Tadabur Wahyu Siri 31

Ringkasan dan Ulasan Kitab Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur

Nama Dan Tertib Al-Quran

Ibnu Asyur membawa pandangan ulama’ yang berbeza dalam isu tertib surah.

1-Aturan surah telah ditetapkan pada zaman Nabi SAW.

2- aturan surah dalam Al-Quran adalah hasil ijtihad para sahabat.

3-aturan surah sebahagiannya ditentukan oleh Nabi SAW dan sebahagian pula diletak melalui ijtihad para sahabat.

Di akhir perbincangan isu ini, Ibnu Asyur membawa kata-kata Ibnu Bathal

β€œKami tidak pernah mengetahui adanya arahan untuk membaca Al-Quran mengikut tertib surah bahkan harus membaca surah al-Kahfi sebelum membaca surah al-Baqarah”.

Berkaitan dengan nama-nama surah pula, Ibnu Asyur berpandangan:

Ada surah-surah yang telah ditetapkan namanya oleh Nabi SAW dan ada pula yang diletakkan namanya oleh para sahabat.

Apa yang jelas ialah sahabat tidak meletakkan nama-nama surah dalam mashaf mereka.

Nama-nama surah ditulis di dalam mashaf persendirian sahabat.

Ini kerana pengumpul Al-Quran di zaman Uthman bin Affan tidak mahu memasukkan sesuatu di dalam Al-Quran kecuali ayat Al-Quran semata-mata.

bersambung…
Ustaz Rosli (22 Rabiulawal 1440)Β  (30 November 2018)
🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Bagi yg berminat menerima mesej watsup ini, anda perlu save no 0192773619 dan hantarkan mesej ‘setuju’ dan nyatakan nama anda.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Jika bermanfaat sila share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *