Tadabur Wahyu Siri 29

Ringkasan dan Ulasan Kitab Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur

Nama Dan Tertib Al-Quran

Ibnu Asyur memulakan perbincangan dalam topik ini dengan menerangkan tentang subjek tafsir Al-Quran.

Tafsir al-Quran adalah satu subjek yang bertujuan menerangkan makna ayat-ayat suci bagi mendapatkan panduan, adab dan sebagai ajaran untuk manusia.

Sebagai sebuah kitab mukjizat, Al-Quran telah mencabar mereka yang tidak mengiktiraf Al-Quran untuk mendatangkan ayat-ayat yang menyamai kedudukannya dengan Al-Quran.

Cabaran ini ditujukan kepada orang-orang Quraish kerana mereka adalah orang yang paling menguasai bahasa Arab. Cabaran ini walaubagaimanapun tidak disahut oleh sesiapa pun.

Antara isu yang dibincangkan oleh Ibnu Asyur ialah berkenaan aturan Al-Quran.

Menurut beliau tertib atau aturan ayat Al-Quran adalah tauqifi. Maksud β€˜Tauqifi’ ialah ia telah ditentukan oleh Allah.

Dengan itu, Nabi SAW dan para sahabat tidak pernah terkeliru dengan aturan ayat sehinggalah Al-Quran ditulis.

Ayat Al-Quran telah ditulis sejak awal penurunannya lagi. Aktiviti mencatat ini dibuat bukan disebabkan kekeliruan yang berlaku. Tetapi berkemungkinan hanya sebagai langkah berhati-hati.

Langkah ini penting untuk menjadi rujukan jika sekiranya berlaku kekeliruan.

Agak menarik juga apabila penulisan Al-Quran adalah tidak mengikut urutan sebagaimana ia diturunkan.

Disebabkan arahan penyusunan dilakukan oleh Rasulullah sendiri, maka para pentafsir berhak untuk mencari maksud yang tersirat di sebalik penyusunan ayat yang sedemikian rupa.

bersambung…
Ustaz Rosli (20 Rabiulawal 1440) (28 November 2018)
🌈🌈🌈🌈🌈🌈🌈🌈🌈
Bagi yg berminat menerima mesej dalam bentuk watsup, anda perlu save no 0192773619 dan hantarkan mesej ‘setuju’ dan nyatakan nama anda.
🌈🌈🌈🌈🌈🌈🌈🌈🌈
Jika bermanfaat sila share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *