Dua Nikmat Allah

Aidilfitri dan Hari Kebangsaan adalah dua kemenangan yang merupakan anugerah Allah kepada kita. Kemenangan terhadap hawa nafsu dan kemenangan terhadap penjajah.
Besar dan pentingnya kemenangan mengatasi hawa nafsu, telah diterangkan oleh al-Quran dalam bentuk menceritakan bahaya Hawa Nafsu:
وقال تعالى : ( ولا تتبع الهوى فيضلك عن سبيل الله ) ص : 26.
Maksudnya: Jangan kamu mengikut hawa nafsu kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah.
Ketika seorang muslim berpuasa, dia telah membentuk dirinya meluruskan naluri kearah fitrah yang benar dan jalan Allah yang lurus. Dia mengajar dirinya untuk tunduk kepada Allah dalam segenap perkara, melentur diri untuk meninggalkan keperluan jasad demi mendapat ketinggian rohani.
Besar dan pentingnya nikmat kemerdekaan diterangkan oleh Allah dalam bentuk janji memberi kuasa kepimpinan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh:
وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُم فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْناً
Maksudnya:
Allah berjanji kepada orang-orang beriman dan beramal soleh dengan mendapat kuasa pemerintahan di bumi sebagaimana yang telah diberikan kepada kaum terdahulu, Allah akan tegakkan agama mereka yang diredai olehnya dan Allah akan tukarkan ketakutan mereka kepada aman.
Dengan nikmat kemenangan terhadap musuhlah maka agama Allah dapat ditegakkan dan rupa bangsa muslim dapat dijelmakan. Nikmat kemenangan mengatasi musuh mungkin sering dilupai apabila berlalu masa yang lama terhadap zaman penjajahan, oleh itu tidak hairanlah jika ramai jenarasi muda yang memandang sepi terhadap nikmat ini.

Mukmin dan munafik

Sabda Rasulullah s.a.w
مثل المؤمن كالخامة من الزرع، تفيئها الريح مرة وتعدلها مرة، ومثل المنانافق كالأَرزة، لا تزال حتى يكون انجعافها مرة واحدة

Dalam hadis ini Rasulullah s.a.w. mengumpamakan orang mukmin seperti pokok gandum yang baru tumbuh. Condong bila diitiup angin tetapi kembali tegak setelah angin berhenti.

Perumpamaan orang munafik pula seperti pokok besar yang berdiri teguh. Apabila datang angin kuat yang mencabutnya dari bumi, dia tidak dapat kembali lagi kepada keadaannya.
Hadis riwayatBukhari

Kesimpulannya orang mukmin tetap dengan agamanya, sementara orang munafik akan tercabut pegangan agamanya jika berdepan dengan cobaan….mudahan kita dari kumpulan pertama

Terkini, jualan buku untuk tabung Somalia berjumlah RM9827.00

barakallah fikum, mudahan semua yang terlibat mendapat bahagiannya disisi Allah. amin.



Pandangan anda dihargai

Kebijaksanaan Arab Badwi

Cerita ini dikatakan berlaku di zaman jahiliah dimana terdapat seorang lelaki kaya mempunyai 3 orang anak dan kesemuanya bernama Abdullah. Ketika lelaki ini meninggal dunia, anak-anaknya sangat terkejut kerana terjumpa wasiat berbunyi: 2 Abdullah mendapat waris dari hata ku dan satu Abdullah tidak dapat mewarisi harta ku.

Kesemua Abdullah sanagat hairan dengan wasiat ini dan masing-masing mencari siapakah yang dimaksudkan dengan Abdullah yang tidak dapat mewarisi harta ayahnya itu. Ketiga-tiga Abdullah ini pun sepakat untuk berjumpa dengan hakim yang terletak jauh dari kampung mereka.

Dipendekkan cerita, ketika mereka dalam perjalanan mereka berjumpa dengan seorang lelaki yang mencari untanya yang hilang, belum sempat lelaki itu menerangkan keadaan untanya, Abdullah pertama menyatakan: Apakah unta tuan buta sebelah?? Lelaki itu sangat terkejut lalu berkata: Ya, dimanakah tuan lihat unta saya? Jawab Abdullah pertama : Tidak saya tak melihatnya.

Belum sempat lelaki itu meneruskan kata-katanya lagi, Abdullah kedua pula berkata: Unta tuan itu tidak ada ekor ke? Lelaki tambah terkejut: Ya, ianya unta kontot, tuan nampak ke unta saya ?? Tak nampak pun jawab Abdullah kedua.

Belum sempat apa-apa lagi Abdullah ketiga pula berkata: Tuan, unta tuan tu sebelah kakinya tempang? Lelaki itu memekik: Hah!! sahlah kamu bertiga mencuri unta saya!! Kalau kamu tak nampak macam mana kamu boleh sifatkan unta itu kepada saya.

Lelaki itu berkata: Kalau kamu semua tak mengaku mencuri saya akan bawa kamu semua berjumpa hakim. Jawab 3 Abdullah itu: Moleklah kalau begitu kami pun memang sedang menuju ke rumah hakim. Lalu keempat-empat orang lelaki itu pun berjalanlah menuju rumah hakim.

Adat orang Arab memuliakan tetamu dan memberi makan yang lazat2. Lalu sebelum hakim menyelesaikan kes mereka, terlebih dahulu dia menjamu tetamu yang datang dari jauh

Disuruhnya khadamnya memberikan makanan yang lazat kepada keempat-empat tetamu itu, dalam masa yang sama dia menghantar seorang khadam khas untuk mengintip perbualan mereka.

Selepas selesai makan, Abdullah pertama berkata: Orang yang memasak roti yang kita makan tadi ialah perempuan hamil.

Abdullh kedua pula berkata: Danging yang kita makan tadi tu bukan daging kambing tapi daging anjing.

Abdullah ketiga berkata: Sebenarnya Hakim yang kita nak jumpa ni adalah anak zina.

Sewaktu mereka menanti-nati ketibaan hakim maka tuan unta yang hilang itu bertanya: Wahai Abdullah semua, kalau kamu semu tidak mencuri unta saya, bagaimana pula kamu dapat menyifatkan unta saya????

Abdullah pertama menjawab: Aku tahu unta kamu tu buta sebelah mata sebab aku lihat rumput disebelah kanan tempat unta itu diikat tidak dimakan, dia hanya makan rumput sebelah kiri sahaja, ini tandanya matanya sebelah telah tidak berfungsi.

Lelaki itu bertanya: mengapa pula tuan dapat mengetahui unta saya kontot??

Abdullah kedua menjawab: Tabiat unta ialah menggerak-gerakkan ekornya bila dia berak. Dengan itu najisnya akan berterabur. Aku dapat tahu unta kamu itu tidak berekor bila aku tengok najisnya bertompok-tompok.

Lelaki itu bertanya lagi: Bagaimana tuan dpt mengetahui unta saya tempang sebelah kakinya??

Abdullah ketiga menjawab: Saya dapat tahu unta tuan tempang kerana kesan tapak kaki unta atas tanah biasanya empat, tapi kesan tapak kaki unta tuan hanya ada tiga sahaja.

Lelaki itu sangat terpegung dengan kebijaksanaan ketiga-tiga Abdulah itu, dia meminta maaf kerana menuduh mereka mencuri.

Dipihak yang lain Hakim memanggil khadam yang dihantar lalu bertanya: Apakah yang dikatakan oleh ketiga-tiga lelaki yang kamu dengar???

Khadam menjawab: Abdullah pertama mengatakan perempuan yg memasak roti adalah wanita hamil. Terkejut dengan kata-kata itu Hakim pun pergi berjumpa tukang masak dan didapati benar dia wanita hamil.

Dia datang lagi, lalu bertanya kepada khadam, apa lagi yang dikatakan. Khadam memberitahu Abdullah kedua mengatakan hidangan yang diberikan kepada berekeka ialah masakan daging anjing.

Hakim sangat terkejut dengan kata-kata itu lalu pergi menyiasat apakah kata-kata itu benar. Selepas dia menyoal siasat ketua tukang masak didapati kata-kata itu benar. Dia telah mencuri peruntukan membeli daging kambing sebaliknya menangkap anjing liar. (Orang arab menghidangkan kepada tetamu kambing muda yg masih agak kecil kerana dagingnya sedap, saiznya lebihkurang anjing saja!!!)

Selepas kembali Hakim bertanya lagi, apa lagi yang dikatakan oleh Abdullah itu. Khadam mengatakan itu saja yang dikatakan tetapi dari kegelisahannya Hakim dapat mengetahui ada soalan yang disembunikan oleh khadam

Setelah mengugut khadam itu, barulah dia berterus terang menceritakan bahawa Abdullah ketiga mengatakan Hakim adalah anak zina.

Mendengarkan kata-kata itu Hakim sangat terkejut dan dengan segera di meluru pergi berjumpa dengan ibunya. Ibunya dengan sekeras-kerasnya menafikan tuduhan tersebut.

Namun demikian setelah melihat anaknya sangat beriaria untuk mengetahui hakikat sebenar, ibunya akhirnya mengakui hakikat Hakim adalah anak orang lain bukan anak ayahnya sekarang….ibunya pun bercerita panjang cerita sebenar

Setelah menangisi keadaan dirinya Hakim kembali kepada Abdullah dan dia sangat takjub dengan maklumat yang mereka ketahui.

Sewaktu di depan Abdullah, Hakim berpura-pura tidak mengetahui apa yang dikatakan oleh ketiga-tiga Abdullah. Dia bertanya masalah yang membuatkan mereka datang berjumpanya.

Mereka pun menerangkan bahawa mereka menghadapi masalah wasiat ayah mereka yang terlalu umum. “Kami datang untuk mengetahui siapakah Abdullah yang dikecualikan dari puasaka seperti dalam wasiat ayah kami”

Sebelum hakim menyelesaikan masalah, dia bertanya wahai Abdullah pertama, dari mana kamu dapat mengetahui tukang masak yg menyediakan roti adalah wanita hamil?

Jawab Abdullah: Tuan Hakim, roti yg dibawakan kepada kami itu rendah pada satu bahagian tepi, ini kerana perempuan yg menyediakan roti itu tertekan roti itu dengan perutnya tetapi bahagian roti yang lain tidak tertekan. (sapa-sapa yg biasa tengok org arab buat roti mmg faham dengan situasi ini)

Hakin sangat terkejut tetapi terus bertanya: Abdullah kedua dari mana kamu mengetahui daging yang kamu makan tadi adalah daging anjing???

Tuan hakim daging kambing susunannya begini…

Tulang dibahagian dalam, diikuti daging dan kemudiannya lemak pada bahagian atas.

sementara masakan yang kami makan susunannya ialah tulang pada bahagian dalam, diikuti lemak pada bahagian tengah dan daging pada bahagian luar, itulah susunan daging anjing.

Hakim sangat kagum dengan kebijaksanaan Abdullah, yang terakhir ialah soalan yang sangat sensitif dia bertanya juga kepada Abdullah ketiga mengapa kamu katakan aku adalah anak zina, dari mana kamu dapat tahu??

Abdullah menjawab dengan marah:Tuan menghantar orang mengintip gelagat dan percakapan kami, perbuatan ini tidak dilakukan oleh orang baik-baik sebab itu saya memaki tuan dengan perkataan itu!!!

Hakim berkata: Nampaknya kamu pun samalah sebab kamu memaki aku dengan perkataan itu, engkaulah anak zina sebab itulah ayahmu mengatakan seorang Abdullah tidak mendapat pusaka dan engkaulah orangnya.




Pandangan anda dihargai

Dugaan Kesetiaan


Di zaman dahulu ada seorang petani yang tinggal di sebuah perkampungan terpencil. Petani ini bernama Zomi. Kehidupan Zomi tidak banyak terdedah kepada dunia luar, dalm masa yang sama dia memiliki sifat yng kurang baik iaitu bermuka-muka. Dia tidak suka berterus terang dan sering membuat keputusan tanpa perhitungan.

Pada suatu hari kuda kepunyaan Zomi telah jatuh ke dalam telaga. Puas sudah Zomi berusaha untuk mengeluarkan kudanya dari dalam perigi itu teapi tidak berjaya. Zomi cuba mengangka dengan menggunakan tali, tapi kudanya tercekik dan mungkin mati.

Langkah seterusnya ialah memberitahu jiran-jiranya. Apakah jalan terbaik yang perlu beliau lakukan demi menyelamatkan kudanya itu. Semasa bermusyarat dengan beberapa orang kampung, banyak cadangan yang diberikan kepada Zomi dan akhirnya terserah kepada beliau untuk membuat keputusan.

Zomi menimbang-nimbang jalan terbaik yang perlu dilakukan. Belanja untuk mengeluarkan kudanya sama saja dengan harga membeli seekor kuda lain. Zomi rasa ini tidak menguntungkan kerana kudanya yang ada sekarang telah tua dan uzur. Lebih baik di membeli Kuda lain yang lebih muda dan gagah.

Zomi juga sedar telaga yang ada sekarang sudah kering dan tidak berair. Mengapa pula saya perlu untuk mengeluarkan kuda itu. Lebih baik saya timbuskan saja telaga yang sudah tidak berguna ini dengan kuda tua yang telah lemah.

Akhirnya itulah keputusan yang dibuat oleh Zomi, dia akan menimbuskan telaga beserta dengan kudanya sekali. Walaupun perbuatan tersebut tidak berperikemanusiaan tapi demi menjimatkan perbelanjaannya Zomi sanggup berbuat demikian.

Zomi juga merasakan bahawa inilah masa yang sesuai untuk beliau menimbuskan telaga itu, semua orang kampung akan membantunya kerana tidak tahan mendengar pekikan kudanya dari dalam telaga itu. Zomi pun mula memberitahu orang-orang kampung tentang hasratnya.

Keesokan harinya Zomi dan orang-orang kampung mula menimbuskan telaga itu. Mereka menggumpulkan sampah sarap dan tanah untuk dihumbankan kedalam telaga yang terdapat di dalamnya kuda malang yang terjatuh itu.

Kuda Zomi menyangka dia akan mati pada hari tersebut. Dia sedar dengan tindakan Zomi apabila penduduk kampung mula menghumbankan sampah sarap kedalam telaga. Sampah sarap dan tanah itu jatuh ke atas belakang kuda didasar perigi.

Setelah beberapa kali dihempap timbunan sampah sarap dan tanah, kuda Zomi mendapat satu idea. Dia bertindak melompat setiap kali timbunan sampah dan tanah dihumbankan. Dengan berbuat demikian tanah dan sampah sarap itu jatuh ketanah dan kedudukannya semakin tinggi.

Itulah yang dilakukan setiap kali timbunan sampah dan tanah dihumbankan. Kuda Zomi akan melompat dan kedudukannya menjadi semakin tinggi dan menghampiri permukaan telaga. Pada waktu itu timbullah harapan untuk hidup semula dan kuda semakin bersemangat.

Setelah banyak kali mengulangi perkara yang sama kuda Zomi sudah begitu hampir dengan permukaan dan akhirnya dia melompat keluar dari telaga dengan penuh gembira.

Melihatkan kudanya yang telah berjaya melompat dari dalam perigi, Zomi meraung dengan sekuat hati usaha aku berjaya!!!! Zomi melompat kesukaan dan berkata kepada kudanya syukurlah kami dapat menyelamatkan mu.

Di dalam hati, kuda Zomi sedar dengan tipu muslihat tuannya yang sering berpura-pura. Dia sedar, dia bernasib baik dan terlepas dari telaga itu kerana kecerdikan dan usaha dirinya bukan kerana ikhsan tuannya!!

Pandangan anda dihargai

Raja, Menteri dan Anjing


Kononnya tersebutlah kisah di sebuah negara yang pemimpinnya seorang raja yang zalim. Raja ini sudahlah memerintah dalam masa yang lama, perangainya pula sangat kejam . Dia akan menghukum para menteri dan rakyat jelata dengan hukuman yang dahsyat.

Salah satu hukuman yang beliau kenakan kepada orang yang dituduh ialah dengan mengurung orang itu bersama anjing-anjing yang sedang lapar. Maka habislah tubuh mereka disiat-siat oleh anjing yang sedang kelaparan. Hukuman seperti ini bukan sahaja menjadi hukuman mati, tetapi merupakan penyeksaan yang sangat dahsyat.

Pada suatu hari Raja yang zalim ini tidak berpuas hati dengan seorang menterinya. Dia memanggil menteri tersebut dan mula menuduh beliau dengan kata-kata kesat dan bengis. Menteri ini sangat benar dia mengakui kesilapannya tetapi memohon maaf.

Tuanku, saya telah sepuluh tahun berkhidmat untuk Tuanku dengan penuh ikhlas dan taat. Kali ini saya tersalah, maafkanlah saya. Dengan murka Raja itu tidak menghiraukan rayuan tersebut dan terus menjatuhkan hukuman supaya menteri itu dikurung bersama anjing-anjing yang sedang lapar.

Setelah yakin tidak mendapat pengampunan, menteri itu merayu pula, “Tuanku, disebabkan patik telah berkhidmat kepada Tuanku selama 10 tahun, maka berilah peluang untuk patik hidup sepuluh hari lagi, selepas itu jatuhkanlah hukuman kepada patik”.

Kata-kata itu nampaknya menarik perhatian Raja zalim itu lalu baginda bertitah supaya hukuman ditangguhkan dan menteri dilepaskan selama 10 hari bersama kawalan.

Setelah genap sepuluh hari maka menteri itu datang semula kepada raja dan berkata “Tuanku nampaknya hari hukuman yang dijanjikan telah tiba dan hukumlah patik”.

Rajapun menyuruh para pengawal mengheret menteri kekandang anjing yang kelaparan untuk menjalani hukuman. Masing-masing merasa sangat sedih dan para keluarga menteri meraung-raung di atas hukuman kejam yang bakal dijalankan.

Sebaik sahaja tiba di kandang anjing, para pengawal menyeret menteri dan menghumbankannya bersama anjing-anjing lapar itu. Seluruh perhatian tertumpu kepada menteri yang sedang dikerumuni anjing-anjing lapar yang menanti kedatangan manusia untuk dibahamnya.

Tiba-tiba keadaan tegang bertukar menjadi riuh-rendah dengan suara yang hadir. Mereka semua merasa sangat terkejut dan tidak percaya dengan apa yang sedang mereka lihat.

Anjing-anjing lapar itu tidak membaham dan menerkam kearah menteri. Sebaliknya anjing-anjing itu menjilat badan menteri penuh mesra. Seluruh anjing yang ada menundukkan kepalanya berhampiran kaki menteri sambil mengeluarkan bunyi yang sayu seperti merayu.

Keadaan bertukar rentak. Masing-masing sangat ingin tahu apakah sebenarnya yang berlaku. Mengapa anjing-anjing itu tidak menerkam tubuh menteri itu??

Raja pun memanggil menteri keluar dari kandang anjing dan menyoal beliau: Menteri, mengapa anjing-anjing ini tidak membaham tubuh kamu??

Jawab menteri: Tuanku, patik berkhidmat dengan Tuanku selama 10 tahun, akibat satu kesalahan kecil Tuanku terus menghukum saya dengan hukuman dahsyat dan sedikitpun tidak mahu memaafkan.

Lihatlah anjing-anjing ini Tuanku, patik memberi mereka makan selama sepuluh hari sahaja, tetapi mereka tidak melupakan patik. Bahkan datang dengan penghargaan.

Raja terharu dengan pengajaran itu dan akhirnya insaf dengan kelakuan buruk baginda.

Pandangan anda dihargai

Perumpamaan Orang Yang Menderma

Dalam ayat 261 Surah al-Baqarah, Allah s.w.t memberi perumpamaan orang yang menderma seperti orang yang menanam sepohon pokok yang mempunyai tujuh dahan, setiap dahan itu mengeluarkan 100 biji hasil!!!

Dalam ayat 264 Surah al-Baqarah pula, Allah memberi perumpamaan bagi orang yang menderma tetapi telah kehilangan keikhlasannya. Amalan mereka diibaratkan seperti hujan lebat yang menimpa tanah yang berada di atas seketul batu besar. Hujan lebat itu membuatkan tanah-tanah itu hanyut dibawa air. Tanah-tanah itu diibaratkan dengan pahala yang sepatutnya didapati oleh penderma tetapi tiba-tiba hilang begitu sahaja.

Dalam ayat 265 pula Allah memperumpamakan orang yang menyumbang dengan ikhlas seperti kebun yang disirami oleh hujan, lalu membawa hasil mahsul yang berlipat kali ganda.

Dalam ayat 266 Allah s.w.t membuat perumpamaan dengan bertanyakan apakah kita mahu bila kita telah meningkat tua, ketikamana kita mengharapkan hasil sebuah kebun yang kita miliki, sementara anak-anak kita tidak mampu membantu kerana mereka tidak berada, tiba-tiba kebun yang penuh dengan tanaman dan hasil mahsul itu dilanda ribut dan akhirnya terbakar ditanah petir.

Betapakah kecewanya ketika kehilangan kebun yang menjadi punca pendapatan itu kerana untuk mendapatkan kebun sepertinya memerlukan modal dan tenaga yang banyak…begitulah perumpamaan bagi mereka yang menderma tetapi tidak ikhlas….. adapun bagi yang masih terpenjara dengan belenggu kebakhilan maka keadaannya jauh lebih buruk….

Pandangan Anda Dihargai

http://www.youtube.com/watch?v=AJ_bu5cGLaQ&feature=share

Sebarkan kezaliman ini, mudah-mudahan jika anda tidak mampu berbuat apa-apa, maka anda mampu menjadi saksi tentangnya dihari penghakiman yang tidak akan ada siapapun yang akan dizalimi.

Pandangan anda dihargai

Roda Kehidupan

Tidak menjadi satu keajaiban jika seorang miskin yang melarat terbelenggu dengan hutang. Tetapi hari ini cerita tentang hutang dan muflis berkaitan dengan negara paling berpengaruh di dunia iaitiu Amerika.

Semalam, negara itu menarik nafas lega bila penggubal polisi bersetuju menaikkan had maksima hutang negara mereka. Namun demikian tindakan itu dilihat bukanlah penyelesaian kepada masalah ekonomi yang sedang melanda Amerika.

Di Mesir pula, rakyat negara itu sedang bersiap sedia untuk mengikuti perkembangan penghakiman bekas Presiden negara itu yang telah digulingkan. Diktator yang sangat digeruni itu kini berada dalam tahanan dan rakyat Mesir menuntut supaya hukuman mati dijatuhkan ke atas beliau.

Ke barat negara Firaun itu, rakyat Libya telah menukar kedudukan mereka kepada situasi menyerang dan kini menghampiri tempat persembunyian Ghadafi. Para pejuang kebebasan Libya yang sedia berkorban itu mara dengan lebih yakin untuk menguasai Tripoli.

Begitulah roda kehidupan, tiada kuasa mengatasi kuasa Allah dan tiada yang kekal selain Allah. Adapun manusia dan makhlukNya, sentiasa berhadapan dengan perubahan yang tidak dapat dielakkan sekaligus mengingatkan manusia kepada kelemahan diri mereka.
Subhanallah!!!
Pandangan anda dihargai