Tadabur Wahyu Siri 10

Ringkasan dan Ulasan Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur

Pendirian Ibnu Asyur Terhadap Tafsir Batini dan Tafsir Isyari

Ibnu Asyur menolak tafsiran yang berdasarkan kepada hawa nafsu dan tidak merujuk kepada tabiat bahasa serta landasan-landasan tafsir yang lain. Beliau menolak dengan keras tafsir batini dan memberikan contoh terhadap tafsir-tafsir tersebut yang telah dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab serta taksub terhadap sesuatu aliran tertentu.

Adapun berkaitan dengan tafsir isyari, Ibnu Asyur menyatakan bahawa keadaan tafsir bil isyarah terdiri daripada tiga keadaan:

1. Merujuk kepada contoh atau perumpamaan yang serupa dengan apa yang disebut oleh ayat seperti ayat yang menyebut tentang mereka yang melarang orang daripada menyebut nama Allah SWT di masjid. Tafsiran bil isyarah merujuk lafaz masjid kepada hati yang tidak mengingati Allah SWT.

2. Sesuatu yang berbentuk harapan, dimana maksud itu dapat difahami daripada perkataan atau ayat seperti sewaktu mentafsirkan ayat Man dzal ladzii yashfa’u di mana mereka mentafsirkan secara isyarat terhadap sifat merendah diri yang membawa kepada hampirnya seseorang kepada situasi mendapat syafaat.

3. Pengajaran-pengajaran yang dapat disimpulkan melalui pengamatan yang mendalam serta hati yang sangat sensitif dan merasai kehadiran Allah SWT seperti sewaktu mentafsirkan ayat:

فعصى فرعون الرسول فاخذهم اخذا وبيل

Maksudnya:

Secara isyaratnya ayat ini ditafsirkan bahawa hati yang lalai dari mengingati Allah akibatnya adalah neraka baginya.

Setelah menerangkan tentang tafsir bi al-isyarah itu tadi, Ibnu Asyur menjelaskan bahawa tafsiran tersebut boleh diterima sekiranya tafsiran tersebut didasarkan kepada perkataan dan maksud yang benar dalam bahasa arab. Mana-mana tafsir isyari yang terkeluar daripada tiga ciri yang telah disebut di atas dianggap oleh Ibnu Asyur sebagai menghampiri tafsiran secara batini.

Bersambung…

Ustaz Rosli
12 Muharram 1440
22 September 2018

One Reply to “Tadabur Wahyu Siri 10”

  1. I’ve just started my very first sourdough starter. I am no expert but have been reading up on this. One thing for sure is that there is much to be learned about many different types of bread, flours, grains and methods. I shall always be at the learning stage because there is always more to learn. I have been baking bread for a little while now starting with wholegrain wheat, advancing onto other more ancient grains such as Spelt, Einkorn and Khorasan. Now I’m venturing into sourdough territory. From my limited knowledge I think the bacteria would all be killed off in the baking of the bread however you still benefit when it comes to ‘gut’ health because the bread is easier to digest due to the bacteria having ‘started’ the process and there are more available nutrients. Food intolerances causes inflammation and inflammation causes disease. Obviously with food it starts in the stomach. Eat good food and, in this case, a better bread will create a better environment in your gut and a better environment = a healthier balance of good bacteria. Is it right to say that it would be more of a prebiotic as supposed to a probiotic? I would think so in a round about way. But what we can all agree on is, its healthier and delicious. Well my Spelt sourdough starter is up to day 2 and can’t wait to try it out. One can use any type if flour just make sure it has good gluten and it isn’t bleached.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *