Munafik

Soalan:
Apakah tindakan yang nabi s.a.w. ambil terhadap orang-orang munafik?
Tidak terdapt sebarang berita menunjukkan nabi mengambil tindakan terhadap orang-orang munafik. Bahkan Bukhari dan Muslim meriwayatkan bagaimana Khalid al Walid mahu menghukum orang yang bercakap secara biadab dengan nabi (sifat munafik) tetapi nabi mengatakan bahawa dia tidak diutuskan untuk membelah dada manusia.
Apakah yang dapat difahami daripada tindakan nabi?
1-Nifaq adalah amalan hati, hukuman keduniaan mestilah didasarkan kepada kesalahan yang zahir. Jika mereka menjadi tali barut musuh misalnya barulah mereka dihukum dengan kesalahan tersebut, bukan kerana nifaq. Orang kafir pun tidak dihukum kerana kekufuran mereka.
2-Jika Rasulullah s.a.w.membunuh atau menghukum orang-orang munafik, perbuatan itu akan dijadikan alasan kepada orang-orang politk untuk meghapuskan musuh politik mereka, ini kerana kebencian kaum munafik terhadap rasulullah s.a.w agak kabur dari sudut tindakan mereka. Kalau tidak kerna panduan wahyu maka agak sukar untuk mendedahkannya.
3-Saya juga berpendapat, nabi s.a.w.ingin menjelaskan bahawa golongan munafik adalah lumrah yang akan tetap wujud di setiap zaman. Mereka adalah musuh dalam selimut yang perlu ditangani secara diplomasi, rakyat umum susah untuk membezakan mereka lantaran sifat mereka yang lunak bermain kata-kata. Menggunakan kekerasan akan mengganggu saf Islam itu sendiri.
Saya tertarik dengan kata-kata Ramadan al Buti bila beliau berkata lebih kurang maksudnya: Nifaq adalah fenomena alam yang akan tetap berlaku. Dalam mana sahaja persatuan atau perkumpulan maka ada tiga jenis manusia.
1- orang-orang yang benar-benar ikhlas memperjuangkannya.
2-orang yang benar-benar menentangnya
3- orang yang munafik yang mencari peluang dari kedua-dua pihak.
Munafik dalam Istilah Dr Buti tidak semestinya ketahap munafik yang dibincangkan diatas.

2 thoughts on “Munafik”

  1. Avatar

    betapa susahnya nak pastikan sifat munafik ini,huzaifah pernah melarang seorang pemuda yang berdoa supaya dihancurkan orang2 munafik.kata huzaifah kepada pemuda itu,kalau maacam tu doa kamu nescaya tak ramai lagi lorong madinah dilalui orang.itu zaman huzaifah bersama dengan ramai sahabat dan tabiin.maknanya munafik ini ada dan mungkinkah ia juga ada dalam diri kita.imam2 khatib yang mendoakan kehancuran orang2 munafik dan musyrikin kena review balik doanya.takut doanya makan tuan.-nuar kenitra

  2. Avatar

    munafik ada dua jenis, munafik pada akidah dan munafik pada akhlak. Yang dimaksudkan munafik yang kekal dalam nerka adalah munafik kidah. Munafik akhlak pula adalah perbuatan dosa dan ada pada setip dari kita dengan dos yang berbeza. Munafik akhlak hanyalah istilah tetapi hakikatnya dosa. wallahua'alam.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *