Hukum kembiri (kasi) binatang.
Soalan: Saya jumpa kucing tengah jalan, saya ambil bawa balik kerumah, mahu pelihara tapi takut kucing terlalu banyak dan menyusahkan. Bolehkah saya kasi kucing itu?
Jawapan:
Persoalan ini menjadi perselisihan ulamak
1-Sebahagian ulamak mengharuskan perbuatan ini kerana ianya bermanafaat.
2-Sebahagiannya mengharuskan untuk binatang yang dimakan sahaja.
3-Sebahagiannya menganggap harus dilakukan jika ada keperluan.
Perselisihan ini timbul kerana para ulamak melihat bagaimana menjaga kepentingan manusia dan kepentingan haiwan. Manusia memelihara haiwan untuk dimakan, perhiasan dan menjaga rumah. Dalam masa yang sama Islam melarang menyakiti haiwan. Apakah tindakan menghalang binatang dari mendapat zuria adalah satu perlangaran terhadap hak mereka.
Apa yang dapat saya simpulkan ialah ianya dibenarkan jika tidak menyakiti haiwan. Ini kerana ada kepentingan manusia yang patut diutamakan dalam kes ini. Kucing dipelihara sebagai hiasan dirumah dan mengawal tikus, jika kucing terlalu banyak akan membawa kesusahan untuk menjaganya dan mungkin membawa penyakit. Tapi ingat, yang boleh tu kasi haiwan. Kasi manusia tak boleh…..

2 thoughts on “”

  1. Avatar

    Bukankah kasi tu bermaksud kita mematikan shahwat binatang tu?

    Tidak kah tindakan kita itu dikira kejam kerana tidak membenarkan binatang mengikut hukum alam….

    maaf kalau maksud kasi tu lain…..

  2. Avatar

    asal kehidupan seekor burung ialah terbang bebas didalam hutan, asal kehidupan ikan ialah berenang bebas didalam sungai dan laut, asal kehidupan seekor anjing ialah bebas namun demikian hukum memelihara burung dalam sangkar adalah harus, hukum memelihara ikan dalam akuarium adalah harus walaupun menganggu sedikit kebebasan mereka. Ini kerana kembali kepada tabiat asal kejadian iaitu Allah menjadikan seluruh isi alam untuk manusia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *