Asas Kefahaman Islam (14)
Kita masih membincangkan polemik kedua iaitu isu bid’ah. Seperti yang saya katakan ialah isu bid’ah mempunyai titik pertemuan dan titik perselisihan. Bukannya semua bid’ah disepakati oleh para ulamak.
Salah satu contohnya ialah bacaan qunut dalam solat. Sebahagian ulamak menganggapnya sunat muakad dan sebahagiannya menganggap bid’ah. Begitu juga dengan bacaan doa berjamaah selepas solat, wirid beramai-ramai dan banyak lagi amalan masyarakat kita hari ini termasuk dalam bid’ah yang tidak disepakati.
Bid’ah yang disepakati oleh ulamak ialah amalan khurafat seperti memuja kubur , amalan sihir, dan penambahan-penambahan pada asas agama dan ibadat seperti sembahyang hanya dengan niat, haji bukan di Mekah dan berbagai amalan yang kita kenali sebagai ajaran sesat.
Pendirian kita dalam menangani masaalah bid’ah yang disepakati adalah jelas, iaitu kita menolaknya dengan tiada kompromi. Permasaalahannya ialah apakah pendirian kita terhadap bid’ah yang tidak disepakati?
Persoalan ini agak memeningkan masyarakat, terutamanya apabila ramai penceramah agama yang amat menekankan pengajaran tentang bahagian ini, membetulkannya dan menyesatkan pengamalnya.
Jawapannya ialah, perselisihan dalam bab ini hanyalah perselisihan pendapat dalam masaalah fekah sahaja, apa yang patut diakui ialah ianya tidak membawa kepada kesesatan. Namun demikian ini tidak menghalang seseorang itu daripada mengikut mana-mana guru yang mereka rasakan betul apabila guru itu mempunyai ilmu yang boleh dipercayai dan tidak melakukan perbuatan dosa besar secara terang-terangan. Inilah yang dinamakan ‘adalah dalam istilah syarak.
Saya akan memberikan contoh yang lebih praktikal. Ada orang yang menganggap membaca Yasin pada setiap malam Jumaat sebagai bid’ah. Jika dia bukan orang alim, maka sudah tentu dia mengambil maklumat itu daripada orang yang dia yakini mempunyai dua syarat tadi. Maka dia pun menganggap cara itu bid’ah. Dia pun enggan membaca Yasin pada malam Jumaat.
Seorang lelaki yang lain pula menganggap perbuatan itu baik dan tidak bid’ah. Ajaran ini diambilnya dari seorng ustaz yang juga berwibawa, dia pun mengamalkan bacaan Yasin pada malam Jumaat. Siapakah yang bersalah dan betul dalam bab ini?
Jawapannya ialah kedua-dua orang itu betul kerana mereka telah bertaqlid atau mengikut orang yang dirasakan mempunyai kewibawaan dalam agama. Mereka sudah tentu tidak dapat menyelidik sendiri hukum hakam tersebut kerana ketiadaan ilmu.
Apa yang penting dari kedua-dua orang yang bersalahan dalam amalan tadi ialah mereka tidak boleh memaksa salah satu pihak untuk mengikut pendirian mereka, ini kerana bentuk perbuatan itu adalah termasuk dalam perkara yang diperselisihkan oleh ulamak.
Begitu jugalah dalam perkara-perkara hukum cabang lain yang tidak disepakati. Jika ahli masyarakat faham dengan situasi ini, maka banyaklah perpecahan akan dapat dihindarkan, kesatuan umat Islam akan dapat dipupuk dengan mudah, kekuatan umat Islam pada waktu itu dapat dihalakan kearah menyekat perkara-perkara yang disepakati sesat dan menyeleweng.
Namun demikian nafsu manusia amat susah untuk dikawal, terutamanya nafsu orang agama, mereka sering suba menganggap pendapat yang mereka ikuti mesti diikuti oleh orang lain juga. Orang yang membaca Yasin malam Jumaat akan memandang orang yang tidka membacanya dengan pandangan serong dan melebelkan mereka dengan berbagai lebel yang membangkitkan kemarahan. Orang yang tidak membacanya pula memandang perbuatan tersebut dengan penuh jijik, lalu berlakulah pertembungan.
Situasi yang merugikan umat Islam itu sentiasa berlaku dan kejadian ini kebiasaanya terjadi di masjid. Masjid yang sepatutnya menjadi tempat kesatuan orang Islam bertukar menjadi medan pertempuran. Kekuatan dihabiskan bagi memerangi perkara cabang yang ringan timbangannya, anjal sifatnya. Kiaskanlah kefahaman ini kepada hukum-hukum cabang yang lain. Mudahan dengan memahami polemik ini dengan baik akan membawa kepada kekuatan Islam yang lebih bermakna, tambahan lagi pengimarah masjid hanyalah 1%-5% sahaja dari penduduk. Jumlah yang sudah kecil dikecilkan lagi dengan pertikaian.
Mudahan Alah menyatukan hati orang yang beriman, amin.
pandangan anda dihargai
Asas Kefahaman Islam (13)
Polemik kedua yang sering tenggelam timbul dalam masyarakat ialah persoalan bid’ah. Polemik ini kadangkalanya menjadi isu hangat yang memanaskan suasana. Kadangkala tersembunyi dan tidak mendapat perhatian yang berat.
Polemik sangat perlu ditangani dengan baik. Ini kerana polemik ini merupakan cabang dari persoalan kepelbagaian pandangan dan mazhab. Sebarang kegagalan dari menerangkan isu ini dengn baik akan menjadi satu perbincangan yang sia-sia kerana disana akan berlaku perselisihan yang merugikan.
Pendirian umat Islam ialah sememangnya menentang pengamalan bid’ah. Ini kerana Rasulullah berkali-kali mengutuk perbuatan bid’ah. Baginda mengutuk perkara bid’ah.
Bagaimana saya mengatakan isu bid’ah adalah persoalan kepelbagaian pandangan sedangan ada hadis sahih yang mengatakan setiap bid’ah adalah sesat dan setiap yang sesat balasannya neraka?
Ya memang benar hadis tersebut sahih, tapi masaalahnya ialah ulamak tidak sepakat dalam mentakrifkan apakah itu perkara bid’ah. Nampaknya memang senang sebab kita baca setiap bidah itu sesat. Tapi apakah itu bid’ah. Disini, para ulamak mentakrifkannya dengan persepsi masing-masing. Untuk melihat secara terperinci lihatlah kitab-kitab rujukan.
Persoalan bid’ah pada asasnya mengandungi tiga titik utama.
1-Pertama perkara-perkara yang disepakati oleh ulamak sebagai bid’ah
2-Kedua Perkara yang disepakati sebagai tidak bid’ah
3-Ketiga perkara yang tidak disepakati samada ianya bid’ah atau tidak
Saya berharap sangat supaya pembaca mahir dengan perkara asas ini, kalau dah mahir tak perlulah saya terang acap kali, untuk itu kita akan sambung lagi insyaallah.
pandangan anda dihargai

Asas Kefahaman Islam (12)

Kita masih lagi membincangkan poliemik pertama iaitu Perbezaan Pandangan dan Mazhab. Melalui pengalaman saya, ramai orang yang terkeliru apabila sesuatu kumpulan menamakan diri mereka ansar sunnah, kumpulan ahlu sunnah wal jamaah dan sebagainya. Ini kerana ramai ahli masyarakat yang tidak didedahkan dengan asas kefahaman Islam.
Mereka keliru bila mendengar sesuatu ajaran mengikurt sunnah, mereka akan mudah mengatakan kumpulan itu sahaja yang betul. Ini kerana nabi seorang sahaja dan kumpulan pula banyak. Begitu juga dengan gerakan Islam. Mereka sering menganggap gerakan Islam mesti satu sebab Islam adalah satu.
Mereka sebenarnya tidak dapat membezakan antara agama dan kumpulan. Agama dan persatuan tidak sama. Persatuan adalah perkumpulan orang yang berusaha memartabatkan agama dengan cara yang dirasakan sesuai olah kelompok tersebut.
Akibat kefahaman yang silap ini telah menimbulkan taksub mazhab terhadap kumpulan dan jamaah tertentu. Apabila kumpulan, persatuan atau jamaah mereka dikeritik, mereka akan mengkafirkan, menfasikkan atau menyesatkan orang yang menegur kerana mereka merasakan Islam telah dikeritik. Lantaran itu, dalam banyak keadaan, menegur kumpulan Islam lebih sukar dari menegur kumpulan yang tidak dikenali sebagai gerakan Islam.
Dalam permasaalahan fekah, contoh yang pernah saya berikan ialah kekeliruan terhadap kitab Sifat Solat Nabi. Apabila kitab ini ditulis, ramai orang yang menyangka mazhab lain tidak mengikut nabi. Mereka melemparkan aliran lain secara total sebagai ahli bid’ah. Bagi mereka jika sudah ada kitab soalat nabi maka kitab lain tidak diperlukan.
Sepatutnya kita disedarkan bahawa ruang ijtihad adalah luas dan pengamalan agama yang termasuk dalam ruang ijtihad adalah diterima. Walaupun begitu saya tidak menafikan ada perkara bid’ah yang menjadi amalan masyarakat, tetapi kebanyakannya dalam ruanglingkup bid’ah yang tidak disepakati oleh ulamak. Inilah antara polimik yang akan dibincangkan nanti Insyaallah.
pandangan anda dihargai
Asas Kefahaman Islam (11)
Setelah anda memahami perkara-perkara penting berhubung asas pemikiran dan sumber rujukan dalam Islam, sekarang sampai pula masanya untuk saya terangkan polemik-polemik penting. Polemik ini sering timbul dalam masyarakat dan jika tidak difahami dengan baik akan membawa seribu satu masaalah.
Polemik Pertama: Perbezaan Pendapat dan mazhab
Isu ini jika tidak ditangani dengan baik akan melumpuhkan kekuatan orang Islam. ini kerana polemik perbezaan pendapat dan mazhab sering kali membawa kepada pergaduhan dan perpecahan. Bahkan boleh mengheret kepada peperangan dan pembunuhan.
Sebelum membincangkan isu ini, kita perlu kembali melihat beberapa asas yang telah disepakati ulamak:
1-Persoalan khilafiah atau perselisihan ulamak yang bukan dalam masaalah asas agama adalah perselisihan yang berbentuk kepelbagaian bukan pertentangan.
2-Kata-kata sarjana Islam walau bagaimanapun hebatnya mereka, bukanlah sesuatu yang tidak boleh dipersoalkan, dikaji, diterima atau ditolak. Ini kerana Islam tidak meletakkan seseorang sebagai hujah kepada orang lain selain daripada nabi s.a.w.
3-Kata-kata ulamak yang menghukum seseorang dengan sesat, fasik ,bidah atau kufur tidak diterima secara bulat-bulat tetapi mestilah melihat kepada hujah dan kebenaran.
pandangan anda dihargai

Asas Kefahaman Islam (10)

Kali ini saya akan membincangkan satu lagi asas penting dalam memahami Islam yang murni. Asas ini tidak lain dan tidak bukan terpancar dari kefahaman yang jitu terhadap kalimah la ilaha illallah, tiada tuhan kecuali Allah.

Seorang muslim dituntut untuk menjauhkan diri dari sebarang kepercayaan kepada perkara khurafat. Ini kerana  kepercayaan kepada khurafat adalah bertentangan dengan dasar ‘tiada tuhan kecuali Allah’.
Seseorang yang percaya kepada khurafat bermakna telah mempercayai adanya kuasa ghaib lain selain Allah. Sementara keimanan yang sebenar ialah tiada kuasa ghaib dalam alam ini selain Allah. Malaikat pun tiada kuasa, semuanya bergantung kepada Allah. 
Bagaimana kita dapat mengetahui sesuatu kepercayaan itu khurafat atau tidak? Jawabnya ialah jika kita meletakkan salah satu sifat Allah kepada selain dari Allah maka itulah hakikat khurafat.

Seorang yang menganggap kubur itu memberi manafaat bila dinyalakan linlin atau diletakkan wangian, maka itu adalah khurafat kerana dia telah percaya bahawa kubur itu boleh memberi sesuatu dengan kuasanya.
Ada orang yang percaya kayu tertentu boleh memberi manafaat seperti rezeki, dipanjangkan umur, diberikan jodah dan sebagainya, maka itu adalah khurafat, kerana kayu tidak ada kuasa ghaib yang boleh memberi kesan. Kuasa memberi rezeki, jodoh dan nyawa adalah milik mutlak Allah. Kiaskanlah perkara ini kepada benda-benda lain samaada logam, roh, dan sebagainya.
Anda mungkin mempersoalkan, kalau begitu, kita juga tidak boleh memakan ubat sebab ubat tidak boleh menyembuhkan. Jawapannya ialah ubat diambil kerana mempunyai tindak balas fizikal. Tindak balas itu tunduk kepada hukum alam. Ada ubat yang membunuh kuman, ada yang menyejukkan badan dan ada ubat yang bersifat memberi vitamin dan zat tertentu.
Jika ubat tersebut diambil atas dasar tindakan fizikalnya makan itu tidak dinamakan khurafat. Ini kerana tidakbalas fizikal itu termasuk dalam sunnah alam yang dijadikan oleh Allah. Air sifatnya menghilangkan daharga, api sifatnya membakar dan begitulah seterusnya….
Sebab itulah seorang muslim tidak akan berserah tanpa usaha dalam mencapi kehendaknya, ini kerana usaha tersebut disuruh oleh Allah. Usaha yang bersifat mengambil sabab musabab  atau hukum alam itu menjadi sebahagian dari ajaran Islam.
Lataran kefahaman inilah para sahabat mengatur strategi ketika berperang, nabi s.a.w. menyuruh orang sakit berubat, baginda menyuruh orang miskin berusaha dan sebagainya. Inya tidak bertentangan dengan asas tiada tuhan kecuali Allah.
Semakin teguh dan murni keimanan kita dengan asas ini, maka semakin sucilah keimanan kita kepada Allah. Oleh itu asas ini amat penting untuk menyampaikan manusia kepada keimanan yang suci hanya kepada Allah sahaja. Pada ketika itu seluruh makhluk akan dilihat sebagai amat kerdil, tiada apa-apa kekuatan selain Allah dan seluruh alam hanya tunduk kepadaNya.
Kefahaman ini amat dibenci oleh penyebar ajaran sesat, ini kerana kefahaman yang betul dalam bab ini akan mengganggu kerja-kerja penyebaran dakyah mereka. Ajaran sesat akan sentiasa menonjolkan ada kuasa lain kecuali Allah, kuasa itu mungkin pada benda, manusia atau roh yang ghaib.
Dengan menonjolkan kuasa lain itulah mereka akan mendapat faedah. Merek akan mengagungkan objek tertentu dan akhirnya orang yang percaya terpaksa tunduk kepada mereka kerana mereka sajalah yang mengetahui bagaimana mendapat keredaan objek-objek rekaan itu.
Tauhid yang suci dari khurafat akan membebaskan manusia dari ketakutan terhadap mana-mana makhluk. Mereka akan hidup dengan aman kerana tiada kuasa kecuali Allah. Cubalah bersihkan kidah anda dari segala macam khurafat, kecil atau besar, anda akan terasa seolah-olah berada di alam baru. 
pandangan anda dihargai

Asas Kefahaman Islam (9)
Hari ini kita menyambung perbincangan dalam tajuk asas kefahaman Islam. Diharapkan pembaca semua dapat mengikutinya dengan baik. Lagi pun ianya mudah saja untuk difahami. Kalau tak faham tak jadi masaalah, boleh tanya dalam ruangan komen.
Kali ini saya nak pulak menerangkan perkara-perkara yang tidak boleh dijadikan asas dalam berfikir. Tidak boleh dijadikan asas dalam menilai kebaikan dan keburukan. Tidak boleh dijadikan asas dalah hukum -hakam.
Perkara yang saya maksudkan itu ialah mimpi, firasat, kasyaf, telahan hati dan berbagai istilah lagi. Perkara-perkara ini tidak boleh dijadikan asas dalam menilai hukum hakam, halal haram dan kebenaran serta kesesatan.
Sudah tentu ada sahabat yang tak setuju dengan kata-kata saya, terutamanya yang berkecimpung dalam ilmu tasawuf. Mengapa semua yang dinyatakan itu tidak boleh dijadikan pengukur? Jawapannya ialah kerana perkara-perkara itu tidak dapat dinilai dengan tepat.
Kalau hakim mengatakan kepada tertuduh, awak bersalah sebab saya bermimpi semalam saya lihat awak yang bunuh mangsa. Ahh.. haru birulah masyarakat kalau ianya berlaku. Mengikut firasat guru saya, hukumnya halal. Kata-kata sedemikian tertolak kerana ianya berpaksikan kepada individu, bukan kepada hujah.
Islama adalah agama yang sangat rasional. Mimpi dan seumpama dengannya ialah sesuatu yang tidak dapat dinilai. Mungkin ada oang yang berkata, itu mimpi dan firasat awak memang tidak tepat, tapi guru saya warak dia memang benar dan mempunyai mimpi yang benar.
Jika kita meletakkan seseorang pada tahap demikian maka kita telah meletakkannya sama dengan nabi-nabi. Ini kerana orang yang kita percayai mimpi dan firasat mereka sebagai hujjah ialah nabi-nabi. Ini kerana orang lain tidak terlepas dari kesilapan dan kesalahan.
Kekeliruan terhadap asas inilah yang telah membuatkan ajaran sesat senang tersebar kedalam masyarakat. Ini kerana paksi kepada ajaran sesat ialah mimpi dan ilham guru, mengapa dua perkara itu menjdi asas ajaran mereka? jawabnya ialah kerana ajaran mereka kalau nak disandarkan kepada quran dan hadis tidak wujud maka mereka terpaksa mencari sumber yang tidak boleh diukur.
Jika kita telah faham dengan pelajaran diatas, maka ingin saya tambah sikit. Kita bukan menafikan adanya mimpi dan ilham. Ianya wujud tetapi tahap keboleh percayaanya tidak sampai kepada tahap yakin dan tidak boleh dijadikan panduan dalam perkara agama. Kalau setakat kita rasa macam ada orang nak datang rumah je hari ni kemudiannya betul, maka setakat itu sahaja lah. Kalau ianya salah maka kitakatakan bukankah ianya hanyalah firasat sahaja.
Memang ada orang yang firasatnya agak tajam. Seperti  kita terasa sesuatu yang berlaku walaupun tida melihatnya. Seorang yang berjauhan dengan anaknya mungkin merasa-rasa keperitan dan kesedihan anaknya. Itu tidak membawa kepada sebarang hukum hakam maka tidak ada masalah.

pandangan anda dihargai

Asas Kefahaman Islam (8)
Hari ini kita melihat kepada satu lagi makanisma yang digunakan oleh para ulamak dalam menilai dan berfikir. Saya tidak mahu terlalu memperincikan asas ini, cukuplah jika pembaca mengetahuinya secara umum.Ini kerana teknik ini mungkin akan digunakan dalam perbincangan-perbincangan yang akan datang. 
Teknik yang saya maksudkan itu ialah teknik Istishab seperti biasa dalam istilah Arab nampaknya susah.Teknik ini menggunakan lojik, bagaimana sesuatu itu diukur berdasarkan maklumat paling kuat yang kita ketahui, sebelum berlakunya keraguan. 
Contohnya seorang yang keraguan apakah dia masih berwudu’ dianggap masih berwudu’ jika dia yakin, sebelum ini dia telah mengambil wudu’. Apa yang diraguinya ialah apakah wudu’nya batal. Oleh itu kita membina keyakinan atas perkara yang diyakini. 
Ini kerana sesuatu yang diyakini tidak boleh dibatalkan hanya dengan andaian atau sesuatu yang berbentuk ragu-ragu.Jika kembangkan lagi kita akan dapati, seseorang itu tidak dikira bersalah sehingga ada bukti-bukti kukuh yang menunjukkan dia bersalah. 
Ini kerana  seseorang manusia itu dianggap tidak melakukan apa-apa kesalahan. Perbuatan adalah sesuatu yang baru dalam hidup manusia.Disebabkan kaedah ini berdasarkan lojik, maka kita dapati ianya juga telah diamalkan dalam sistem perundangan barat. 
Mereka juga menganggap sebarang dakwaan terhadap seseorang mesti disertakan dengan bukti. Ini kerana seseorang manusia pada asalnya tidak dianggap bersalah.Teknik ini telah menjadi sumber atau teknik berfikir bagi kebanyakan ulamak Islam. Cukuplah sekadar itu untuk hari ini dan insyaallah esok kita akan menyambungnya lagi.
Asas Kefahaman Islam (7)
Telah 6 tajuk yang saya tulis tentang asas kefahaman Islam. Saya harap ianya boleh memberi asas pengetahuan yang baik kepada pengunjung, terutamanya bagi yang bukan dari aliran agama. Kadang-kadang yang aliran agama pun terlepas pandang bab-bab seperti ini.
Hari ini saya nak sambung lagi tentang rujukan dalam Islam. Isu rujukan ini sangat penting kerana ianya membentuk pemikiran kita. Apa bezanya orang Islam dan bukan Islam? Salah satu beza terpenting ialah asas pemikiran orang Islam bersandarkan kepada quran dan sunah.
Kedua-duanya rujukan yang disepakati oleh seluruh umat Islam.
Dalam siri keenam kita telah faham megapa quran dan sunnah tidak memperincikan banyak benda. Tidak lain dan tidak bukan untuk membiarkan cerdik-pandai di satu-satu zaman berijtihad dan mencara penyelesaian yang paling sesuai bagi zamannya. Islam juga memberikan kuasa perlaksanaa dan kuasa pentadbiran kepada pemerintah. Ini bagi memastikan hukum yang dikeluarkan dilaksanakan dalam kelompok masyarakat.
Oleh itu mana-mana hukum yang melibatkan pentadbiran, maka kita terikat dengan arahan pemimpin. Adapun yang tidak terikat dengan persoalan pentadbiran seperti hukum hakam berkaitan solat, maka pengamalannya agak lebih bebas.
Selain daripada itu, Islam juga mempunyai teknik lain bagi mengalikasikan segala kebaikan yang tidak dinyatakan secara terangan oleh Allah. Antara teknik itu ialah mengambil kira persoalan adat dan penerimaan masyarakat terhadap sesuatu perkara.
Teknik ini dipanggil ‘adat yang menghukum’. al Adah al Muhakkamah’ payah bunyinya bagi yang tidak boleh berbahasa Arab. Jangan risau, yang kita mahu disini ialah kefahamannya saja. Seorang Islam diminta supaya mengambilkira keadaan persekitaran dan penerimaan masyarakat untuk membuat sesuatu keputusan. Adat ialah sesuatu kebiasaan yang di terima umum.
Contoh adat kebiasaan banyak sekali, ada banyak perkara yang telah diterima pakai oleh masyarakat tetapi bukannya berasl dari tuntutan Islam secara langsung, ianya hanyalah diambil dari kebiasaan yang telah diterima umum.
Lihatlah amalan kita di restoran, kita ambil makanan, makan, minum, berborak dan akhirnya baru bayar. Ada juga makan bufey yang tidak mengira berapa banyak makanan yang dimakan oleh pembeli, yang penting siapa masuk kena bayar ikut kepala. Semua itu adalah kebiasaan yang di terima umum. Asal usul hukaum hakam dalam jual beli ialah ambil barang dan bayar harganya.
Uruf juga berlaku dalam cara berpakaian, istiadat keramaian dan segala kehidupan harian. Yang penting adat atau uruf itu tidak bertentangan dengan asas-asas Islam yang merupakan tuntutan teras. Adat berpakaian membuka aurat tidak dapat mengubah tuntutan Islam dalam aurat. Adat menerima rasuah dn menyalahgunakan kuasa tidak akan menghalalkan perbuatan terkutuk tersebut.
Insyaallah kita sambung esok.
pandangan anda dihargai
Asas Kefahamana Islam (6)

Pada dasarnya kita telah berbincang berkaitan dua dasar utama Islam iaitu quran dan sunnah. Masih banyak lagi perkara yang kita perlu tahu berkaitan dua asas rujukan tersebut. Namun demikian ada baiknya kita berpindah kepada sumber rujukan lain.

Islam ialah agama yang akan tetap relevan walaupun kehidupan di dunia ini berterusan jutaan tahun akan datang. Antara faktor penting keadaan ini wujud ialah keranaIslam memasukkan semua benda yang baik itu sebagai satu ajaran Islam.

Sekarang kita sudah mula faham dengan lebih jelas mengapa banyak perkara yang tidak diperincikan oleh quran dan hadis. Ini kerana sesuatu yang baik mungkin tidak baik dalam zaman dan situasi yang lain. Oleh itu Islam menyerahkan kepada manusia untuk mengkaji dan menilai sesutu yang baik untuk diri dan masyarakat mengikut keperluan yang sesuai dengan zaman mereka.

Kaedah dan sumber ini dinamakan Masaleh Mursalah. Kalau disebut dalam bahasa arab bunyinya payah. Tapi kalau kita sudah faham seperti diatas maka itu sudah kira ok. Saya rasa ada baiknya jika saya teruskan dengan satu perkara yang amat berkaitan dengan Masaleh Mursalah ini.

Satu point penting yang amat rapat dengan kefahaman diatas ialah, Islam telah memberikan kuasa kepada pemimpin untuk mengkanunkan mana-mana undang-undang yang dirasakan penting untuk menjaga kehidupan bermasyarakat. Apabila undang-undang itu telah dikenakan oleh pemerintah maka jadilah ianya satu lagi tuntutan yang bersifat keagamaan.

Mari kita gabungkan antara dua asas diatas. Cuba lihat kepada peraturan jalan raya. Ianya termasuk dalam perkara yang baik. Kepatuhan kepada trafic light, had laju tertentu, lesen memandu. Semuanya bertujuan menjaga kepentingan manusia. Memang di zaman nabi tiada undang-undang yang mewajibkan penunggang kuda atau unta untuk mendapatkan lesen. Disebabkan kenderaan sekarang amat berbahaya jika dipandu oleh orang yang tidak mahir, maka perlu diwajibkan bagi sesiapa yang mahu memandu belajar dan mendapat pengiktirafan, itulah lesen memandu.

Sesuatu yang baik itu telah dijadikan asas oleh pemerintah untuk menggubal undang-undang, maka kepatuhan terhadap undang-undang tersebut termasuk dalam ketaatan kepada pemimpin yang diseru oleh quran.

Dengan adanya teknik ini, maka semua kebaikan yang ada dalam dunia ini adalah milik Islam, atau dalam ertikata lain adalah terkandung dalam ajaran Islam. Maka luaslah ajaran Islam, tidak kira di zaman mana sekali pun akan tetap berkembanglah ajaran suci ini.

Orang yang tidak memahami teknik ini amat bahaya, mereka akan membataskan tuntutan Islam sekadar apa yang ada dalam nas quran dan hadis sahaja. Mereka menggunakan hujah quran dan hadis telah mencukupi. Memang benar, quran dan hadis telah mencukupi dan beramal dengan tuntutan yang termasuk dalam Masaleh Mursalah adalah beramal dengan tuntutan keduanya.

Sekiranya kita telah memahami pelajaran diatas maka kita akan meliahat wajibnya mematuhi undang-undang jalan raya, undang-undang tanah, peraturan sekolah dan lain-lain. Bayangkan jika ada seorang yang mengambil pasir di sungai tanpa permit. Dia mengambilnya untuk tujuan membina perumahan. Bila ada orang yang menasihatinya maka dia berkata: Sungai ni milik ALlah. Sungai tak ada tuan

Orang yang menebang balak tanpa permit pula berkata: Tanah hutan ni tidak ada pemilik, pemiliknya ialah Allah. Mungkin orang ini tidak memahami konsep Masaleh Mursalah.

pandangan anda dihargai

Asas Kefahaman Islam 5
Dalam perbincangan yang lepas kita telah sentuh tentang quran, kali ini saya ingin sampaiakan sedikit perincian tentang hadis. Dari sudut kefahaman, hadis juga mesti difahami dengan kedah bahasa arab yang betul, selagimana ianya menggunakan kaedah-kaedah bahasa yang betul digabungkan dengan kaedah asas syariah, maka sesuatu pendapat itu tidak boleh dikatakan ajaran sesat. Bahkan ianya temasuk dalam pendapat yang dihormati dalam Islam.
Satu perkara lagi tentang hadis ialah, hadis perlu disaring dengan lebih telili berbanding quran. Ini kerana quran jumlahnya terhad dan telah diketahui umum. Adapun hadis jumlahnya terlalu banyak. Selain itu, banyak kata-kata yang bukan hadis telah dianggap hadis, kejadian ini berlaku kadang-kadang secara sengaja dan kadang-kadangnya pula secara tidak sengaja.
Oleh itu jika melihat kepada hadis, maka sedikit perhatian perlu diberikan kepada status hadis. Saya tidak berniat untuk membincangkan bab ini kerana ianya agak panjang, Untuk mengetahui perkara ini bolehlah tuan-tuan baca buku saya bertajuk: Ilmu Jar Wa Ta’dil.
Diseabkan arus keangkitan ilmu-ilmu Islam agak lambat sampai di Malaysia, maka tidak hairan jika kita jumpa orang-orang yang meremehkan tentang status hadis. Bagi mereka semua benda baik jika dianggap hadis tidak mengapa kerana tujuannya baik. Kefahaman ini adalah silap dan tidak diakui oleh mana-mana ulamak. Ini kerana sesuatu yang bukan dari nabi tidak boleh didakwa sebagai sebuah hadis. Itu adalah pembohongan. Persoalan hukum sesuatu amalan itu baik walaupun tiada dalam hadis adalah persoalan yang berasingan.
Bagi orang yang terkeliru atau ada apa-apa persoalan dalan bab ini, maka soalan dan komen anda dialu-alukan…Wallahua’alam.