Ucapan Setiausaha Agung Persatuan Ulama Islam Sedunia Dr Ali Qurrah Daghi

Setiausaha Agung Persatuan Ulama Islam Sedunia Dr Ali Qurrah Daghi dalam ucapannya di pembukaan muktamar ke 5 di Turki semalam (4 Nov 2018) menyeru umat Islam terhadap 6 perkara penting :

1- mengajak umat Islam untuk mempraktikkan al-quran dan hadis dengan kefahaman yang benar berdasarkan kepada maqasid syariah dan penggunaan yang seimbang antara akal dan nas. Pengalaman menunjukkan perubahan terhadap masyarakat akan berlaku melalui penambahbaikan terhadap sistem politik dan pentadbiran.

2- menyeru para pemimpin kearah melaksanakan tuntutan agama dengan menegakkan keadian, mendokong kebenaran menunaikan hak dan meninggalkan kezaliman.

3-menyeru ulama dan pandakwah untuk mendidik, membina dan menjadi qudwah kepada umah. mebaiki segala salah faham terhadap agama dan saling tolong-menolong dalam melakukannya.

4-menyeru pengamal media untuk membawa risalah Islam dan menyampaikannya dengan amanah dan roh jihad yang mulia

5-menyeru wanita untuk terus memikul tugas mendidik generasi baru dengan penuh tanggungjawab.

6-menyeru masyarakat dunia untuk tidak fobia dengan agama Islam yang bertonggakkan rahmat dan kasih sayang terhadap alam sejagat.

ringkasan
Ustaz Rosli.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *