Abdullah bin Huzafah ra.

Abdullah bin Huzafah seorang sahabat Nabi saw yang punya karakter suka bergurau.

Suatu hari dia dilantik oleh Nabi saw menjadi ketua kepada satu pasukan sahabat.

Dalam perjalanan beliau berhenti dan mengarahkan semua pasukan menggumpul kayu api.

Setelah api menyala beliau mengarahkan semua pasukannya supaya terjun kedalam api tersebut.

Para sahabat yang ada enggan berbuat demikian lalu Abdullah berkata: Bukankah aku telah dilantik oleh nabi saw sebagai ketua kamu dan Nabi saw berkata siapa yang mentaati ku maka dia telah mentaati Baginda.

Para sahabat menjawab: Tidaklah kami beriman kepada Allah dan Rasul kecuali kerana kami mahu melepaskan diri kami dari azab (mengapa pula kamu menyuruh kami terjun kedalamnya).

Hal ini telah sampai kepada pengetahuan Nabi saw lalu Baginda bersabda maksudnya:Tiada ketaatan kepada makhluk dalam melakukan kemaksiatan kepada pencipta.

Kisah ini dipetik daripada hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

** Para sahabat berjaya menghubungkan antara prinsip taat kepada Allah dan Rasul dengan prinsip taat kepada ketua.

** Ketaatan kepada ketua tidak menghalang sahabat daripada berfikir dan menilai perbuatan mereka samada betul atau salah.

Ustaz Dr Rosli bin Mokhtar 2 Januari 2021

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *