Belajar dari Jiran


Iran adalah sebuah negara besar yang sering menjadi kebangaan ramai orang. Walaupun Iran adalah sebuah negara Islam, tapi sifat negara itu agak berbeza dengan negara-negara Islam lain.

Orang-orang yang melawat Iran memuji sifat rakyatnya yang menjaga kebersihan. Iran sebuah negara petrol, Iran sebuah negara demokrasi yang menyaksikan perubahan pemimpin secara pilihanraya (jarang berlaku di negara Islam termasuk Malaysia), Iran berkonfrantasi dengan Amerika semenjak 1979. Iran mendakwa memiliki senjata nuklear. Dan yang paling hebat ialah Iran satu-satunya negara syiah yang mampu menonjolkan dirinya dikhalayak antarabangsa.

Mungkin lantaran sifat-sifatitu tadi, membuatkan ada orang yang kagum dengan Iran walaupun mereka bermazhab Syiah. Lebih dari itu kekaguman itu mengheret mereka untuk membawa pemikiran Syiah itu.

Seperti yang saya sebutkan tadi, antara keistimewaanIran ialah demokrasi. Demokrasi di Iran sering membawa perubahan pucuk pimpinan tertinggi. Perkara ini tidak pernah berlaku di negra-negara Arab. Dan tidak pernah berlaku juga di Malaysia.

Pengamalan demokrasi yang telus itu telah membuatkan negara Iran mampu memilih pemimpin terbaik mereka sesuai dengan tujuan diadakan pemilihan. Presiden Iran sekarang Ahmadi Nejad pun menang pilihan raya tahun 2005 selepasmengalahkan pesaingnya Hashimi Rafsanjani. 12 Jun baru-baru ini dia menang lagi dengan peratus undi 62.63% mengalahkan Musawi.

Kemenangan Ahmadi Nejad kali ini lain pulak ceritanya, dia disambut dengan demostrsi jalanan yang katanya mengorbankan 13 orang penunjuk perasaan. Mengapa tiba-tiba suasana Iran jadi begini? Apakah negara Iran telah mula nyanyuk? Rakyat mendakwa adanya penipuan dalam keputusan pilihanraya baru-baru ini. Apakah Iran juga mula belajar dari negara-negara Arab yang berjiran dengannya?











Pandangan anda dihargai


2 thoughts on “”

  1. Avatar

    kalau dilihatkan di tv rata-rata yang membuat tunjuk perasaan tidak melambangkan tradisi iran. perempuannya pakai tudung dan khimar.macam ada tangan-tangan ghaib (amerika)disebalik muzaharah.sebab ahmadi najad menjadi penghalang kepentingan amerika.ana akan ke seremban esok untuk menghakimi ihtifal SMKA.kalau ada masa boleh bertemu-nuar kenitra

  2. Avatar

    sila klik blog ana untuk tahu apa sebenarnye berlaku di iran..ramai ustaz2 even yg syiah mahupun yg wahabi di ukm tak tahu bende pun pasal iran…

    hehehe….

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *