkan perasaan dengki dan dendam
-pahala dan pertolongan Allah
Terdapat beberapa perkara berkaitan dengan akhlak membantu ini:
1-Suka dibantu tapi malas membantu orang lain

Sikap hanya suka dibantu tetapi amat malas membantu akan menyebabkan manusia akan menjauhi seseorang individu, ini kerana tahap amalan kebanyakan menusia ialah pada kadar memberi dan menerima dan sebahagian kecil sahaja yang mencapai peringkat memberi tapi tidak pernah memikirkan untuk menerima balasan.

2-Mengambil peluang di atas kebaikan orang lain

Sikap seperti ini akan memutuskan tali persaudaraan, menjauhkan manusia dan menghentikan sifat baik suka membantu. ini kerana kebanyakan manusia amat membenci orang yang sering mempergunakan dirinya

3-Lupa terhadap kebaikan dan tidak menghargainya

Sifat tidak menghargai kebaikan orang akan membawa bencana kepada masyarakat, ini kerana kebaikan yang tidak dihargai akan membuatkan manusia malas melakukannya, oleh itu menjadi satu amalan yang baik untik mendokan orang melakukan kebaikan kepada kita samada kecil atau besar, perkataan jazakallah khairan, allah yuinuka dan sebagainya mungkin nampak kecil pada mata manusia tetapi hakikatnya amat berharga

4-Merasa kecewa bila tidak dihargai

Bagi mereka yang menyumbang, seringkali pula syaitan membisikkan perasaan penyesalan, kehilangan dan berbagai perkara negatif untuk meruntuhkan amalan menyebarkan kebaikan. Sesiapa yang dapat bertahan dengan keikhlasan maka dia telah berjaya mengahada[i satu tipu helah musuh Allah yangt erlaknat itu.

5-Melupai Allah

Mungkin juga terjadi apabila kita dibantu, kita lupa bahawa Allahlah sebenarnya yang membantu kita, cuma Allah membantu kita dengan cara2 tertentu. Seorang yang jahil akan menerima ilmu dari Allah tetapi melalui seorang guru dan begitulah dalam perkara2 lain.

Disana terdapat pula perkara yang boleh membatalkan pahala terhadap bantuan yang telah diberikan:
1-Mengungkit-ungkit kebaikan yang telah dilakukan

2-Menyakiti orang yang telah dibantu contohnya memandang hina kepada mereka.

Mudahan Allah memberkati kita dengan terus menyumbang samada dengan ilmu, harta, tenaga, masa, kepakaran dan sebagainya.

Pandangan anda dihargai