**TADABBUR WAHYU SIRI 696**

**4.46.1 Tadabbur Surah An-Nisa 50**

انْظُرْ كَيْفَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ ۖ وَكَفَىٰ بِهِ إِثْمًا مُبِينًا.

50-Lihatlah (wahai Muhammad) bagaimana mereka mengada-adakan perkara-perkara dusta terhadap Allah dan cukuplah perbuatan itu menjadi dosa yang terang nyata.

Ayat ini bukan bermaksud memberitahu kepada nabi saw bahawa ahli kitab telah berdusta atas nama tuhan.

Ini kerana hakikat itu telah sedia diketahui oleh Rasulullah saw.

Sebaliknya ayat ini bermaksud mengecam tindakan mereka yang berani berdusta atas nama tuhan.

Mereka tidak malu kepada Allah dengan  berbohong atas nama Allah dan mereka juga tidak takut dengan azab Allah.

Yang demikian itu dengan mereka mengaku bahawa merekeka adalah kumpulan manusia yang mulia sedangkan mereka tidak beriman kepada Allah dengan sebenarnya.

Mereka juga tidak menjaga akhlak dari melakukan amalan yang buruk dan di murkai oleh Allah.

Lebih jauh dari itu, ayat ini memberi panduan kepada manusia sepanjang zaman agar tidak mudah terpengaruh dengan mereka yang tidak bertanggung jawab.

Mereka mengaku menjadi manusia yang mulia, diberikan kehebatan luarbiasa oleh Allah dan berbagai dakwaan yang menyebabkan ramai orang yang kagum.

Pada hakikatnya mereka menggunakan keparcayaan manusia untuk melakukan penipuan walaupun atas nama agama.

Untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku, umat Islam perlulah memperkasakan diri dengan ilmu pengetahuan, kerana ilmulah yang menjadi neraca penilai kepada kebaikan dan keburukan.

Dengan itu umat Islam akan terselamat daripada terpengaruh dengan dakyah mereka yang memutarbelitkan fakta.

Hal ini sangat merbahaya kerana boleh membawa kepada tergelincir dari jalan Allah.

Semoga Allah sentiasa memimpin kita untuk berada diatas jalan yang lurus. Amin

Rabu
19 Safar 1442
7 Oktober 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *