Tadabur Wahyu Siri 34

Ringkasan dan Ulasan Kitab Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur

Keistimewaan Bahasa Al-Quran

Ciri-ciri Al-Quran yang disepakati oleh seluruh ulama’ ialah ketinggian bahasanya yang menyebabkan tidak ada siapa pun yang mampu menandingi Al-Quran.

Sewaktu mengupas perkara ini, Ibnu Asyur menjelaskan bahawa terdapat kekeliruan di kalangan ahli tafsir sebelum ini.

Kekeliruan ini menyebabkan ramai yang tidak dapat membezakan antara balaghah Al-Quran dan perbincangan berkaitan dengan mukjizat Al-Quran.

Mengikut Ibnu Asyur, kebanyakan mereka mencampur-adukkan antara dua perbincangan yang berbeza itu.

Ibnu Asyur beranggapan bahawa tafsir Al-Quran tidak akan mencapai tahap yang tinggi jika sekiranya tidak meneroka penggunaan balaghah dalam ayat-ayat Al-Quran.

Menurut beliau kebanyakan tafsir tidak menerokai kajian ini sebaik mungkin kecuali tafsir berjudul β€˜Uyun al-Tafasir dan tafsir al-Kasyaf.

bersambung…
Ustaz Rosli 1 Rabiulakhir 1440 9 Disember 2018

🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Bagi yg berminat menerima mesej watsup ini, klik sini https://bit.ly/2rqH9lO dan nyatakan nama anda.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Jika bermanfaat sila share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *