Ustaz Produk: Fenomena membimbangkan

Bila masa pula ada nama jawatan ustaz produk? Sebenarnya gelaran ini hanya rekaan sahaja. Ini kerana akhir-akhir ini saya lihat makin ramai ustaz-ustaz yang dulunya berceramah dan terkenal dengan kupasan terhadap isu-isu agama dan kemasyarakatan, tiba-tiba bertukar menjadi duta produk kepada barangan komersial seperti makanan, barangan kosmetik dan sebagainya.

Mengapa pula saya katakan fenomena ini sesuatu yang membimbngkan? Bukankah beniaga itu sumber rezeki yang halal dan nabi sendiri masa remajanya seoang peniaga yang berjaya? Sejak bila pula para ustaz dilarang terlibat dalam perniagaan?

Saya rasa soalan-soalan itulah yang akan anda ajukan kepada saya sebaik saja membaca tajuk diatas. Tidak pelik juga mungkin soalan-soalan yang lebih kasar mungkin diajukan kepada saya oleh para ustaz produk tersebut. Maklumlah ianya melibatkan individu-individu ikon masyarakat, lebih-lebih lagi iaya melibatkan pendapatan.

Sebelum saya mengulas lebih lanjut polemik ini, ingin saya katakan ada beberapa perkara yang perlu kita sepakat terlebih dahulu. Pertama: Isu yang akan saya ulas ini bukannya isu yang ada dalam ayat quran atau hadis secara jelas dan terang melarangnya, apa yang ada hanya kupasan dan pandangan dalam perkara yang tidak dijelaskan secara qatie oleh nas. Ianya satu medan perbincangan, dimana pandangan dan pendapat boleh diterima dan ditolak.

Kedua: Perkar yang kita kena sepakati dan sememangnya telah kita sepakati ialah golongan agama bukannya manusia yang maksum dan terpelihara dari kesilapan dan kesalahan. Menegur ustaz, ulamak atau mana-mana tuan guru, bukanlah satu perkara biadab atau menentang agama yang seringkali dimomokkan dengan balasan bala segera atau musibah yang akan menimpa sesiapa yang melakukannya. Bahkan nasihat-menasihati secara harmoni adalah satu tuntutan agama dan kerja mulia yang mesti dibuyakan oleh kita semua insyaallah. Bersambung…..
Pandangan anda dihargai

ESQ Training (3)

Seperti yang saya katakan bahawa saya menghukum dengan apa yang saya nampak sahaja, saya tengok ada banyak kebaikan dan kehebatan yang telah dibawa oleh ESQ.

1-Modul
Antara kehebatan ESQ terserlah pada modulnya yang mantap. Ini kerana mereka telah berjaya menyatukan antara pembangunan spiritual dan metirial. Mereka juga berjaya menyatukan antara pembanggunan individu dengan kecintaan kepada negara.

Semasa makan bersama pihak pengurusan ESQ seorang peserta mencadangkan supaya lagu jalur gemilang tidak dimainkan selepas sesi muhasabah, saya tidak setuju dengan cadangan tersebut kerana itulah antara ciri penting keistimewaan ESQ. Di Malaysia rata-rata memperkecilkan kecintaan terhadap bangsa dan negara dan ramai pula yang merasakan kecintaan kepada negara sebagai sifat asabiah yang terlarang.

Saya tidak mahu mengulas panjang tapi saya telah menghadiri banyak motovasi, kebanyakannya tidak membangkitkan rasa kesedaran menyedarkan oranglain dan dakwah.

Kefahaman mereka terhadap asma’ husna juga baik kerana menggabungkannya dengan amalan dan sifat manusia. Amat banyak motivator yang menjadikan asma’ husna sebagai bacaan dan menggalakkan ianya diulang beberapa kali dirumah atau setiap hari.

2-Persembahan
Kekuatan ESQ ialah pada persembahannya yang menggunakan audio visual yang memukau penonton. Dengan sound sistem yang cukup canggih menjadikan tayangan slide mereka memukau. Tambah lagi denga 3 skrin besar. Walaupun pada hakikatnya segala maklumat yang disampaikan bukanlah sesuatu yang baru , tapi gabungan dengan alunan nasyid memberikan impak yang baik.

3-Motivator
Kekuatan ESQ juga terletak pada penggerak kursus yang menguasai bacaan dengan agak baik. Walaupun ayat quran hanya diterjemahkan diskrin tapi mereka membacanya dalam bahasa arab. Walaupun terdapat kelemahan pada bacaan tapi itu telah cukup baik berbanding dengan motivator Malaysia yang baca quran lintang pukang. Mereka juga menguasai modul dan mengamalkan sifat senyum yang disarankan. Sepanjang program 3 hari saya lihat mereka semua tersenyum walaupun ketika berbincang sesama mereka. Selain itu motivator ESQ juga agak tampan, sudah tentu ianya satu anugerah yang tidak diperkecilkan.
bersambung…..

ESQ Training (2)
Hari ini saya ingin tambah sikit lagi perbincangan mengenai ESQ. Saya masuk ke program tersebut dengan pemikiran yang agak berhati-hati, tapi alhamdulillah saya tidak terpengaruh dengan kata-kata yang didengar saja. Maklumlah dalam masyarakat kita ni banyak sekali kabar-kabar angin, tapi mengapa kali ini kabar anginnya bertiup kencang? Kata orang kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang? Saya cuba untuk tidak menghukum sebelum mendapat maklumat sebenar.

Sebenarnya saya sedar, kalau ada orang tanya saya mengenai ESQ Training, saya akan menjawab mengikut pengalaman saya sahaja. Ini kerana ESQ mempunyai siri yang berbagai. Setiap siri itu pula boleh diubah-ubah. Adalah tidak adil saya menghukum terhadap kesemua program sedangkan saya hanya mengikuti modul pertama sahaja.

Disebabkan saya telah diberikan berita negetif sebelum menyertai progran ini, maka saya bertekad untuk tidak tertinggal mana-mana bahagian dalam program ini dan saya akan cuba untuk mencari sebanyak mana kelemahan dan kecacatan yang boleh dijadikan hujah kepada pihak yang mengatakan ianya terseleweng.

Saya juga cuba menanggapi kekuatan dan kelebihan ESQ, paling kurang dapatlah saya jadikan panduan untuk diri saya serta saya gunakan juga untuk program motivasi yang saya kendalikan. Setelah mengikuti kursus itu selama 3 hari, nampaknya ada perkara-perkara yang boleh saya kongsikan bersama dengan sahabat. Apa yang saya fikirkan sekarang ialah mana satu yang perlu saya bincangkan dahulu. Kekuatan dan kehebatannya atau kelemahannya ?

Pandangan anda dihargai

ESQ Training

Minta maaflah kawan2 semua, hampir tiga hari tidak update blog. Sebabnya ialah saya menghadiri kursus ESQ. Saya tak tahu sangat tentang ESQ, tiba2 sebuah syarikat atau seorang individu yang saya tak kenali menaja saya untuk menghadiri kurus itu. (saya doakan untuknya pahala jariah yang berterusan).

Sewaktu saya nak ke PICC Putra Jaya, saya sempat makan pagi dengan Ustaz Zamri, dia kata: eloklah anta pergi, boleh beri pandangan tentang ESQ, ana dengar ada komen negatif. Ok, juga kata saya, kalau baik moga Allah buka pintu hati untuk menerima, dan kalau salah moga Allah nampakkan.

Sampai saja di PICC, banyak pulak terima pangilan dari kawan2, bila mereka tahu saya di PICC bersama ESQ mereka mintak saya beri komen lepas mengikutinya. Atas dasar itu juga saya telah meminta izin dari pihak ESQ untuk menyebut ESQ dalam blog saya.

Seperti dalam ruangan lain, saya tidak mahu komen panjang dan menghuraikan satu persatu modul ESQ, saya hanya akan bincang beberapa perinsip pemikiran yang seharusnya kita jelas dan beberapa perkara penting sahaja.
Bersambung……
Pandangan anda dihargai

Musim Panas di Maghribi
Sekarang ni musim panas di Maghribi, suasana bebarapa bulan lepas yang diselubungi kesejukan bertukar menjadi panas. Pakaian orang ramai pun bertukar kepada nipis, semak samun yang menghijau pun kering dan ranap. Kambing yang beberapa bulan dulu diselimuti bulu tebal pun dicukur dan terdedahlah hakikat saiznya yang sebenar.
Begitulah warna-warninya kehidupan dinegara 4 musim. Satu yang menarik juga ialah tabiat menghabiskan masa dimusim panas untuk berekreasi di pantai. Satu tabiat yang warna-warni juga kerana dipantailah didedahkan segala aurat dan terserlahlah segala yang haram ditonjolkan.
Suasana pantai Maghribi yang penuh dengan kemungkaran membuatkan gerakan Islam disana cuba dengan pendekatan mengadakan perkumpulan dan berekreasi dengan cara yang dibenarkan oleh Islam. Para muslimah menutup aurat dan solat berjamaah di pantai.
Sebenarnya perkumpulan jenis ini pun diharamkan oleh pemeintah. Mereka dianggap mengganggu orang ramai. Teknik ini mula di perkenalkan sekitar tahun 2000, setelah gerakan Islam melihat fatwa menghalang daripada mengunjungi pantai sukar untuk dipenuhi. Ini kerana berekreasi adalah tuntutan semula jadi yang perlu untuk kerehatan jiwa dan minda.
Dari situ mereka mengubah teknik, dari teknik pertama megasingkan diri kepada teknik kedua iaitu menonjolkan diri. Ternyata sekali teknik kedua sebenarnya lebih berkesan kerana orang ramai melihat perkumpulan yang dipenuhi dengan aktiviti yang menarik. Main bola, sukan, berenang dll. Bukan itu sahaja, sesiapa yang ingin menyertai perkumpulan boleh masuk sama walaupun mereka bukan ahli jamaah mana-mana, hanya kerana mereka berminat.
Teknik ini telah mampu menjadi asas dakwah yang subur rupanya. Kesannya kerajaan mengambil langkah melarang perkumpulan ini pada mulanya. tapi apa kan daya, setakat mana lah kerajaan mampu menyekat orang dari berekreasi? Akhirnya sedikit demi sedikit kewujudan mereka diterima umum.
Perkumpulan ini semakin disayangi masyarakat kerana mereka melihat sendiri disiplin yang diterapkan. Biasanya sampah sarap akan berterbangan di tempat perkelahan, tetapi kali ini ahli rekreasi pula yang mengutip sampah dan meninggalkan kawasan perkelahan lebih bersih dari sebelumnya.
Pandangan anda dihargai

1-1

Assalamualaikum kepada para sahabat dan tetamu.
Hari ni saya memilih tajuk 1-1. Walaupun sebenarnya agak banyak tajuk yang saya nak kupas, ada yang dah ketinggalan terutamanya bila melibatkan isu politik. Apa pula agaknya 1-1 ni ya? Sudah tentu ada sahabat yang tertanya-tanya.

Emm…hidup ni memang begitu…ada pasangannya. Ada peristiwa sedih dan gembira. Ada baik dan ada buruknya. Nampaknya hukum alam ini kena juga pada kita dan akan terus berlaku. Itu juga tandanya kita ni makhluk yang lemah, tidak boleh lari langsung dari hukum alam yang telah ditetapkan oleh Allah.

Sebenarnya hari ini saya mengalami satu berita gembira dan satu berita sedih. Kalau gembira dan sedih tu melibatkan kehidupan personal saya, saya rasa tak lah perlu sangat untuk di paparkan disini kerana seperti saya katakan tadi, banyak tajuk2 yang sedang menanti dan menunggu gilirannya, seperti orang beratur nak beli tiket bas musim cuti sekolah pulaknya.

Berita gembira ini ialah berita gembira untuk semua umat islam sebenarnya. Tengahhari tadi ada satu majlis pengislaman seorang saudara baru. Lelaki muda berbangsa India berumur awal 30an. Sebenarnya dia lama duduk di tepi saya tapi kami tak berbual banyak kerana saya mulanya tak tahu dia saudara baru dan saya sedang sibuk dgn komputer(siapkan assgmt).

Setelah tahu dia saudara baru, barulah saya bertanya latar belakangnya. Rupanya dia telah berumahtangga dan ada seorang anak. Isterinya tidak menerima islam. Maka undang2 baru terlaksanalah, nampaknya anaknya tidak dikira Islam.

Apa yang saya nak fokus disini ialah agama ini akan terus ada pengikut dan pendokongnya kerana Allah telah beri jaminan. Kalau nak kira saban hari kita dgr kerenah org Islam dan penganut agama Islam buat hal, tapi allah lah yg memberi hidayat. Saya tak dapat buat apa-apa, saya dah pilih Islam makan kesan yang akan datang itu Allah saja yang tentukan. Begitulah bunyinya kata2 saudara baru yg belumpun lagi secara rasmi memeluk Islam.

Mungkin saya ni jenis tak tahan sabar saya amat cepat menitiskan air mata jika melihat situasi pengislaman. Mujurlah dalam majlis tadi saya dapat menahan air mata saya. Orang pun ramai.
Kalau tak kerana computer saya yg masih belum diprogramkan dgn hp saya sudah tentu saya akan muatkan majlis yang amat bermakna itu.

Kalau itu berita 1 maka apa pula yang 1 lagi. Sebenarnya dalam kegembiraan menyambut kedatangan sahabat baru itu bercakap2 lah kita tentang keadaan murid dan perkembangan mereka. Terbukalah tajuk anak2 buah kami yang baru convert ni.

Terbukalah cerita bagaimana baru saja salah seorang saudara baru yg telah Murtad (wanauzubillah) dia ni sebenarnya baru masuk Islam. Kalau tak silap saya berasal dari Perak. Berbangsa Cina. Rupanya dia telah terpedaya dengan bantuan kewangan dari pihak paderi. Saya tersentak juga dgn cerita tu lalu meminta perincian dari kawan2. Sebab kita tak bantu dia ke? Tidak jawab seorang kawan. Dia dah dapat berbagai bantuan, motornya dah beli cash, dapat 20,000 bantuan dari pejabat agama dll. OOO begitu… sedih dan hiba juga rasanya kerana tidak dapat menjadi benteng Islam dari dicerobohi.

Apa yang saya nak ungkitkan juga sebagaimana yang telah saya sebut sebelumni, bukan tak ada undang2 di Malaysiani, org agama lain tak boleh kembangkan agama mereka kepada orang Islam. Tapi apa kan daya jika kita kata gitu dengan cepat payung agama di negara kita ni akan bagi alasan berjela bahawa mereka tak ada kuasa la dan bla…blaa…blaaa.

pandangan anda dihargai

2-0
Sehari dua ni umat islam ketinggalan 2-0 berbanding bukan islam. Keputusan kabinet berkaitan kesan seorang yang memeluk islam terhadap anaknya amat tidak memihak kepada orang Islam di Malaysia. Lebih-lebih lagi kes itu hendaklah dibicarakan di mahkamah sivil. Saya tidak mahu cakap panjang tentang isu ini kerana ulasannya sudah banyak diperkatakan tapi apa yang saya hairan ialah dimana perginya ‘orang kuat agama yang menjadi payung Islam di malaysia. mengapa mereka tidak bersuara dalam isu yang memang dibawah kuasa yang termaktub dan sehingga sekarang tiada yang meloncat keradangan.
Satu kekalahan lagi ialah apabila mahkamah membatalkan larangan Kementerian dalam negeri berkaitan penggunaan nama Allah untuk gereja. Saya sebenarnya tidak berpuas hati dengan analisis beberapa orang tokoh . Mereka tidak memihak kepada KDN atas alasan nam Allah digunakan dizaman nabi dan negara arab.
Saya berpendapat perkara tersebut termasuk dibawah siasah syariyyah dan pemimpin berhak berbuat demikian bila perlu. Lebih2 lagi bila melibatkan ketidak patuhan gereja dalam menyebarkan ajaran mereka kepada penganut Islam.
Yang lebih pelik lagi ialah tiada sebarang kenyataan daripada ‘org kuat agama’ di Malaysia. Setiap kali kita mengharapkan kuasa mereka digunakan untuk Islam ketika itu mereka akan memberi alasan yg menunjukkan seolah2 mereka tidak berkuasa.pandangan anda dihargai