Ucapan Setiausaha Agung Persatuan Ulama Islam Sedunia Dr Ali Qurrah Daghi

Setiausaha Agung Persatuan Ulama Islam Sedunia Dr Ali Qurrah Daghi dalam ucapannya di pembukaan muktamar ke 5 di Turki semalam (4 Nov 2018) menyeru umat Islam terhadap 6 perkara penting :

1- mengajak umat Islam untuk mempraktikkan al-quran dan hadis dengan kefahaman yang benar berdasarkan kepada maqasid syariah dan penggunaan yang seimbang antara akal dan nas. Pengalaman menunjukkan perubahan terhadap masyarakat akan berlaku melalui penambahbaikan terhadap sistem politik dan pentadbiran.

2- menyeru para pemimpin kearah melaksanakan tuntutan agama dengan menegakkan keadian, mendokong kebenaran menunaikan hak dan meninggalkan kezaliman.

3-menyeru ulama dan pandakwah untuk mendidik, membina dan menjadi qudwah kepada umah. mebaiki segala salah faham terhadap agama dan saling tolong-menolong dalam melakukannya.

4-menyeru pengamal media untuk membawa risalah Islam dan menyampaikannya dengan amanah dan roh jihad yang mulia

5-menyeru wanita untuk terus memikul tugas mendidik generasi baru dengan penuh tanggungjawab.

6-menyeru masyarakat dunia untuk tidak fobia dengan agama Islam yang bertonggakkan rahmat dan kasih sayang terhadap alam sejagat.

ringkasan
Ustaz Rosli.

Rancang Sebelum Cuti

Pelajar di beberapa buah universiti berada di penghujung semester. Masing-masing sibuk bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan akhir. Hari ini saya tidak berminat menyentuh tentang peperiksaan tersebut.

Pada saya isu peperiksaan adalah rutin kehidupan pelajar, apa yang saya ingin sentuh sedikit pada hari ini ialah perancangan semasa cuti nanti. Antara perkara menarik yang boleh memberi faedah kepada para pelajar ialah menggunakan separuh daripada cuti panjang mereka untuk melakukan kerja-kerja sukarelawan.

Semangat ini masih terlalu kurang dalam masyarakat pelajar ipt. Sedangkan melakukan kerja sukarelan akan membantu pelajar mencari pelajaran sebenar dalam kehidupan selepas belajar. Mereka akan dapat pengalaman dan terjun dalam dunia kehidupan sebenar.

Pendek kata melakukan kerja sukarela nampaknya saja merupakan sumbangan kepada orang lain, sebenarnya pelajar lebih banyak menyumbang kepada diri sendiri dengan meningkatkan daya jati diri, kepimpinan dan pengalaman.

Bagi pelajar yang berminat untuk tinggal beberapa minggu (boleh dibincangkan) bersama orang asli, untuk mengajar mereka tentang Islam, saya boleh menunjukkan anda kepada beberapa pertubuhan yang amat memerlukan sukarelawan yang mahu menyumbangkan tenaga mereka, mudahan tenaga yang dicurahkan merupakan amal jariah yang menjana pahala berterusan dan keredaan Allah.

Pandangan anda dihargai

Belajar Bahasa Arab (1)

Seorang kawan bertanyakan saya melalui sms, macam mana nak belajar cakap Arab? Saya katakan, nanti saya jawab dalam blog. Sebenarnya beberapa panduan belajar bahasa telah saya tulis dalam blog ni.

Ok, sebelum kita belajar sesuatu, kita perlu buat objektifnya dahulu. Ada berbagi tujuan apabila seseorang ingin belajar bahasa. Ada yang belajar kerana mahu faham quran, ada yang belajar kerana ada business di negara Arab. Tidak kurang juga yang belajar sebagai hobi saja. Satu objektif yang tak perlu ialah bila seseorang belajar bahasa Arab sebab nak jawab soalan mukar nakir dalam kubur.

Ekek…tak payah amal soleh pakai bahasa Arab power boleh lepas…kalau macam tu semua orang Arab boleh masyuk syurga…tapi kena ingat…kalau dalam syurga cakap Arab pastu dalam neraka cakap apa?? Takan bahasa Melayu kot?! Setakat yang saya tahu, tak ada dalil tentang dalam syurga cakap Arab, yang penting dapat masuk, cakap bahasa apa tu saya tak pentingkan sangat.

Kawan yang bertanya ni pula bukan dalam jurusan agama, saya kurang pasti jurusan apa, kalau tak silap komputer progremer. Dia juga bekerja di Malaysia. Saya faham benar dengan keperluanya. Apa yang saya dapat tanggapi ialah keperluannya disekitar kefahaman agama dan quran sahaja.

Bila kita sudah tahu apakah objektifnya maka kita mula mengatur strategi. Bagi yang bujang strategi paling mudah belajar bahasa Arab ialah kawn dengan orang Arab, tapi malangnya kawan saya ini telah berkahwin. Strategi itu tidak boleh digunakan lagi.
bersambung…

Pandangan anda dihargai

lagi tentang pelajar…

bagi pelajar yang sedang bercuti, nampaknya anda telah beberapa minggu menghabiskan cuti yang sangat berharga ada beberapa soalan yang anda mesti jawab:
1-masihkah anda dlm mod cuti dan bergembira?
2-bagaimana dengan jadual belajar yang dirancang?
3-adakah sedikit kemajuan yang dirasai?
4-buku apa sedang baca sekarang?

kalau anda mahu lebih bersemangat sila berikan jawapan2 tersebut dlm ruangat dibawah, em sudah tentu anda akan lebih berdisiplin dengan tugasan. selamat berusaha.

bagaimana belajar bahasa 2

sambungan dari yg telah saya terangkan…menjadi masaalah bagi pelajar utk menyebut dgn betul sesuatu perkataan, oleh itu, sebaik sahaja anda belajar dgn internet jgn lupa buka juga mana2 dictionary yg boleh mengajar anda menyebut dgn betul, seperti dictionary.com . senang betul belajar zaman ni, tak payah cari org nak bgtau. zaman saya belajar sek rendah dulu saya nak nak sebut “Tortoise” dan mosquito tak pandai, jenuh cari orang.


Alhamdulillah sempat juga menderma darah. Mudah-mudahan ianya dapat membantu orang yang memerlukan. Mana tahu kalau-kalau ianya dapat menjadi penyelamat kepada yg sangat berhajat. Ya Allah terimalah kebajikan yang sedikit ini.

Bagaimana Mempelajari Bahasa?

Saya mendapat respon ramai pelajar yang berminat dengan saranan saya supaya pelajar menggunakan internet untuk mempelajari bahasa. Sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa dalam internet banyak pelajaran secara percuma/free. Emm, saya rasa elok saya terangkan lebih sedikit.

Saya bukanlah pakar bahasa, tetapi apa-apa yang saya akan ulas berkaitan bahasa dalam blog ini banyak bergantung kepada pengalaman sendiri. Pelajar di Malaysia sememangnya lemah di dalam bahasa Inggeris dan juga bahasa Arab.

Bahasa itu diperloehi sama ada menerusi teknik bertutur, membaca dan menulis. Jadi kita perlu menguasai bidang bahasa itu dengan cara yang tersendiri. Oleh itu, saya cadangkan anda melanggan mana-mana laman web yang menghantar subjek pelajaran menerusi email anda secara harian.

Contohnya web about.com yang akan menghantar pelajaran setiap hari dan anda akan terarah dan lebih fokus bila belajar sebegitu. Jika mereka yang ingin memperbaiki kelancaran dan sebutannya, cuba melayari di dalam web englishtown.com yang mudah. Namun dalam masa beberapa minggu sahaja, jika diikuti akan dapat memberi kesan yang lebih baik daripada belajar tuisyen.

Jawapannya? Sememangnya terlalu banyak web percuma di internet. Manafaatkanlah sebaiknya, terutamanya dalam masa cuti sebegini. Jangan lupa, jika anda mempunyai sebarang masalah, boleh bertanya dan bersama kita ada pakar-bahasa seperti Ustaz Halim dan abang Rosli (semoga Allah mempermudahkan urusan Ph.D mereka, amin).

manafaatkan masa cuti

kabanyakan pelajar mula bercuti dengan rasa gembira ,menggunakan masa-masa terawal cuti dengan melawat sanak saudara dan sahabat handai. mmg ianya suatu yang amat indah bila sekian lama sibuk dengan kuliah dan berjauhan. Ramai yang lupa pula bahawa cuti panjang boleh digunakan untuk meningkatkan kualiti mereka bila masuk semula kekuliah.

Perkara pertama yang paling penting bagi memanafaatkan cuti ialah perancangan yang teratur, ramai juga yang berazam menggunakan masa dgn baik tetapi tidak bertahan lama, banyak perkara yang menyeronokkan yg telah melupakan seorang pelajar tententag harga masa yang tidak terhingga. Oleh itu anda semua mestilah:

1-Merangka penggunaan masa secara bertulis. Jangan hanya letak dalam otak dan buat apa yang teringat. Kalau mahu berjaya kita perlu buat sesuatu yang lebih dari orang biasa buat.

2-Buat jadual study yg lebih berat dari hari biasa kerana masa cuti anda tidak dibebani dengan tugas2 pelajaran yang lain.

3-Fokus kepada meningkatkan penguasaan bahasa. Ini kerana rata2 pelajar mengalami masalah sama iaitu amat lemah dalam bahasa pengantar yang digunakan di ipt. Kebanyakan univ menggunakan bahasa inggeris dan bahasa arab, halangan bahasa inilah yang menyebabkan pelajar tidak mampu untuk cemerlang dalam pelajaran, usahkan nak cemerlang, nak lulus pun sukar. 
Saya ada pengalaman mengajar di 3 buah ipt sekitar kl dan masaalah pelajar melayu sama saja iaitu bahasa.   Masaalahnya kelemahan bahasa itu tidak cuba diselesaikan bahkan ianya terkumpul dari semester satu ke akhir pengajian. Ramai pelajar pengajian islam disemester akhir yang tak mampu memahami teks arab, bagaimana mereka mahu menggali isinya jika bahasa tak faham?

4-Menggunakan kemudahan internet untuk meningkatkan kedua2 kemahiran bahasa tadi.

selamat bercuti dan hargai cuti anda

selamat bercuti bagi pelajar yang telah selesai exzm, terutamanya pelajar yang tak ambil short sem, masa untuk berada di luar kampus agak panjang. memangnya masa cuti adalah masa yang sangat penting..masa cutilah anda semua nak merapatkan ukhuwah dan nak bersama keluarga itu sangat penting gunakan sebaiknya masa bersama keluarga untuk belajar ilmu kekeluargaan dan adab bersama masyarakat. 

Pelajar di IPT sebenarnya sekian lama tinggal berjauhan dari keluarga, ada pula yang mula duduk di asrama semenjak ting 1 lagi, kalau diikutkan jangkamasa bersama keluarga amat sedikit, tidak hairanlah rata-rata keluarga dimalaysia mengalami hubungan yang tidak erat khususnya antara adik beradik, masing-masing akhirnya membawa diri samada yang berjaya atau yang tak demikian. Masa inilah anda perlu belajar tatasusila bersama masyarakat, adat menghormati orang tua, jiran dan sudara mara. 
Jika di masa belajar hubungan banyak dengan rakan sebaya, dan tidak ada sebarang kawalan pulak tu. Masa cutilah masa paling sesuai untuk para pelajar membina kematangan bersosial. Saya titikberatkan disini kerana kematangan ini amat diperlukan bila anda terjun kedalam masyarakat nanti. Kerana tidak memiliki kemahiran bersosial , ramai graduan yang memikul ijazah yang besar namanya tetapi gagal berinteraksi dengan masyarakat sebaik mungkin,  dikolej atau univ tidak ada diajar itu semua kecuali beberapa jurusan tertentu sahaja, tidak hairan kalau didapati mereka hidup dalam dunia sndiri dan tidak berfikir kecuali dalam kerangka’aku’. Membawa title ilmu tetapi kontang akhlak bermasyarakat, individu pelik ini tidak dapat menambat hati masyarakat untuk memartabatkan ilmu dan mendekatinya. Kaum ilmuan akan menjadi satu lambang keegoan, kebengisan, dan masyarakat individualistik yang tidak bermanafaat. Ramai orang yang berilmu tapi tidak pandai berkawan, apa yang difikirkan ialah bagaimana memenuhkan kantongnya, ada juga yang tidak pandai menghormati orang yang lebih tua. Semua itu perlu dipelajari secara praktikal dan masa cutinilah masa yang sesui untuk mendalaminya. Jika benar keadaan itu, maka sebenarnya anda sedang cuti dari univ kecil tetapi sedang memasuji univ yang lebih besar iaitu univ masyarakat.
Akhir kalam, selamat bercuti dan jumpa semula untuk saya terangkan lebih terperinci bagaimana memanafaatkan masa cuti secara lebih maxsima. Wassalam.

Dedah laporan pencapaian murid merosot

KUALALUMPUR 9 Feb. –
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) kesal dengan tindakan Kementerian Pelajaran tidak mendedahkan laporan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS 2007) yang menunjukkan kemerosotan pencapaian murid negara ini dalam Matematik dan Sains.Setiausaha Agung PKPIM, Khairul Anwar Shazali mendakwa hasil kajian anjuran International Association for the Evaluation of Educational Achievement (IEA) itu juga mendapati, majoriti negara yang menduduki tangga teratas dalam kajian itu menggunakan bahasa kebangsaan masing-masing sebagai bahasa pengantar dalam pembelajaran kedua-dua subjek berkenaan.”Laporan TIMSS 2007 yang diiktiraf di peringkat antarabangsa itu seharusnya menjadi kayu ukur letak duduk pelajar Malaysia di arena antarabangsa. Ia turut menggambarkan betapa program Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah merudumkan prestasi pelajar Malaysia dalam Matematik dan Sains,” katanya dalam satu kenyataan di sini.TIMSS 2007 adalah kajian perbandingan antarabangsa yang mengkaji pelaksanaan dan keberkesanan kurikulum Sains dan Matematik dan Malaysia telah terlibat di dalam kajian ini sebanyak tiga kitaran iaitu pada 1998 hingga 2000, 2001 hingga 2004 dan 2005 hingga 2008.Seramai 4,466 pelajar tingkatan dua, 150 guru Matematik dan 150 guru Sains yang mengajar pelajar tingkatan dua daripada 150 sekolah seluruh negara telah mengambil bahagian dalam kajian itu.”Perlu diberi perhatian bahawa murid Tingkatan Dua yang menjadi responden kajian ini adalah generasi pelajar Malaysia yang melalui program PPSMI, jadi dapatan TIMSS 2007 ini turut memberi gambaran akan keberkesanan PPSMI,” kata Khairul Anwar.Beliau berkata kedudukan Malaysia daripada 49 buah negara yang mengambil bahagian di dalam TIMSS 2007 bagi mata pelajaran Matematik berbanding 46 buah negara dalam TIMSS 2003, telah merosot daripada kedudukan tempat ke-10 kepada tempat yang ke-20.”Skor purata murid Malaysia bagi mata pelajaran Matematik ialah 474 berbanding skor purata antarabangsa iaitu 500. Skor ini juga telah merosot sebanyak 34 mata pada 2007 berbanding 508 pada TIMSS 2003. “Negara-negara yang mempunyai skor purata yang lebih tinggi dan perbezaanya adalah signifikan berbanding Malaysia ialah China Taipei (598), Korea (597), Singapura (593), Hong Kong (572), Jepun (570), Hungary (517) dan Rusia (512),” katanya.Katanya, kedudukan Malaysia bagi mata pelajaran Sains juga telah merosot daripada kedudukan tempat ke-20 (TIMSS 2003) kepada tempat ke-21 pada TIMSS 2007.”Skor purata Malaysia (Sains) juga telah merosot sebanyak 29 kepada 471 (TIMSS 2007) berbanding Singapura (567), China Taipei (561), Jepun (554), Korea (553), England (542), Hungary (539), Australia (515) dan Sweden (511),” katanya.Khairul Anwar juga mengulangi pendirian PKPIM yang menolak dan membantah pelaksanaan PPSMI. – BERNAMA