Siri 8 Ringkasan dan Ulasan Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur

Perbincangan Isu Tafsir Bi al-Ma’thur dan Tafsir Bi al-Ra’yi.

Dalam menjawab kekeliruan berkenaan hadis-hadis dan athar yang melarang daripada mentafsirkan Al-Quran menggunakan akal pula, Ibnu Asyur telah menyediakan lima jawapan terhadap kekeliruan itu

(sambungan daripada siri 7)

3- Cenderung kepada aliran dan mazhab tertentu lalu melakukan takwilan terhadap ayat tanpa melihat kepada maknanya yang sebenar. Sebaliknya hanya menggunakan Al-Quran sebagai hujah terhadap pendirian mereka yang sedia ada.

4- Menyangka bahawa maksud yang didapati olehnya secara zahir merupakan satu-satunya maksud yang dikehendaki lalu menafikan maksud-maksud yang lain.

5- Tujuan larangan mentafsir menggunakan akal sebenarnya sebagai amaran daripada sikap mengeluarkan tafsir secara tergopoh-gapah tanpa tadabbur yang mendalam.

Bersambung…

 

Ustaz Rosli

10 Muharram 1440
20 September 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *