Amal Jama’i (5)

Soalan:
Apa pandangan ustaz mengenai gerakan di Universiti ini..seperti Abim,Karisma, Isma dan sebagainya..Ada pula yang menyatakan gerakan mereka yang lebih sempurna, gerakan lain kurang sempurna…..Ada pula macam tarik tali..minta ustaz ulas sedikit.

Jawapan:

Ya, antara halangan dalam berpersatuan ialah perkelahian antara kumpulan-kumpulan dan puak. Bukan di Malaysia saja, bahkan dimana sahaja perkara ni berlaku. Pengalaman masa saya belajar dulu ialah kita tidak menubuhkan persatuan lain selain PMMM. Tapi, itu kerana bilangan kami sedikit bolehlah buat begitu.

Dalam kumpulan yang banyak-banyak ni memang ada yang sesat, seperti Arqam. Saya mulanya memang berbaik sangkan dengan kumpulan ini, tapi setelah saya pergi sendiri berjumpa dengan As’yari, memang saya yakin itulah jawapannya.

Adapun kebanyakan kumpulan lain perbezaan antara mereka dalam beberapa keadaan:

1-Fahaman Kesufian:
Ada kumpulan yang ditubuhkan bagi meneuskan berlangsungnya fahaman kesufian, lalu agenda mereka ialah agenda tarikat dan sebagainya.

2-Fahaman zahiri:
Ada kumpulan yang bergerak bagi mengembangkan kumpulan pemikiran zahiri atau dipanggil salafi atau wahabi (saya suka panggil salafi kerana kumpulan ni tak suka dipanggil wahabi)

3-Fahaman Politik:
Ada kmpulan yang bergerak bagi menyokong dan mengembangkan fahaman politik tertentu, gerakan mereka diasaskan kepada pendirian politik kumpulan tertentu.

4-Model Ikhwan Muslimin
Ada kumpulan yang diasaskan bagi meningut model gerakan Ikhwan Muslimin dan menjadikan gerakan itu sebagai idola. Ikhwan muslim juga mempunyai rangkaian antarabangsa. Tidak mustail kalau ada kumpuln tertentu yang mempunyai hubungan secara langsung dengan mereka.

Untuk mengetahuikan dengan lebih lanjut mengenai tabiat kumpulan-kumpulan ini saya saya cadangkan anda membaca aliran-aliran pemikiran ini dari sumbernya yang asal. Melihat bagaimana pembawaan pemikiran sufi, salafi,kepartian dan Ikhwan Muslimin.

Masing-masing mempunyai teori gerakan sendiri, gaya tarbiah tersendiri dan kefahaman terhadap asas Islam yang pelu difahami dengan baik. Setakat ini kesempitan masa mengekang saya dari menulis secara terperinci dalam bab ini.

Pada pandangan saya, kumpulan yang mengambil model Ikhwan Muslimin sebagai model adalah paling sesuai dengan pelajar di universiti kerana beberapa sebab:

1-Mempunyai sistem tarbiah yang lebih sistematik dan holistik
2-Tidak terlalu berkonfrantasi dengan pihak kerajaan dan memberi ruang lebih mudah untuk bergerak
3-Tidak menumpukan beberapa isu sahaja untuk dihabiskan masa.
4-Mengambil pendekatan kesukarelawanan yang lebih tinggi.

Namun demikian kelemahan yang saya sebut dalam entry lepas masih berlaku (bukan pada semua orang) antaranya:
1-Budaya berkumpulan sehingga mengabaikan ukhuwah Islamiah yang lebih luas.
2-Gagal memahami tabiat pemikiran kumpulan-kumpulan lain.
3-Menganggap kumpulan mereka sahaja yang betul.

Itu antara kekurangan yang wujud dan perlu diperbaiki. Saya lihat kekurangan ini wujud bukan disebabkan oleh dasar kumpulan tetapi disebabkan kelemahan ahli yang menganggotai kumpulan secara ikut-ikutan.

Pada tahun 80an konflik antara kumpulan-kumpulan ini amat meruncing sampai keperingkat timbulnya fitnah kafir-mengkafir. Alhamdulillah sekarang ni sudah sejuk dah. Tapi masih berlaku dan ada orang yang cuba membangkitkan semula.

Saya ikuti perkembangan melalui blog-blog pelajar dam masih banyak pertikaian dan kebanyakannya berkaitan perebutan ahli. Kalau kita berebut nak berdakwah sudah tentu dakwah dah tertegak dan maksiat telah hilang. Tapi yang kita berebut bukannya dakwah tapi kita berebut adalah ahli, maka dakwah tidak berjalan dengan baik.

Bagi menyelesaikan masaalah ini, satu perinsip yang saya rasa kita perlu pegang ialah: Kumpulan yang kita anggotai bukan mewakili seluruh Islam, tetapi ianya mewakili salah satu aliran pemikiran dalam Islam.

Wallahua’alam.

Pandangan anda dihargai

2 thoughts on “Amal Jama’i (5)”

  1. Avatar

    "Kumpulan yang kita anggotai bukan mewakili seluruh Islam, tetapi ianya mewakili salah satu aliran pemikiran dalam Islam."

    Suka dan setuju dengan pandangan Ustaz.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *