Sistem Politik Madinah Selepas Rasulullah s.a.w. (Siri 2)

= Perkumpulan Di Saqifah Bani Saidah

🌸 Selepas seketika kematian nabi, umat Islam berada dalam keadaan panik. Sebelum ini kepimpinan mereka berada pada Rasullulah s.a.w, Baginda membuat keputusan terhadap sebarang peristiwa penting yang berlaku.

🌸 Namun demikian kematian Baginda s.a.w. yang tidak di sertakan dengan calon pengganti membuatkan umat Islam pada ketika itu dalam keadaan tertanya-tanya siapakah yang bakal menjadi pengganti.

🌸 Keadaan ini membawa kepada berkumpulnya para sahabat di satu tempat bernama Saqifah Bani Saidah. Perkumpulan ini kelihatan berlaku secara tergopoh gapah. Pada mulanya Abu Bakar Umar dan beberapa orang sahabat lain sibuk menyelenggarakan jenazah Nabi s.a.w.

🌸 Apabila mereka mendapat tahu bahawa kaum Ansar sedang berbincang mencari pengganti nabi, maka mereka pun segera ke sana. Begitu juga dengan Abu Ubaidah al-Jarah.

🌸 Saqifah Bani Saidah merupakan tempat biasa bagi masyarakat Madinah berbincang dalam perkara yang melibatkan urusan mereka. Namun demikian pada kali ini mereka berbincang berkaitan mencari pengganti nabi. Dalam perbincangan ini pandangan umat Islam telah berbeza.

🌸 Terdapat tiga pandangan yang diajukan oleh para sahabat dalam mesyuarat tersebut:

1- orang yang berhak untuk menggantikan kepimpinan Rasulullah s.a.w ialah kaum Ansar. Ini kerana merekalah orang yang bertanggungjawab membantu nabi ketika Baginda masih belum mempunyai kekuatan, mereka juga adalah penduduk asal Madinah.

2- Orang yang paling berhak menggantikan Nabi mestilah Dari kaum muhajirin kerana merekalah orang yang pertama beriman dan memperjuangkan risalah yang dibawa oleh nabi. Pandangan ini datang dari Abu Bakar dan beliau menjelaskan bahawa beliau pernah mendengar nabi berkata bahawa pemimpin orang Arab adalah dari Quraish. Dan pandangan ini disokong oleh Saad Bin Ubadah.

3- Hubaib bin Munzir pula mencadangkan agar dilantik dua orang pemimpin, seorang di kalangan Ansar dan seorang lagi di kalangan Muhajirin. Namun demikian pandangan ini tidak mendapat sambutan para sahabat yang lain. (Ibnu Hisyam)

= Pelantikan Abu Bakar Sebagai Khalifah

Perbincangan di Saqifah Bani Sa’idah telah membawa keputusan kepimpinan umat Islam diserahkan kepada Abu Bakar.

Umar Al-Khattab menyifatkan Abu Bakar sebagai Muhajirin terbaik, satu-satunya orang yang bersama Baginda dalam Hijrah, imam yang menggantikan Baginda dalam solat, dan solat adalah ibadat yang paling mulia dalam Islam.

Dengan kata-kata itu, Umar seterusnya memberikan bai’ah kepada Abu Bakar, diikuti dengan Osman bin Affan dan Abu Ubaidah al-Jarrah. Tindakan mereka itu membuatkan seluruh yang hadir berbaiah kepada Abu Bakar.

Pada hari berikutnya umat Islam telah berbaiah dengan Abu Bakar di masjid secara beramai-ramai. Bai’ah terhadap beliau pada kali ini lebih bersifat persetujuan umum rakyat. Sementara bai’ah terhadap beliau di Saqifah Bani Saidah lebih bersifat persetujuan dari kalangan ahli-ahli syura.

Perlantikan yang disertakan dengan persetujuan kaum muslimin seluruhnya telah membuatkan negara Madinah terselamat dari pertikaian dalam mendapatkan pengganti kepimpinan Nabi s.a.w.

bersambung…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *