2-0
Sehari dua ni umat islam ketinggalan 2-0 berbanding bukan islam. Keputusan kabinet berkaitan kesan seorang yang memeluk islam terhadap anaknya amat tidak memihak kepada orang Islam di Malaysia. Lebih-lebih lagi kes itu hendaklah dibicarakan di mahkamah sivil. Saya tidak mahu cakap panjang tentang isu ini kerana ulasannya sudah banyak diperkatakan tapi apa yang saya hairan ialah dimana perginya ‘orang kuat agama yang menjadi payung Islam di malaysia. mengapa mereka tidak bersuara dalam isu yang memang dibawah kuasa yang termaktub dan sehingga sekarang tiada yang meloncat keradangan.
Satu kekalahan lagi ialah apabila mahkamah membatalkan larangan Kementerian dalam negeri berkaitan penggunaan nama Allah untuk gereja. Saya sebenarnya tidak berpuas hati dengan analisis beberapa orang tokoh . Mereka tidak memihak kepada KDN atas alasan nam Allah digunakan dizaman nabi dan negara arab.
Saya berpendapat perkara tersebut termasuk dibawah siasah syariyyah dan pemimpin berhak berbuat demikian bila perlu. Lebih2 lagi bila melibatkan ketidak patuhan gereja dalam menyebarkan ajaran mereka kepada penganut Islam.
Yang lebih pelik lagi ialah tiada sebarang kenyataan daripada ‘org kuat agama’ di Malaysia. Setiap kali kita mengharapkan kuasa mereka digunakan untuk Islam ketika itu mereka akan memberi alasan yg menunjukkan seolah2 mereka tidak berkuasa.pandangan anda dihargai

2 thoughts on “”

  1. Avatar

    2-0 kerana kekuatan umat islam telah terhakis.umno dah tak mampu untuk menahan gelombang kafirin mustakbirin.suara mufti hanya dibenarkan dalam kerangka kehendak pemerintah sekular.Pas banyak berdiplomasi dengan rakan-rakan lain yang cita-cita mereka tentu bukan sekali untuk meninggikan syariat islam. uniti goverment yang dicadangkan oleh TGHH perlu diperhalusi dan dipertimbangkan.

  2. Avatar

    sesuatu yang baik mungkin tidak diakui semasa oencadangnya hidup, tetapi diterima setelah dia meninggal, seperti yg berlaku kepada imam syatibi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *