TADABUR WAHYU SIRI 100

2.11.3 Tadabur Surah al-Baqarah Ayat 10

Di dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah menambah penyakit tersebut.

Ayat ini kesepuluh menjelaskan bahawa penyakit hati adalah dari jenis yang merebak. Jika manusia umumnya mengetahui bahawa penyakit fizikal sifatnya merebak, maka berkemungkinan ada yang tidak mengetahui situasi yang sama berlaku pada penyakit hati.

Tuhan tidak menerangkan di dalam AL-Quran tentang penyakit fizikal dan sifatnya. Ini kerana Al-Quran memberi fokus bagi menerangkan sesuatu yang tidak banyak diberikan perhatian oleh manusia.

Selain itu seorang manusia akan segera bertindak menangani penyakit yang melibatkan tubuh badan fizikal sementara persoalan penyakit hati sering diabaikan oleh kebanyakan orang dalam masa kebiasaannya.

Penyakit hati yang dirujuk kepada pemikiran serta hati yang merujuk kepada sikap. Sekaligus ayat ini memberikan penekanan kepada isu penyelewengan dalam pemikiran dan kefahaman.

Umat Islam masa kini agak mengabaikan kepentingan pemikiran yang murni dan tepat. Bagi kebanyakan orang kesalahan hanya berkisar sekitar kesalahan dosa yang bersifat fizikal.

Masyarakat cepat memahami besarkan dosa minum arak, judi dan sebagainya. Akan tetapi umat Islam masa kini sering meremehkan dosa percaya kepada tahyul, khurafat. Mereka meremehkan kesalahan tidak memahami agama dengan sebaiknya seperti memahami erti ketundukan kepada Allah, pengabdian dan sebagainya.

Ringkasan dan Ulasan Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur

Ustaz Rosli
Khamis
2 Jamadilakhir 1440
7 Februari 2019
🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Bagi yang mahu mendaftar sila PM link ini
http://www.wasap.my/601158935652/TadabburWahyu
😀😀😀😀😀😀😀😀😀😀
Jika bermanfaat sila share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *