Tadabur Wahyu Siri 23

Ringkasan dan Ulasan Kitab Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur

Ibnu Asyur & Cerita-Cerita Dalam Al-Quran

Mengikut Ibnu Asyur, Al-Quran mempunyai maqasid yang lebih tinggi dan mulia dari itu. Jika sekiranya kisah-kisah Al-Quran dibawa untuk tujuan yang sama dengan kisah-kisah lain, maka sudah tentu tidak ada keistimewaan tersendiri yang lebih mulia bagi Al-Quran.

Cara al-Quran menyampaikan cerita adalah berbeza dariada cara yang biasa digunakan oleh penulis didalam hasil karangan mereka. Menurt Ibnu Asyur, kelainan itu sebenarnya mengandungi rahsia dan hikmah yang tersendiri. Beliau menyifatkan bahawa objektif yang mahu dicapai oleh Al-Quran daripada penceritaannya terhadap sesuatu kisah adalah jauh lebih tinggi dan mulia berbanding dengan objektif yang mahu dicapai dalam penceritaan biasa.

Dalam masa yang sama al-Quran menggunakan teknik penceritaan yang unik dan tersendiri, antara pendekatan dan teknik yang dimaksudkan itu ialah:

1- Tidak menceritakan sesuatu kisah secara berurutan seperti penyampaian buku sejarah. Sebaliknya Al-Quran menyampaikan cerita-ceritanya secara rawak. Cerita-cerita boleh didapati di dalam surah berlainan.

2- Tidak menceritakan keseluruhan kejadian secara terperinci, seperti tidak menceritakan dengan terperinci kedatangan suami kepada wanita yang mahu menggoda Nabi Yusuf, tetapi kedatangan lelaki itu boleh difahami dengan sendiri oleh pembaca.

3- Al-Quran menyampaikan cerita dengan menggunakan gaya bahasa yang sangat baik dan menjauhi teknik penyampaian yang membosankan.

bersambung…

Ustaz Rosli

16 Rabiulawal 1440 

24 November 2018

**Bagi yg berminat menerima siri ini melalui mesej watsup, anda perlu save no 0192773619 dan hantarkan mesej ‘setuju’ dan nyatakan nama anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *