Tadabur Wahyu Siri 30

Ringkasan dan Ulasan Kitab Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur

Nama Dan Tertib Al-Quran

Di dalam muqaddimah kelapan ini, Ibnu Asyur turut membincangkan tentang isu-isu berkaitan surah dalam Al-Quran

Ibnu Asyur membincangkan tentang penamaan surah. Perkataan surah dalam bahasa Arab berasal dari makna dinding dan ada juga yang mengatakan berasal dari perkataan sur.

Sebelum itu beliau membincangkan tentang surah yang terpendek di dalam Al-Quran mengandungi 3 ayat.

Seterusnya beliau menegaskan bahawa kewujudan surah-surah adalah semenjak zaman Nabi SAW lagi.

Walaupun berlaku sedikit kekeliruan kepada Abdullah bin Mas’ud sehingga beliau beranggapan bahawa qul a’udzu birabbil nas dan qul a’udzu birabbil falaq bukan dari Al-Quran.

Ibnu Mas’ud juga berpendapat bahawa qunut yang dibacakan pada waktu subuh adalah satu surah yang dinamakan sebagai surah al-khalu atau al-khanu.

Ibnu Asyur menjelaskan bahawa pandangan Abdullah bin Mas’ud ini sebenarnya timbul hasil daripada kekeliruan beliau terhadap penurunan Al-Quran.

Isu ini tidak timbul semasa penulisan Al-Quran dilakukan oleh para sahabat kerana pengetahuan mereka yang jelas tentang fakta tersebut.

Dengan itu jumlah surah Al-Quran sebanyak 114 surah telah diketahui semenjak zaman Nabi SAW lagi.

Mengikut Ibnu Asyur lagi, bilangan ayat dalam setiap surah juga adalah tauqifi. Iaitu telah ditetapkan oleh Allah.

bersambung…
Ustaz Rosli (21 Rabiulawal 1440) (29 November 2018)
🌈🌈🌈🌈🌈🌈🌈🌈🌈
Bagi yg berminat menerima mesej ini melalui watsup, anda perlu save no 0192773619 dan hantarkan mesej ‘setuju’ dan nyatakan nama anda.
🌈🌈🌈🌈🌈🌈🌈🌈🌈
Jika bermanfaat sila share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *