TADABUR WAHYU SIRI 65

2.2 Penerangan Surah al-Baqarah Ayat 1

2.2.2 Makna Alif Lam Mim

Ibnu Asyur memberikan perhatian terhadap perbezaan pandangan ulama mengenai makna huruf alif, lam, mim. Terdapat 21 pandangan yang telah direkodkan oleh Ibnu Asyur, kesemuanya mempunyai tafsiran berlainan.

Namun demikian beliau telah mengkategorikan pandangan tersebut kepada tiga jenis:

1- Huruf-huruf itu mewakili nama-nama Allah.

2-Ia adalah nama bagi surah

3-Ia mewakili perbuatan tertentu seperti Allah bersumpah dengan qalam dan sebagainya.

Selain daripada perbincangan berkaitan maksud huruf-huruf pembuka surah, Ibnu Asyur juga membincangkan sepintas lalu berkaitan perbezaan ulama berkenaan persoalan apakah alif lam mim itu dikira sebagai satu ayat berasingan, atau adakah ia merupakan sebahagian daripada ayat?

Dalam hal ini Ibnu Asyur berpandangan bahawa alif lam mim bukan ayat berasingan sebaliknya ia adalah sebahagian daripada ayat yang selepasnya iaitu zalikal kitab la raiba fih…

Lihatlah bagaimana beberapa huruf yang sangat pendek boleh melahirkan berbagai pandangan, menimbulkan banyak sekali persoalan dan memerlukan garapan minda serta perbincangan.

Disini terserlah kehebatan al-Quran dan disebaliknya tersimpan rahsia bagaimana Allah menggerakkan minda manusia agar sentiasa berfikir dan mencari jawapan terhadap persoalan hidup.

Ringkasan dan Ulasan Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur

Ustaz Rosli
26 Rabiulakhir 1440
3 Januari 2019
🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Bagi yang berminat mengikuti siri ini sila klik disini
https://wa.me/601158935652?text=Saya%20berminat
Jika bermanfaat sila share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *