BENGKEL KEPIMPINAN ANDALUSIA

 

BENGKEL KEPIMPINAN ANDALUSIA (Membina Kecemerlangan Dan Karisma)

Disampaikan oleh Rosli Mokhtar, penulis buku Kerajaan Islam Sepanyol yang telah mendapat 2 anugerah IPCC 2009 & 2010

Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh : 6 Ogos 2011 (Sabtu)
Lokasi : Dewan Kolej Keris Mas, UKM
Masa : 9.00 pagi – 4.00 petang
Yuran : Early Bird – RM70 (Bermula sekarang hingga 25 Julai 2011 sahaja)
Penyertaan biasa – RM100

PENYAMPAI

 

Rosli Mokhtar anak kelahiran Kg Pusu Tinggi, Jerteh, Terengganu pada tahun 1969. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pusat Jerteh dan pendidikan menengah di Sek. Men. Agama al-Ittifakiah, Jerteh dari tahun 1982 hingga tahun 1984.

Seterusnya beliau menyambung pelajaran di Sek. Men. Sultan Zainal Abidin, Batu Burok, Kuala Terengganu (1985-1988). Seterusnya melanjutkan pengajian di peringkat ijazah di Univ. Hasan al-Thani, Mohammedia, Maghribi dari tahun (1989-1991), berpindah ke Univ. Muhamad V, Rabat, Maghribi dari tahun 1991 hingga 1994.

Kemudian beliau melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di universiti yang sama dalam jurusan Peng. Islam dengan pengkhususan Maqasid al-Syariah dari tahun 1994 hingga 1999.

Kini beliau menjawat jawatan sebagai pensyarah di Jabatan Syariah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) sejak tahun 2002 hingga kini. Dalam masa yang sama masih mengikuti pengajian sarjana MBA Muamalat di KUIS (2009-2010)

Antara karya yang telah dihasilkan selain kajian akademik ialah buku:

1. Maqasid al-Syariah – Hikmah di Sebalik Pensyariatan.
2. Sejarah Perkembangan Hadis.
3. Ilmu al Jarh wa al Ta’dil.
4. Undang-undang Jenayah Islam.
5. Kerajaan Islam Sepanyol.

 

 

KANDUNGAN

# Belajar dari sejarah Sepanyol yang gemilang
# Rahsia di sebalik ketamadunan Sepanyol yang mengubah dunia
# Persamaan pemimpin Andalusia dan pemimpin abad ini
# Menyingkap penyelewengan Barat terhadap sejarah Andalus

SASARAN PESERTA

* Pencinta sejarah dan tamadun Islam
* Guru-guru sejarah
* Trainer & fasilitator
* Pemimpin organisasi
* Ahli Korporat
* Kakitangan kerajaan

MENGAPA ANDA PERLU HADIR?

# Buku Kerajaan Islam Sepanyol telah memenangi anugerah IPCC 2009 & 2010
# Tiada bengkel kepimpinan seumpamanya
# Kupasan terperinci tentang Sejarah Andalus
# Ketahui nasib umat hari ini adalah iktibar sejarah Andalus

TESTIMONI

Prof Dr Saadiah Mohamad
“Tahniah di atas penyampaian Sejarah Islam di Sepanyol. Kupasan yang sungguh baik dengan begitu banyak nilai pengajaran.”

PENDAFTARAN

Emelkan kepada kursusmotivasi@gmail.com butiran peribadi anda sebagaimana berikut:

– Nama penuh
– Alamat
– No telefon
– Emel

Yuran Pendaftaran : Early Bird – RM70 (Bermula sekarang hingga 25 Julai 2011 sahaja)
Penyertaan biasa – RM100

Pembayaran di atas nama ‘Rosli Mokhtar‘, Maybank: 562188204359.

Copy butiran transaksi dan paste di ruangan ‘Bukti Pembayaran’ bagi online transfer,

atau scan dan emel slip pembayaran bagi deposit tunai di mesin ATM / kaunter bank.

atau sms jumlah pembayaran + tarikh + masa kepada 0136775764 atau 0192773619

Tempat TERHAD kepada 100 orang peserta sahaja!

PENGESAHAN

Pengesahan tempat duduk hanya akan dibuat setelah pembayaran diterima. Sekiranya Tuan / Puan mendaftar di borang ini tanpa membuat pembayaran, tempat duduk Tuan / Puan tidak dapat disahkan. Sebarang pertanyaan mohon hubungi 0136775764 (ASRUL) atau kursusmotivasi@gmail.com.

Suburkan bulan Ramadhan anda dengan mempelajari ilmu-ilmu yang dapat membuka hati dekat kepada Allah.

Terima kasih!

Pandangan anda dihargai

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *