Tadabur Wahyu Siri 35

Ringkasan dan Ulasan Kitab Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur

Mukjizat al-Quran

Kajian terhadap mukjizat Al-Quran ini bertitik tolak daripada sifat Al-Quran yang menjadi mukjizat terpenting bagi Rasulullah SAW.

Al-Quran juga tidak dapat ditandingi oleh mereka yang menentangnya.

Mukjizat terpenting dari sudut ketinggian balaghah(seni bahasa arab) sudah tentu ditujukan kepada orang-orang Arab

Ini kerana penguasaan bahasa mereka sangat baik dan tinggi.

Ia juga ditujukan kepada mereka yang mempelajari bahasa Arab sehingga mampu menguasai bahasa itu.

Ketiga, mukjizat Al-Quran ini ditujukan juga kepada seluruh manusia disepanjang zaman dan tempat.

Ini kerana mungkin sahaja para cendekiawan di setiap tempat dan zaman mengesan dan merasai kehebatan Al-Quran.

Selain itu, Ibnu Asyur juga menjelaskan inovasi gaya penyampaian dalam al-Quran.

Teknik-teknik itu jarang sekali digunakan oleh masyarakat Arab sebelum penurunan Al-Quran.

Penggunaan lahjah (loghat) dari kabilah Arab yang berbagai, penggunaan perumpamaan dan contoh-contoh adalah teknik penyampaian yang baru bagi mereka.

Selain itu seni ayat-ayat yang berulang, penggunaan bahasa yang pendek tetapi padat dengan maklumat juga merupakan satu keistimewaan Al-Quran yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana pihak.

bersambung…
Ustaz Rosli Bandar Baru Bangi 26 Rabiulawal 1440 4 November 2018
πŸ•ŒπŸ•ŒπŸ•ŒπŸ•ŒπŸ•ŒπŸ•ŒπŸ•ŒπŸ•ŒπŸ•ŒπŸ•Œ
Bagi yg berminat menerima mesej watsup ini, anda perlu save no 0192773619 dan hantarkan mesej ‘setuju’ dan nyatakan nama anda.
πŸ•ŒπŸ•ŒπŸ•ŒπŸ•ŒπŸ•ŒπŸ•ŒπŸ•ŒπŸ•ŒπŸ•ŒπŸ•Œ
Jika bermanfaat sila share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *