Undang-undang Jenayah Islam (2)

Klasifikasi Jenayah

Jenayah pula boleh diklasifikasikan mengikut beberapa sudut dan peringkat yang tertentu. Jika jenayah itu dilihat dari sudut ringan atau beratnya sesuatu jenayah yang dilakukan oleh seseorang pesalah, maka ianya boleh dibahagikan kepada dua bahagian seperti berikut:

  1. Jenayah yang dilakukan secara sengaja.
  2. Jenayah yang dilakukan secara tidak sengaja atau kerana kejahilan pelakunya.

Keadaan pelakuan jenayah yang dikategorikan itu tadi memberi impak terhadap hukuman yang dikenakan terhadap para pelakunya. Selain itu, jenayah juga boleh dibahagikan mengikut hak orang yang diceroboh atau dilanggari haknya. Dari sudut ini, jenayah boleh dibahagikan kepada:

  1. Jenayah yang melibatkan pelanggaran terhadap hak Allah.

Apa yang dimaksudkan dengan pelanggaran hak Allah di sini ialah kes jenayah yang melibatkan pencabulan terhadap institusi agama, kedaulatan negara atau ke atas masyarakat.

Contoh bagi jenayah jenis ini ialah Jenayah murtad yang dianggap mengancam keselamatan dan kedaulatan negara, jenayah minum arak, mencuri dianggap mengganggu ketenteraman masyarakat dan lain-lain.

  1. Jenayah yang melibatkan pelanggaran terhadap hak individu.

Jenayah ini apa yang dinyatakan lebih tertumpu kepada pelanggaran hak peribadi seseorang individu secara yang lebih khusus, lebih daripada hak-hak masyarakat yang lebih bersifat umum.

Antara jenayah jenis ini ialah memaki hamun individu tertentu, memukul, mencederakan atau hingga ke tahap membunuh mana-mana individu tersebut.

Pandangan anda dihargai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *