Buku terbitan Malaysiakini dirampas

Dua buku terbitan anak syarikat Malaysiakini, Kinibooks, dirampas dalam dua serbuan yang dijalankan di Pulau Pinang dan Melaka.

Buku – 1FunnyMalaysia (1Malaysia Lucu) dan Where is Justice? (Di mana Keadilan?) – dirampas dari kedai buku Popular di Melaka Shopping Centre, di Melaka, semalam. Sebuah lagi cawangan kedai buku itu di Gurney Plaza, Pulau Pinang diserbu pada 7 Januari lalu.

Menurut pihak berkuasa, kedua-dua buku berkenaan “boleh mendatangkan ancaman kepada ketenteraman awam dan keselamatan serta memudaratkan soal moral.”

Sejumlah 64 naskhah buku dirampas dalam kedua-dua operasi.

Pada serbuan di Melaka, semalam, sepasukan anggota polis dari ibu pejabat di Melaka melawat kedai buku Popular dan merampas 33 buku berkenaan.

Menurut polis, serbuan dijalankan menurut seksyen 18, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.

1Funny Malaysia adalah rangkuman kartun karya Zunar’s manakala Where is Justice? pula menceritakan mengenai kematian dan kekejaman polis ketika dalam tahanan. Ia memfokus kepada empat kes utama yang membabitkan Teoh Beng Hock, A Kugan, Altantuya Shaariibuu, dan Anwar Ibrahim.


Wacana Ilmuan:

Wacana Ilmuan menolak sekeras-kerasnya sebarang tindakan yang bertentangan dengan hak kebebasan bersuara dan menganggap peristiwa di atas bertentangan dengan prinsip negara demokrasi. Tindakan seperti ini bukan sahaja merupakan satu kekerasan terhadap individu tertentu tetapi merupakan satu jenayah kepada jenerasi akan datang. Ini kerana negara yang kehilangan sitem kebebasandan hak akn mengundang suasan tidak stabil dikemudian hari. Tindakanyang bertentangan dengan kebebasan adalah kezaliman yang tidak boleh dipandangan ringan.

Pandangan anda dihargai

Kutuk Keganasan Keatas Blogger dan Wartawan

Wacana Ilmuan menolak dan mengutuk keganasan yang telah dilakukan kepada blogger laman Kickdafella dan wartawan Malaysakini. Sebarang usaha untuk menyekat kebebasan bersuara adalah bertentangan dengan norma kemanusiaan dan bertentangan dengan perinsip keadilan.

Berlandaskan kepada perinsip Ilmiah, Telus dan Berkecuali, Wacana Ilmuan menyeru semua pihak supaya tidak mengambil keganasan sebagai jalan penyelesaian. Sebaliknya sebarang salahlaku blogger perlulah atau wartawan perlulah melalui prosedur pengadilan yang telah ditetapkan oleh undang-undang negara.


Malaysiakni:
kemaskini 12.41pm 12/1/10
Seorang wartawan akhbar PKR Suara Keadilan mendakwa polis bertindak kasar selepas mewawancara seorang wanita yang dikatakan ada pertalian keluarga dengan isteri perdana menteri Rosmah Mansor kelmarin.

Malaysiakini:kemaskini 3.34pm 11/1/10
Seorang penulis blog popular diancam dengan “kapak terbang” malam tadi, dipercayai susulan tulisannya yang sering mendedahkan dakwaan negatif berkaitan pentadbiran kerajaan Kelantan.
Pandangan anda dihargai