Fatwa Poco-poco fenomena kekacawan umat??

Fatwa Poco-poco fenomena kekacawan umat??

Media dari segala jenis membuat laporan fatwa dari Majlis Fatwa Kebangsaan yang menegaskan tarian Poco-poco tidak haram, jika tidak mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan ajaran Islam. Terdahulu, Mufti Perak telah mengeluarkan Fatwa pengharaman.

Dengan berlakunya percanggahan ini kedengaran desas desus mesyarakat samada melalui tulisan-tulisan di internet atau sembang-sembang dan tidak kurang juga yang mengajukan pertanyaan melalui telefon. Rata-rata memandang serong kepada salah satu pihak yang bercanggah.

Melihatkan situasi ini teringat pula kepada satu artikel yang baru sahaja say abaca beberapa hari lepas, artikel yang sangat bernas http://www.binbayyah.net/portal/tasrehaat/434 menceritakan keluhan Naib Presiden Persatuan Ulamak Dunia, Abdullah bin Bayyah tentang kecelaruan fatwa di zaman ini.

Beliau menyifatkan kecelaruan ini sama keadaannya dengan kecelaruan umat Islam samada dalam aspek akhlak, ekonomi dan politik. Sebagai salah satu komponen masyarakat, institusi fatwa tidak terlepas dari kecelaruan ini.

bersambung…

Pandangan anda dihargai

Nafsu dalam Fatwa

Image

Dr Ali Jumuah memberi komen dalam temuramah dengan beliau tentang kekalutan fatwa sepontan yang dikeluarkan dalam siaran TV. Beliau menegur para penceramah, ustaz, motivator dan orang yang bercakap dengan nama agama agar tidak terburu-buru memberi penyelesaian dalam soalan-soalan yang diajukan tanpa mengkaji terlebih dahulu apa yang dicakapkan.

Menurut beliau, salah satu punca kecelaruan yang timbul ialah apabila orangyang tidak menguasai sesuatu bidang atau bukan dalam bidang tersebut mahu bercakap dan menyelesaikan sesuatu pertanyaan. Nafsu ini menyebabkan mereka tersilap dalam memberi pandangan dan penyelesaian. Beliau menyifatkan orang-orang seperti ini sebagai ahli sihir yang boleh mendatangkan keajaiban dengan sekelip mata.

Salah satu faktor kecelaruan fatwa juga ialah sikap masyarakat yang terlalu jahil. Kejahilan mereka itu membuatkan mereka menyangka sesiapa yang menjawab soalan mereka dengan perkataan ‘saya tidak tahu’ maka di bukan orang alim. Situasi ini menyebabkan para penceramah takut dianggap jahil jika mengaku tidak tahu apabila ditanya degan sesuatu persoalan.

‘Ramai pula orang-orang yang bukan bidang agama apabila disoal dengan soaln agama maka mereka cuba menjawabnya. Sepatutnya mereka berkata:pergilah bertanya pada ulamak’ ujar Ali Jumuah lagi.

Selain itu punca kecelaruan juga timbul daripada sifat media sekarang yang inginkan kupasan mendatar dan santai tentang sesuatu polemik. Kedaan ini menyebabkan sesuatu polemik tidak dapat dihurai dengan ilmiah, jika ianya sekadar tazkirah atau nasihat sahaja maka tidak mengapa, tapi jika ianya fatwa atau keputusan hukum-hakam maka ianya perlu diulas secara mendalam.

Salah satu faktor kecelaruan fatwa juga ialah kezaliman pemerintah. Apabila rakyat berhadapan dengan kezaliman pemerintah, maka mereka menjadikan orang-orang agama sebagai tempat berlindung, mereka cuba menjadikan orang-orang agama ini sebagai alat mereka untuk berhadapan dengan pemimpin yang mereka benci, dengan itu mereka cuba mempengaruhi pandangan dan pemikiran guru mereka agar dapat menghukum pemimpin tersebut.

Itulah beberapa point yang dapat saya petik daripada temuramah yang telah dijalankan dengan Mufti Mesir Dr Ali Jumuah