Asas Kefahaman Islam (20)

Kafir-mengakafir wujud dalam masyarakat kita?
Semalam saya telah menerima kunjungan daripada beberapa orang sahabat, kami berbincang dan masing-masing mengutarakan topik yang rancak dibincangkan. Maklumlah lama tak berjumpa. Ada sahabat yang dah lebih kurang 15 tahun tak bertemu. Dalam pada kami bercakap dan berbincang tu, saya sempat melontarkan persoalan apakah perlu saya mengulas isu yang sedang dimainkan oleh media sekarang ini. Iaitu isu TG Nik Aziz yang mengatakan perjuangannya sama dengan perjuangan nabi Musa menentang Firaun. Berikut kenyataan itu pihak Umno telah membuat laporan polis. Kenyataan terbaru TG Nik Aziz ialah kata-katanya hanyalah perumpamaan. Apakah polemik ini merupakan contoh bagi polemik kafir mengkafir?
Pandangan anda dihargai

1 thought on “Asas Kefahaman Islam (20)”

  1. Avatar
    Mohamad Othman - Ampang S’ngor

    Assalam
    Pada hemat sy tk perlu kafir mgkafir, yg dikafir itu islam dan yg mgkafir pun islam. Jadi di mana kafirnya….. sbnarnya ini bukn soal kafir tapi soal sejauh mana kte mmahami islam itu. Dari sudut mana kte berbeza mentafsir islam yg kte junjung.

    Islam itu sgt luas dan indah ilmunya, mazhabnya pun ada 4. Tidak trmasuk ilmuan dan ulamaknya, blom lg aliran yg pelbagai yg mana sumenya menuju kpd Allah swt. Pastinya brbeza kaedah tetapi matlamatnya mencari dan menemui pencipta Ya Rabb

    Rukun islam dan rukun iman juga berbeza pngisian tp sumenya
    perjalanan utk menuju Allah aza wajallah. T’ kasih
    Aza

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *