Provokasi








Tiba-tiba isu agama yang sangat sensitif dalam negara masyarakat majmuk seperti Malaysia ini telah dicanang. Mujahid ulung telah bangkit dengan mengishtiharkan kesediaannya untuk mati syahid.

Apabila membaca berita di atas di laman Malaysiakini, saya mula tertanya-tanya, apa yang idak kena dengan semangat menyala-nyala dari Ibrahim, betapa perlunya umat Islam untuk memahami apakah makna jihad yang sebenar.

Apakah ini merupakan masanya umat ISlam bangun mempertahankan hak mereka. Bila saya meneliti semula al-Quran, saya dapati ada satu cerita yang sangat menarik, cerita ini diketahui ramai, rasanya. Kisah nabi Daud menentang Jalut seorang pemimpin dari bangsa Qibti (suku sakat Firaun).

Apa yang menarik dari kisah ini ialah adanya watak orang-orang Bani Isreal yang sememangnya meminta-minta dari Nabi Allah untuk diturunkan wahyu mengarahkan mereka berjihad. Ketika nabi melihat itu bukannya waktu berjihad secara bersenjata, kumpulan ini beria benar untuk melawan musuh. Mereka nampaknya bersemangat dan begitu berani, tetapi apabila Allah menurunkan arahan jihad tiba-tiba mereka lari dan sebenarnya takut untuk berjuang.

Mudah-mudahan kisah seperti ini mampu memberi pengajaran kepada masyarakat tentang apakah jihad dan apakah keganasan. Buku paling baik untuk memahamkan keadaan ini ialah karangan Dr Yusuf al-Qaradawi bertajuk Fiqh al-Jihad. Buku ini setebal dua jilid dalam bahasa Arab dan telah di terjemahkan dalam bahasa Indonesia.

Sebuah buku lagi ialah ‘Islam dan Keganasan’ merupakan terjemahan dari karya Dr Yusof al-Qaradawi juga. Penterjemahnya ialah saya sendiri.

Mukasurat: 160
Besar: 6 inci X 9 inci
Harga: RM 17:50
(Penghantaran dalam Malaysia Percuma!!)
Hubungi:
benmokhtar2@gmail.com
Tel:0192773619

 

Pandangan anda dihargai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *