Bagaimana berhubung dengan hadis?

Satu lagi keperluan penting ialah hadis nabi s.a.w. Memahami dengan betul kehidupan nabi s.a.w. dan meseg yang mahu disampaikan oleh baginda akan memberi kesan mendalam terhadap cara berfikir seorang sarjana.

Metod sarjana ketika berhubung dengan hadis akan menentukan apakah hadis yang merupakah ‘bahan mentah’ yang diproses oleh seseorang sarjana akan mampu diadun sebaik mungkin dengan berbagai ramuan mampu menghasilkan produk yang baik.
Perjuangan seorang sarjana ketika berdepan dengan hadis lebih panjang berbanding perjuangannya ketika berdepan dengan sumber al-Quran. Sarjana dalam segala bidang pengajian ilmu Islam perlu meyedari tentang perbincangan paling basik tentang hadis iaitu kesahihan, kedaifan dan simpang siur antara keduanya sampailah bagaimana hadis dianggap maudu’ atau hasan atau sahih.
Satu tanggapan yang salah ialah bila menjadikan pelajar pendidikan Islam bidang hadis sahaja yang diajar dengan subjek ulmu hadis, sementara bakal sarjana dalam bidang-bidang dakwah dan lain-lain sering dianggap kurang perlu mengetahui dengan lebih mendalam tentang ulmu hadis. Akhibat yang dialami sebenarnya sama buruknya, samada mereka dibidang hadis atau dakwah atau syariah.
Dalam satu situasi pula, seorang yang mengetahui tentang darjat hadis telah dengan berani menerjah masuk ke medan syariah contohnya lalu menggunakan hadis-hadis itu dengan hanya berbekalkan pengetahuannya bahawa hadis itu sahih.
Lihat kembali metod berhubung dengan al-Quran, jika al-Quran perlu difahami dengan cara yang betul, maka hadis juga sedemikian rupa. Pengetahuan terhadap status hanyalah salah satu keperluan sarjana untuk selepas itu menganalisis dengan pengetahuannya tentang penggunaan bahasa, skop sunnah dan berbagai sudut yang mungkin jauh lebih kompleks dari hanya sekadar mengetahui status hadis.
Antara perkara terpenting yang sentiasa perlu diberikan perhatian ialah hadis perlulah difahami mengikut roh al-quran. Ini kerana beberapa faktor antaranya kerana riwayat hadis mejoritinya pada tahap ahad, kebanyakan hadis diriwayatkan secara maknanya bukan dengan lafaznya.
Sebelum mengakhiri tulisan hari ini saya cadangkan pelajar pengajian Islam membaca buku Dr Yusof al-Qaradawi bertajuk: Bagaimana berhubung dengan Sunnah . Buku seperti ini boleh dijadikan panduan awal tentang cara berhubung dengan sunnah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *