Tadabur Wahyu Siri 30

Ringkasan dan Ulasan Kitab Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur

Nama Dan Tertib Al-Quran

Di dalam muqaddimah kelapan ini, Ibnu Asyur turut membincangkan tentang isu-isu berkaitan surah dalam Al-Quran

Ibnu Asyur membincangkan tentang penamaan surah. Perkataan surah dalam bahasa Arab berasal dari makna dinding dan ada juga yang mengatakan berasal dari perkataan sur.

Sebelum itu beliau membincangkan tentang surah yang terpendek di dalam Al-Quran mengandungi 3 ayat.

Seterusnya beliau menegaskan bahawa kewujudan surah-surah adalah semenjak zaman Nabi SAW lagi.

Walaupun berlaku sedikit kekeliruan kepada Abdullah bin Mas’ud sehingga beliau beranggapan bahawa qul a’udzu birabbil nas dan qul a’udzu birabbil falaq bukan dari Al-Quran.

Ibnu Mas’ud juga berpendapat bahawa qunut yang dibacakan pada waktu subuh adalah satu surah yang dinamakan sebagai surah al-khalu atau al-khanu.

Ibnu Asyur menjelaskan bahawa pandangan Abdullah bin Mas’ud ini sebenarnya timbul hasil daripada kekeliruan beliau terhadap penurunan Al-Quran.

Isu ini tidak timbul semasa penulisan Al-Quran dilakukan oleh para sahabat kerana pengetahuan mereka yang jelas tentang fakta tersebut.

Dengan itu jumlah surah Al-Quran sebanyak 114 surah telah diketahui semenjak zaman Nabi SAW lagi.

Mengikut Ibnu Asyur lagi, bilangan ayat dalam setiap surah juga adalah tauqifi. Iaitu telah ditetapkan oleh Allah.

bersambung…
Ustaz Rosli (21 Rabiulawal 1440) (29 November 2018)
🌈🌈🌈🌈🌈🌈🌈🌈🌈
Bagi yg berminat menerima mesej ini melalui watsup, anda perlu save no 0192773619 dan hantarkan mesej ‘setuju’ dan nyatakan nama anda.
🌈🌈🌈🌈🌈🌈🌈🌈🌈
Jika bermanfaat sila share

Tadabur Wahyu Siri 29

Ringkasan dan Ulasan Kitab Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur

Nama Dan Tertib Al-Quran

Ibnu Asyur memulakan perbincangan dalam topik ini dengan menerangkan tentang subjek tafsir Al-Quran.

Tafsir al-Quran adalah satu subjek yang bertujuan menerangkan makna ayat-ayat suci bagi mendapatkan panduan, adab dan sebagai ajaran untuk manusia.

Sebagai sebuah kitab mukjizat, Al-Quran telah mencabar mereka yang tidak mengiktiraf Al-Quran untuk mendatangkan ayat-ayat yang menyamai kedudukannya dengan Al-Quran.

Cabaran ini ditujukan kepada orang-orang Quraish kerana mereka adalah orang yang paling menguasai bahasa Arab. Cabaran ini walaubagaimanapun tidak disahut oleh sesiapa pun.

Antara isu yang dibincangkan oleh Ibnu Asyur ialah berkenaan aturan Al-Quran.

Menurut beliau tertib atau aturan ayat Al-Quran adalah tauqifi. Maksud β€˜Tauqifi’ ialah ia telah ditentukan oleh Allah.

Dengan itu, Nabi SAW dan para sahabat tidak pernah terkeliru dengan aturan ayat sehinggalah Al-Quran ditulis.

Ayat Al-Quran telah ditulis sejak awal penurunannya lagi. Aktiviti mencatat ini dibuat bukan disebabkan kekeliruan yang berlaku. Tetapi berkemungkinan hanya sebagai langkah berhati-hati.

Langkah ini penting untuk menjadi rujukan jika sekiranya berlaku kekeliruan.

Agak menarik juga apabila penulisan Al-Quran adalah tidak mengikut urutan sebagaimana ia diturunkan.

Disebabkan arahan penyusunan dilakukan oleh Rasulullah sendiri, maka para pentafsir berhak untuk mencari maksud yang tersirat di sebalik penyusunan ayat yang sedemikian rupa.

bersambung…
Ustaz Rosli (20 Rabiulawal 1440) (28 November 2018)
🌈🌈🌈🌈🌈🌈🌈🌈🌈
Bagi yg berminat menerima mesej dalam bentuk watsup, anda perlu save no 0192773619 dan hantarkan mesej ‘setuju’ dan nyatakan nama anda.
🌈🌈🌈🌈🌈🌈🌈🌈🌈
Jika bermanfaat sila share

Tadabur Wahyu Siri 28

Ringkasan dan Ulasan Kitab Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur

Ibnu Asyur & Pengulangan Cerita Dalam al-Quran

Berlaku pengulangan cerita yang ketara dalam al-Quran. Akan tetapi perincian cerita adalah berbeza dari satu tempat ke tempat yang lain.

Keadaan ini bagi Ibnu Asyur sebenarnya tersirat disebaliknya beberapa objektif lain yang tersendiri. Obejkit-objektif itu ialah:

i- Mengelakkan berlakunya penceritaan yang terlalu panjang disesuatu tempat dalam Al-Quran.

Keadaan itu jika ada boleh mengganggu penyampaian objektif sebenar. Dengan itu pembaca akan keliru dan tidak dapat menanggapi objektif utama.

ii- Cerita yang disampaikan secara berasingan adalah bersesuaian dengan objektif perbincangan yang sedang dilakukan pada ketika itu.

Dengan itu didapati kisah-kisah yang sama kadangkalanya disebut secara ringkas di satu tempat tetapi diceritakan secara panjang lebar di tempat yang lain tetapi bersesuaian dengan topik yang dibincangkan.

iii- Kadangkala penceritaan itu bertujuan memberi peringatan terhadap kesilapan pembaca berkaitan maklumat mengenai cerita tersebut dan kadangkala penceritaan itu tidak bertujuan demikian.

bersambung…
Ustaz Rosli

19 Rabiulawal1440

27 November 2018
πŸ’₯πŸ’₯πŸ’₯πŸ’₯πŸ’₯πŸ’₯πŸ’₯πŸ’₯πŸ’₯
Bagi yg berminat menerima mesej watsup ini, anda perlu save no 0192773619 dan hantarkan mesej ‘setuju’ dan nyatakan nama anda.
πŸ’₯πŸ’₯πŸ’₯πŸ’₯πŸ’₯πŸ’₯πŸ’₯πŸ’₯πŸ’₯
Jika bermanfaat sila share

Tadabur Wahyu Siri 27

Ringkasan dan Ulasan Kitab Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur

Ibnu Asyur & Pengulangan Cerita-Cerita Al-Quran

Fenomena pengulangan ayat al-Quran sangat jelas kelihatan, Antara ayat yang sering diulang-ulang juga ialah berkaitan dengan cerita-cerita dalam al-Quran.

Kitab suci ini mempunyai pendekatan yang sangat berbeza dari kebiasaan penulisan buku-buku yang ditulis oleh manusia.

Sebuah cerita diulang berkai-kali didalam al-Quran. Hal ini menimbukan persoalan kepada para cendikiawan.

Mengapa al-Quran tidak menceritakan sesuatu kisah atau peristiwa secara panjang lebar di satu tempat tertentu sahaja.

Di dalam muqaddimah ketujuh ini, Ibnu Asyur menjawab dengan ringkas persoalan pengulangan cerita-cerita di dalam Al-Quran.

Beliau berpendapat persoalan ini merupakan salah satu sebab kepada berlakunya keraguan terhadap kehebatan Al-Quran.

Namun ada yang tidak dapat menerima berlakunya pengulangan cerita yang banyak dalam al-Quran.

Mereka sebaliknya menganggap adalah lebih baik jika sekiranya kisah-kisah itu di bawa sekali sahaja.

Bagi Ibnu Asyur pengulangan di dalam Al-Quran mempunyai maqasid atau hikmah yang tersendiri.

bersambung…
Ustaz Rosli

18 Rabiulawal 1440

26 November 2018
πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯
Bagi yg berminat menerima mesej watsup ini, anda perlu save no 0192773619 dan hantarkan mesej ‘setuju’ dan nyatakan nama anda.
πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯

Tadabur Wahyu Siri 26

Ringkasan dan Ulasan Kitab Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur

Ibnu Asyur & Cerita-Cerita Dalam Al-Quran

7- Membiasakan umat Islam dengan pengetahuan terhadap masyarakat lain, mengiktiraf pencapaian mereka sehingga tidak timbul lagi perasaan bongkak dan tertipu dengan diri sendiri.

8- Mendidik umat Islam untuk menjadi sebuah kuasa besar yang menguasai dunia dan bukan terpenjara di dalam masyarakat yang saling menunjukkan kekuatan dan permusuhan hanya kepada bangsa sendiri sahaja.

9- Menjelmakan kekuatan serta kekuasaan Allah SWT di atas sekalian makhluk sebagaimana Allah SWT membantu orang yang membantu agamanya serta Allah SWT memusnahkan orang yang memerangi agamanya.

10- Antara faedah sampingan yang didapati daripada kisah kisah Al-Quran ialah pendedahan terhadap tatacara tamadun dan peradaban lain serta undang-undang yang diamalkan.

bersambung…
Ustaz Rosli

17 Rabiulawal 1440

25 November 2018

Tadabur Wahyu Siri 25

Ringkasan dan Ulasan Kitab Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur

Ibnu Asyur & Cerita-Cerita Dalam Al-Quran

4- Kisah-kisah yang dinyatakan dalam bentuk dialog atau gambaran merupakan teknik yang tidak pernah digunakan sebelum penurunan Al-Quran, sekaligus memberi kesan yang sangat mendalam kepada mereka yang pakar dalam bahasa Arab ketika itu.

5- Pengetahuan masyarakat Arab terhadap tamadun-tamadun lain sangat terhad. Kedatangan Al Quran yang membawa kisah-kisah telah membuka minda mereka dan seterusnya dapat mempelajari sumber-sumber dan punca kelemahan daripada kisah umat terdahulu.

6- Membiasakan umat Islam dengan pengetahuan terhadap masyarakat lain, mengiktiraf pencapaian mereka sehingga tidak timbul lagi perasaan bongkak dan tertipu dengan diri sendiri.

bersambung…

Ustaz Rosli

16 Rabiulawal 1440

24 November 2018

**Bagi yg berminat menerima mesej ini melalui watsup, anda perlu save no 0192773619 dan hantarkan mesej ‘setuju’ dan nyatakan nama anda.

Tadabur Wahyu Siri 24

Ringkasan dan Ulasan Kitab Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur

Ibnu Asyur & Cerita-Cerita Dalam Al-Quran

Ibnu Asyur menggariskan 10 maqasid cerita di dalam Al-Quran. Sebahagian daripada maqasid itu dinyatakan oleh Ibnu Asyur sebagai tidak pernah disebut oleh ahli tafsir sebelum daripada beliau.

Maqasid yang dimaksudkan adalah seperti beriku:

1- Cerita-cerita yang mengandungi kisah umat terdahulu merupakan satu cabaran terhadap ahli kitab yang selama ini memonopoli pengetahuan tersebut. Mengikut Ibnu Asyur, penurunan Al-Quran dan penceritaan kisah-kisah tersebut sekaligus telah mengangkat darjat para sahabat yang selama ini dituduh oleh kaum Bani Israil sebagai orang-orang bodoh dan tidak bertamadun.

2- Antara adab terpenting dalam pensyariatan dan pengamalan agama ialah mengenang sejarah umat terdahulu sama ada dari kalangan para nabi atau penceritaan terhadap syariat mereka. Oleh itu, Al-Quran tidak membawa perincian terhadap maklumat individu yang terlibat di dalam sesuatu kejadian tetapi lebih menumpukan kepada menceritakan peristiwa yang dapat menyampaikan maqasid yang dikehendaki.

3- Melalui kisah yang diriwayatkan, ia dapat mendidik bagaimana sebab-musabab adalah hukum alam yang berlaku di dalam perkara yang melibatkan kebaikan atau keburukan, kecemerlangan atau kemusnahan. Dengan itu umat Islam dapat mengambil pengajaran dan membina sifat-sifat yang mulia atau memahami bahawa penyelewengan dan kejahatan akan membawa kecelakaan serta kebinasaan.

bersambung…

Ustaz Rosli

16 Rabiulawal 1440

24 November 2018

**Bagi yg berminat menerima siri ini melalui mesej watsup, anda perlu save no 0192773619 dan hantarkan mesej β€˜setuju’ dan nyatakan nama anda.

Tadabur Wahyu Siri 23

Ringkasan dan Ulasan Kitab Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur

Ibnu Asyur & Cerita-Cerita Dalam Al-Quran

Mengikut Ibnu Asyur, Al-Quran mempunyai maqasid yang lebih tinggi dan mulia dari itu. Jika sekiranya kisah-kisah Al-Quran dibawa untuk tujuan yang sama dengan kisah-kisah lain, maka sudah tentu tidak ada keistimewaan tersendiri yang lebih mulia bagi Al-Quran.

Cara al-Quran menyampaikan cerita adalah berbeza dariada cara yang biasa digunakan oleh penulis didalam hasil karangan mereka. Menurt Ibnu Asyur, kelainan itu sebenarnya mengandungi rahsia dan hikmah yang tersendiri. Beliau menyifatkan bahawa objektif yang mahu dicapai oleh Al-Quran daripada penceritaannya terhadap sesuatu kisah adalah jauh lebih tinggi dan mulia berbanding dengan objektif yang mahu dicapai dalam penceritaan biasa.

Dalam masa yang sama al-Quran menggunakan teknik penceritaan yang unik dan tersendiri, antara pendekatan dan teknik yang dimaksudkan itu ialah:

1- Tidak menceritakan sesuatu kisah secara berurutan seperti penyampaian buku sejarah. Sebaliknya Al-Quran menyampaikan cerita-ceritanya secara rawak. Cerita-cerita boleh didapati di dalam surah berlainan.

2- Tidak menceritakan keseluruhan kejadian secara terperinci, seperti tidak menceritakan dengan terperinci kedatangan suami kepada wanita yang mahu menggoda Nabi Yusuf, tetapi kedatangan lelaki itu boleh difahami dengan sendiri oleh pembaca.

3- Al-Quran menyampaikan cerita dengan menggunakan gaya bahasa yang sangat baik dan menjauhi teknik penyampaian yang membosankan.

bersambung…

Ustaz Rosli

16 Rabiulawal 1440Β 

24 November 2018

**Bagi yg berminat menerima siri ini melalui mesej watsup, anda perlu save no 0192773619 dan hantarkan mesej ‘setuju’ dan nyatakan nama anda.

Tadabur Wahyu Siri 22

Ringkasan dan Ulasan Kitab Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur

Ibnu Asyur & Cerita-Cerita Dalam Al-Quran

Mengikut Ibnu Asyur, salah satu dari kelebihan Al-Quran ialah kitab suci ini memiliki kisah-kisah yang terbaik. Kelebihan ini disebut sendiri oleh Allah SWT di dalam surah Yusuf. Melalui perkataan ahsanu al- qasas dapat difahami bahawa bentuk cerita di dalam Al-Quran adalah lebih istimewa daripada cerita-cerita yang dibawa oleh manusia biasa.

Ibnu Asyur berpandangan bahawa kisah terbaik itu bermaksud ianya tidak dibawa sekadar untuk tujuan berikut:

1- Hiburan atau motivasi.

2- Untuk mencetus perasaan takjub dan menarik perhatian pendengar.

3- Sekadar untuk memberi peringatan daripada kebaikan atau keburukan.

4- Menceritakan nikmat atau azab yang telah didapati oleh golongan tertentu.

Mengikut Ibnu Asyur, Al-Quran mempunyai maqasid yang lebih tinggi dan lebih mulia dari sekadar tujuan-tujuan yang disebutkan di atas. Jika sekiranya kisah-kisah Al-Quran dibawa untuk tujuan yang sama dengan kisah-kisah lain, maka sudah tentu tidak ada keistimewaan tersendiri yang lebih mulia bagi Al-Quran.

bersambung…
Ustaz RosliΒ 
29 Muharram 1440
9 Oktober 2018

**Bagi yg berminat menerima tulisan ini melalui mesej watsup, anda perlu save no 0192773619 dan hantarkan mesej ‘setuju’ dan nyatakan nama anda.

Tadabur Wahyu Siri 21

Siri 21 Ringkasan dan Ulasan Kitab Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur

Pendirian Ibnu Asyur Terhadap Qiraat al-Quran

Dalam muqaddimah keenam, perbincangan berkisar sekitar ilmu qiraat. Ini kerana al-Quran diturunkan dalam qiraat yang berbeza. Ibnu Asyur juga dalam ruangan ini membincangkan beberapa isu yang perlu dan berkaitan dengan ilmu tafsir.

Perbincangan ilmu qiraat boleh dibahagikan kepada dua:1- Perbincangan yang tidak mempunyai hubungan dengan ilmu tafsir.2- Ilmu qiraat yang mempunyai hubungan dengan tafsir Al-Quran kerana perubahan qiraat membawa kepada perubahan makna ayat atau perkataan.Antara isu yang dibincangkan dalam muqaddimah ke-6 ini ialah:1- Bilangan riwayat yang tidak mencapai darjat mutawatir.2- Maksud Al-Quran diturunkan dalam sab’ati ahruf.3- Martabat qiraat yang sahih..

Perbincangan terperinci tidak dinyatakan dalam ringkasan ini memandangkan isu-isu ini memerlukan perbincangan khusus yang lebih mendalam

bersambung…

Disediakan oleh: Ustaz Rosli
27 Muharram 1440
7 Oktober 2018