Cabut bulu kening 2

Hari ni rasanya ada baiknya saya sambung perbincangan berkaitan cabut bulu kening. Apa yang saya nak ajarkan ialah menganalisa hukum syarak tidaklah semudah yang disangkakan oleh sebahagian orang. Ramai juga orang yang menganggap para ulamak dan cendikiawan dlm bidang agama tidak cerdik. Ini bukan salah masyarakat, tapi masyarakat didedahkan kerja ulamak ni ialah baca doa dalam majlis, baca wirid, mintak berkat kalau anak nak belajar, sebenarnya kerja ulamak jauh lebih payah dari itu, tanggung jawab ilmiah saja pun cukup hebat.

Menganalisa nas2 syarak bukan boleh dibuat sekali imbas, tengok saja hadis dan hadis tu sahih kira jadi, bukan begitu sebenarnya. Ini kerana kita juga perlu melihat quran dan hadis secara keseluruhan. Ok kita balik kepada hadis melarang cabut bulu kening. Jika kita faham cabut bulu kening adalah mengubah ciptaan Allah, maka mengapa pula nabi menyuruh kita mencabut bulu ketiak dan bulu2 lain di bahagian sulit. Bukankah itu juga makhluk Allah?

Melalui keadaan inilah ulamak masing2 cuba menganalisa lebih lanjut. Prinsip yang dipegang ialah hukum Islam tidak boleh bertentangan satu sama lain. Mustahil Allah marah pada satu benda dan tidak marah pada benda yg sama di dalam ayat lain.

Sebahagian ulamak dengan itu menganggap bahawa perubahan makhluk Allah dalam hadis diatas adalah satu jenayah yang berasingan. Alasan mencabut bulu kening haram kerana mengubah kejadian Allah adalah amat lemah. Maksud hadis tersebut mungkin berlainan. Satu contoh lain yang saya boleh berikan ialah alasan botox haram antaranya ialah kerana mengubah kejadian Allah. Saya agak tidak faham dengan alasan ini.

Mengapa saya tak faham? Kerana botox ialah suntikan utk menegangkan kulit dalam jangkamasa tertentu. Kalau menegangkan kulit haram kerana dianggap mengubah kejadian Allah, maka menyapu krim penegang kulit juga haram. Sebab tujuannya juga ialah menegangkan kulit. Bezanya ialah botox melalui suntikan dan krim melalui sapuan. Saya bukan nak kata botox tu tidak haram kerana mungkin ada faktor lain yg membawa keharaman.

Yang saya nak fokus disini ialah alasan ianya mengubah kejadian Allah. Apakah suntikan yg sangat tak sakit dan tak pula melukakan kulit itu sebab sebenar haramnya botox. Botox amat berlainan dengan pembedahan. Jika pembedahan boleh dikatakan mengubah kejadian kerana terdapat kerja membuang daging dan kulit dan terdapat luka yang besar. Ok saya rasa untuk hari ini cukuplah sekadar ini, apa yang saya nak terangkan ialah alasan pengharaman cabut bulu kening kerana ianya salah satu bentuk mengubah kejadian Allah adalah satu alasan yang lemah sebenarnya. Tak boleh banyak2 nanti kita bincang lagi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *