PEMINAT Jackson, Niki Yan (kiri) dan Lois Weiss tidak dapat

menahan perasaan ketika lalu di hadapan Walk of Fame yang
mencatat nama Raja Pop itu di Los Angeles, California, kelmarin.
Utusan.
# Saya cuba menyelami perasaan dua orang wanita ini. Mereka meratapi kematian penyanyi pujaan mereka. Saya rasakan tangisan ini datang ikhlas dari dalam jiwa mereka yang menyanyangi Jakson. Tiada siapa yang perlu mereka ampu untuk mendapat sesuatu pemberian, tiada kuasa yang dapat Jakson anugerahkan kepada mereka. Mereka menghargai Jakson kerana dia telah berjaya menghibur mereka…saya amat terharu dengan sifat mereka yang murni itu…saya rasa iri hati dengan keikhlasan itu. Saya mula tertanya-tanya jika keikhlasan sebegini ada pada orang yang mencintai Allah dan rasulnya mungkin Islam telah gemilang. Tapi malangnya rata-rata kecintaan kepada Allah dan rasul di sulami dengan kecintaan kepada pangkat, harta, pujian, glamour, pengaruh dan berbagai lagi. Lalu kita kehilangan kekuatan, walaupun yang menjadi objek kecintaan adalah Allah.
Pandangan anda dihargai


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *