Siri 7 Ringkasan dan Ulasan Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur

Perbincangan Isu Tafsir Bi al-Ma’thur dan Tafsir Bi al-Ra’yi.

Bagi menguatkan hujah beliau, Ibnu Asyur menyatakan bahawa hukum-hukum syariat yang telah dikeluarkan oleh ulama’ dalam tiga kurun pertama hijrah adalah merupakan hasil tafsiran mereka sendiri terhadap Al-Quran. Tafsiran yang dihasilkan itu tidak pernah lagi dilakukan oleh ulama pada generasi terdahulu.

Dalam menjawab kekeliruan berkenaan hadis-hadis dan athar yang melarang daripada mentafsirkan Al-Quran pula, Ibnu Asyur telah menyediakan lima jawapan terhadap kekeliruan itu

Jawapan-jawapan itu dapat diringkaskan seperti berikut:

1- Yang dimaksudkan dengan larangan menggunakan akal dalam mentafsirkan Al-Quran bermaksud larangan mentafsir berdasarkan pandangan yang tidak menggunakan kaedah-kaedah pentafsiran seperti tidak menyandarkannya kepada bahasa Arab, maqasid syariah, sebab nuzul, ilmu nasikh mansukh dan sebagainya.

2- Tidak mentadabbur ayat Al-Quran dengan baik, sebaliknya hanya memberi pandangan tanpa mengkaji maksud sebenar secara mendalam dan menghubungkannya dengan nas-nas yang lain.

Bersambung…

Ustaz Rosli

9 Muharram 1440
9 September 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *