Hakikat Kristian


…..

Mereka mendakwa bahawa Nabi Isa A.S tidak pernah berperang dengan sesiapa pun. Bahkan di antara ajaran mereka ialah: “Jika ada orang yang memukul pipi kananmu, maka palinglah pipi kirimu (untuk dipukul) dan sesiapa yang meminta kamu berjalan sebatu maka berjalanlah untuknya 25 batu. Sesiapa yang mahu mengambil bajumu, maka berikan juga kepada mereka kainmu”.

Dengan itu, mereka menganggap keburukan tidak boleh dibalas dan ditentang dengan keburukan dan kekerasan tidak boleh ditentang dengan kekerasan. Bahkan mereka menganggap Nabi Isa menyeru pengikutnya menyayangi musuh mereka dan berterima kasih kepada orang yang mencaci mereka.

(Lihat Injil Matta – 5 : 43 & 44)

Sejauh manakah kebenaran kata-kata itu? Dan apakah masyarakat Barat hari ini benar-benar berpegang dengan ajaran Kristian ?

Sejarah silam dan realiti semasa membuktikan bahawa orang Kristian yang menjadi pengkhianat Nabi Isa amat jauh dari semangat dan ajaran itu tadi. Mereka tidak pernah menghulurkan pipi kiri mereka setelah pipi kanan mereka dipukul. Bahkan merekalah orang yang mula memukul tanpa sebarang alasan dan sebab yang wajar.

Para penganut ajaran Kristian di sepanjang zaman telah banyak melakukan pembunuhan terhadap bangsa yang tidak sealiran dan bertentangan dengan akidah mereka. Bahkan berlakunya pembunuhan antara mereka sendiri yang melibatkan jutaan mangsa yang tidak berdosa turut terkorban. Inilah yang telah tersimpan dalam lipatan sejarah dan tidak akan dilupakan.

Antara buku karangan yang memaparkan kisah ini adalah karya Rahmatullah al-Hindi yang bertajuk Izhar al-Haq. Buku ini telah menceritakan peperangan dan jumlah korban hasil persengketaan antara penganut Kristian Katolik dan Protestan sejak awal perkembangan kedua mazhab ini.


Pandangan anda dihargai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *