TADABUR WAHYU SIRI 60

2.0 Pengenalan Surah al-Baqarah II

Surah ini dinamakan surah al-Baqarah. ‘al’ yang ada pada awal perkataan adalah untuk merujuk Baqarah atau lembu yang dimaksudkan adalah yang telah diketahui.

Dengan itu perkataan al-baqarah boleh diterjemahkan kepada ‘seekor lembu Bani Israel’.

Ada juga orang yang menterjemahkan al-baqarah disini sebagai seekor lembu betina.

Sebenarnya terjemahan itu tidak tepat kerana ta’ dihujung perkataan Baqarah lebih menunjukkan kepada isim jins, bukan merujuk kepada jantina.

Perkataan Baqarah pula diambil dari asal ‘baqara’ iaitu membelah dan menebuk. Perkataan ini di ambil untuk dinamakan kepada lembu kerana ia biasa digunakan untuk membajak tanah.

Tujuan saya membincangkan tentang perkataan Baqarah disini bukan kerana mahu membesar-besarkan perbincangan ini.

Tetapi objektif sebenar ialah untuk menunjukkan betapa didalam bahasa Arab satu perkataan yang pendek boleh mengandungi makna yang luas.

Fenomena seperti ini akan kita temui disepanjang perbincangan berkaitan ayat-ayat Al-Quran.

Ringkasan dan Ulasan Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur

Ustaz Rosli
21 Rabiulakhir 1440
29 Disember 2018
🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Bagi yg berminat menerima mesej watsup ini, klik sini https://bit.ly/2rqH9lO dan nyatakan nama anda.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Jika bermanfaat sila share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *