Tadabur Wahyu Siri 33

Ringkasan dan Ulasan Kitab Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur

Makna Khusus Dalam Perkataan Dan Ayat Al-Quran

Di dalam perbincangan mukadimah kesembilan, Ibnu Asyur tidak mengupas persoalan pertembungan antara makna dalam Al-Quran. Sebaliknya beliau hanya membincangkan isu berkaitan pendirian sesetengah ulama’ yang bertindak menolak sebahagian makna dan menerima sebahagian makna yang terdapat di dalam sesuatu perkataan atau ayat Al-Quran.

Tindakan sedemikian tidak dipersetujui oleh Ibnu Asyur. Sebaliknya beliau menjelaskan bahawa pendirian beliau ialah menerima makna-makna tersebut sebagai sebahagian daripada maksud yang mahu disampaikan oleh Al-Quran.

Namun demikian, Ibnu Asyur mengakui bahawa tidak semua makna-makna yang disampaikan itu dapat dinyatakan oleh beliau ketika mentafsirkan sesuatu perkataan atau ayat.

Tindakan ini bukan bermaksud beliau menolak makna-makna yang tidak dinyatakan, tetapi menurut Ibnu Asyur ia bertujuan untuk meringkaskan perbincangan dan kadang kalanya kerana melihat bahawa makna yang disebut itu lebih kuat. bersambung…

Disediakan oleh: Ustaz Rosli Mokhtar
Bandar Baru Bangi
30 Rabiulawal  1440
8 Disember 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *