Pesan Imam Syafie

ان الملوك بلاء حيثما حلوا فلا يكن لك في أبوابهم ظل

ماذا تؤمل من قوم اذا غضبوا جاروا عليك وان أرضيتهم ملوافاستغن بالله عن أبوابهم كرما ان الوقوف على أبوابهم ذل

Para penguasa ibarat bala yang menimpa, oleh itu jangan sekali bertandan di pintunya .
Apakah yang kamu harapkan dari mereka yang murkanya membawa kepada kejahatan,
khidmatmu pula membawa kerimasan.
Mohonlah dari Allah dengan penuh kemuliaan kerana berdiri di depan pintu mereka adalah satu kehinaan.
Pandangan anda dihargai

Kata-kata Imam Syafie

Imam Syafie pernah berkata:
قالوا سكت وقد خوصمت قلت لهم .. إن الجواب لباب الشر مفتاح
والصمت عن جاهل أو أحمق شرف .. وفيه أيضا لصون العرض إصلاح
أما ترى الأسْد تُخشى وهي صامته؟.. والكلب يـُخسَا لعمري وهو نباح
Mereka bertanya mengapa kau membisu ketika musuh menyerang mu, lalu
aku berkata, sesungguhnya jawapan boleh menjadi kuci yang membuka pintu kejahatan.
Berdiam diri di depan si bodoh adalah satu kemuliaan, padanya juga benteng kehormatan dan kebaikan.
Tidakkah kamu melihat bagaimana singa ditakuti sedangkan dia berdiam diri, sementara anjing sentiasa dihina walaupun kuat sahutan salakannya.

Pandangan anda dihargai

Sejarah Malaya

Media sehari dua ni sibuk juga membincangkan tentang sejarah kemerdekaan. Bermula dengan cetusan Mat Sabu yang menganggap peristiwa Bukit Kepong dari prspektif yang berbeza dari kebiasaan yang di ketahui umum.

Sebenarnya perbincangan seperti ini telah lama tercetus. Beberapa individu dalam perjuangan kemerdekaan sering dipersoalkan. Ini kerana mereka berada dalam kumpulan Komunis atau bekerjasaama dengan kumpulan itu.

Setelah saya meneliti senario perbincanganm saya mahu komen dalam dua perkara sahaja.

Pertama ialah hakikat yang patut diakui oleh masyarakat dan disedari umum ialah sejarah bangsa adalah milik bersama yang dikongsikan oleh seluruh bangsa itu, tidak kira apa ideologi yang didokongi mereka. Oleh itu membetulkan sesuatu fakta sejarah tidak boleh dilakukan atas pentas parti, syarahan politik dan tidak boleh dikupas bagi memenang satu kumpulan berbanding kumpulan yang lain.Ianya adalah maruah bersama dan mesti dikupas atas dasar itu.

Jika seseorang itu ikhlas untuk membetulkan fakta yang berkemungkinan salah, maka saluran paling tepat yang patut digunakan ialah saluran akademik. Perbincangan bersama pakar dalam bidang dan perubahan berdasarkan kajian dan penyelidikan.

Perkara kedua pada hemat saya ialah berkaitan kefahaman tentang sejarah mesti dilihat dalam realiti ketika itu, bukan melalui perspektif sekarang. Disebabkan agenda politik mempengaruhi kumpulann yang mengupas isu ini, maka perkataan pengganas, pemberontak dan sebagainya akan digunakan untuk menunjukkan kesalahan dan digunakan bagi tujuan provokasi.

Dalam zaman perang menentang British, Jepun dan penjajah sebelum itu, pejuang kebangsaan mungkin bekerjasama dengan kuasa luar yang tidak sealiran. Jangan pula membuat analisis mudah lalu membahagikan pejuang mengikut masa, sebelum merdeka dianggap pejuang, selepas merdeka dianggap pemberontak….bukan begitu. Sebahagian pihak hanyalah rakan strategi yang digunakan oleh pejuang untuk menjamin keberlangsungan perjuangan mereka

Akhir kata, kesilapan dalam menangani isu ini saya lihat tidak menguntungkan orang Melayu, ini kerana ianya akan menambah kekacawan dan kecelaruan dalam polemik semasa…bangsa-bangsa lain pula mengambil kesempatan di atas kecelaruan ini untuk mengatakan bahawa bumi ini juga milik kami dan kami berhak keatasnya, sedikit demi sedikit perasaan ini diterapkan kedalam masyarakat…..

Pandangan anda dihargai