Pilihanraya Tunisia dan Rasyid al-Ghanusyi

Tengok pilihanraya Tunis yang dimenangi oleh parti Nahdah, teringat pula saya kepada sebuah buku yang telah saya beli pada tahun 1993. Agak lama buku tu, ditulis oleh Qusai Solah al-Darwish hasil dailog beliau dengan Rasyid al-Ghanusyi ketua parti Nahdah Tunisia.
Tersenyum sendiri bila saya melihat kembali kata-kata Rasyid al-Ghanusyi dalam buku tersebut.Yang sangat menarik bagi saya ialah ungkapan itu beliau ucapkan ketika dalam buangan di Britain.
Ketika saya menonton rancangan TV al-Jazeera dua hari lepas, Rasyid al-Ghanusyi telah memenangi pilihanraya Tunisia dengan kemenangan besar. Subhanallah, hari-hari yang berputar terlalu cepat pula berlalu.
Sebenarnya Rasyid al-Ghanusyi telah banyak belajar dari kehidupan dalam buangan, beliau juga banyak mengambil pelajran dari keterbukaan masyarakat barat dan kematangan mereka dalam berpolemik.
Dalam mukasurat 134 terlihat garisan yang telah saya letak semenjak 18 tahun yang lepas, Rasyid al-Ghanusyi menyatakan:
“Apa yang saya mampu tegaskan di sini ialah kami akan menggunakan teknik perlaksanaan berperingkat dalam mengubah situasi ekonomi dan polisinya. Dan kami tidak akan mengambil alih polisi negara, pemerintahan dan pembikinan dasar atas sikap apa yang ada dalam negara kami sekarang sebagai sesuatu yang salah. Apa yang akan kami lakukan ialah perubahan berperingkat yang mengambilkira keadaan masyarakat dan kesediaan mereka, ini kerana kami percaya kesilapan yang berlaku sekarang bukan pada sistem politik dan binaan ekonomi,, kesilapan sebenar bukan pada struktur dan undang-undang tetapi kesilapan paling utama ialah tidak adanya keinginan yang ikhlas untuk membangunkan negara…”
Nampaknya kata-kata ini amat menarik perhatian saya kerana telahpun saya gariskan semenjak 18 tahun yang lepas!!!!!
Semenjak dahulu lagi saya percaya bahawa sebahagian besar daripada kelemahan yang melanda umat Islam disebabkan kegagalan mereka menghayati ajaran Islam. Sementara kelemahan dan kekuatan gerakan Islam juga berkait rapat dengan sejauh mana keupayaan mereka menghayati ajaran agama yang suci ini.
Sebaik sahaja Ben Ali berjaya ditumbangkan oleh rakyat Tunisia dan kebebasan di Tunisia kembali dipulihkan, Rasyid al-Ghanusyi balik ke Tunisia. Ketika berada di dalam buangan dulu dia pernah ditanya perasaan beliau ketika dipaksa meninggalkan negara. Jawab Rasyid al-Ghanusyi:
“Saya dihalang dari merasai kemanisan hidup ditengah-tengah sahabat dan masyarakat dalam mengharungi pahit-maung perjuangan, apa yang saya mampu lakukan ialah cuba bersama mereka dengan hati dan perasaan walaupun bukan dengan perbuatan dan jasad”.
Semoga gerakan Islam di Malaysia boleh merendah diri dan sanggup belajar dari apa yag telah dilalaui oleh para pejuang di tempat lain, mudahan di sana ada sesuatu yang berharga untuk kita. Amin
Pandangan anda dihargai

Wasiat Imam Abu Hanifah Kepada Pelajar 1

Wasiat Imam Abu Hanifah Kepada Para Pelajar

ولا تتزوج إلا بعد أن تعلم أنك تقدر على القيام بجميع حوائجها واطلب العلم أولا ثم اجمع المال من الحلال ثم تزوج فإنك إن طلبت المال في وقت التعلم عجزت عن طلب العلم ودعاك المال إلى شراء الجواري والغلمان وتشتغل بالدنيا والنساء قبل تحصيل العلم ; فيضيع وقتك ويجتمع عليك الولد ويكثر عيالك فتحتاج إلى القيام بمصالحهم وتترك العلم
واشتغل بالعلم في عنفوان شبابك

غمز عيون البصائر لابن نجم#

Maksudnya:
Jangan kamu berkahwin kecuali setelah kamu merasakan kamu mampu melaksanakan tuntutannya. Dan tuntutlah ilmu terlebih dahulu kemudian barulah bekerja untuk menggumpul harta kekayaan dari yang halal, kemudian barulah berkahwin. Ini kerana jika engkau sibuk menggumpul kekayaan ketika masih belajar, maka kamu akan merasa berat untuk mencari ilmu dan harta membuatkan kamu leka hanya dengan membeli hamba, sibuk dengan dunia dan perempuan sebelum mendapat ilmu. Lalu waktu-waktumu akan habis begitu sahaja, sebaliknya akan bertambah tanggunganmu seperti anak-anak dan isteri. Pada waktu itu kamu sibuk untuk memenuhi keperluan mereka lalu kamu meninggalkan ilmu dan tuntutannya sedangkan kamu masih dalam usia remaja

# Dari kitab Ghamzu Uyunil Basair: Ibnu Najm
.
Pandangan anda dihargai