**TADABBUR WAHYU SIRI 652**

**4.4.1 Tadabbur Surah An-Nisa 3**
وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَىٰ فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَىٰ وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ ۖ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَلَّا تَعُولُوا.

3- Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau  hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.

Para ahli tafsir berbeza pandangan dalam mentafsirkan ayat ini. Imam Tabari telah mendatangkan beberapa bentuk tafsiran bagi ayat ini

Antara tafsiran  yang dinukilkan ialah larangan daripada berkahwin dengan wanita yatim jika tidak mampu berlaku adil kepada mereka.

Ini kerana terdapat mereka yang berkahwin dengan anak yatim tetapi tidak memberikan kepada mereka mahar dan nafkah yang diberikan kepada wanita yang tidak yatim.

Namun demikian Imam Tabari melihat tafsiran yang lebih tepat ialah larangan daripada berlaku tidak adil kepada semua wanita.

Ini kerana masyarakat Islam sangat sensitif dan sentiasa melihat bahawa berlaku adil kepada anak yatim adalah perkara yang perlu dilaksanakan.

Namun demikian berlaku kepincangan dalam hal menjaga kemaslahatan wanita.

Dalam tafsiran ini, Imam Tabari menyatakan bahawa ayat ini bermaksud: Jika kamu telah sedar dengan pentingnya berlaku adil terhadap anak yatim, maka janganlah kamu tidak berlaku adil kepada pihak wanita.

Mengamalkan poligami dengan jumlah wanita yang ramai telah menjadi budaya masyarakat Arab zaman dahulu.

Dengan itu al-Quran memberikan peringatan agar mereka yang takut tidak dapat berlaku adil terhadap hak wanita itu maka mereka mestilah menghadkan pernikahan, samada dengan satu, dua , tiga atau empat orang isteri sahaja.

Ayat ini juga secara tidak langsung telah membawa makna tidak boleh berkahwin lebih daripada empat orang isteri.

Sepertimana yang telah dikupas dalam ayat sebelum ini bahawa Islam adalah agama yang menyeru kepada keadilan dan memberikan hak kepada mereka yang berhak.

Maka setiap kali al-Quran membentangkan sesuatu persoalan, ia mementingkan kepada keadilah yang mesti disampaikan kepada semua.

Rabu
1 Zulhijjah 1441
22 Julai 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *