Hukum Berkahwin Dengan Golongan Syed & Syarifah


Soalan
: Apa hukumnya seorang yang berketurunan nabi s.a.w. berkahwin dengan orang tidak berpangkat Syed atau Syarifah?

Wacana Ilmuan:

Di Malaysia, orang yang keturunannya berasal dari Rasulullah s.a.w dikenali dengan panggilan Syed bagi perempuan dan Syarifah bagi lelaki. Di negara Arab pula mereka dikenali dengan panggilan Syarif. Syarif maksudnya yang mulia. Panggilan ini mungkin kerana menghormati baginda s.a.w. Rasa kecintaan kepada baginda Rasulullah s.a.w. membuatkan keturunannya juga dipanggil dengan panggilan ‘yang mulia’.

Persoalannya ialah apakah hukum perkahwinan yang melibatkan orang biasa dengan orang yang berketurunan nabi. Adakah perkahwinan itu sah? Atau adakah ianya makruh? Ini kerana perkhawinan mestilah memenuhi syarat ‘kufu’ iaitu serasi atau setaraf.

Dalam isu ini para ulamak terbahagi kepada beberapa kumpulan:
1-Tidak ada kufu’ kecuali dalam agama. Orang Islam boleh berkahwin sesama mereka tanpa sekatan kecuali orang yang telah dihukum kerana kesalahan zina dia tidak layak berkahwin dengan orang tidak berzina

2-Kafaah wujud bagi orang Arab sahaja, ini kerana persoalan kufu’ dibincangkan oleh orang Arab, mereka beranggapan orang Arab Quraish tidak sekufu’ dengan Bani Hashim dan orang Arab biasa tidak sekufu’ dengan keturunan Arab Quraish.

3-Menganggap kufu’ juga berlaku dalam orang Arab atau bukan Arab.

Persoalannya ialah apakah kafaah hanya pada keturunan atau juga wujud dalam kedudukan sosial. Apakah tidak setaraf seorang yang miskin untuk berkahwin dengan orang kaya. Orang yang berketurunan bangsawan dan orang yang tidak bangsawan.

Asas pertama ulamak yang mensyaratkan kafaah ialah hadis riwayat al Hakim daripada Ibnu Umar: Sabda Rasulullah: Arab antara mereka sekufu’ antara kabilah dengan kabilah antara kampung dan kampung.

Namun demikian hadis ini dihukumkan daif (lemah dan tidak boleh dijadikan hujah) oleh Ibnu Abi Hatim, al Daraqutni dan Ibnu Abdil Bar.

Banyak hujah yang menunjukkan ‘kafaah’ tidak dikira dalam harta dan keturuna tetapi dikira dalam ilmu dan akhlak. Antara peristiwa penting ialah Rasulullah mengahwinkan anaknya kepada Othman bin Affan dan Umar al Khattab.

Selain itu banyak nas yang menyeru kearah persamaan sesama muslim antaranya Firman Allah yang bermaksud ‘Sesungguhnya orang mukmin adalah bersaudara’ Dan terdapat ayat-ayat lain dengan banyaknya.

Pandangan anda dihargai

Perkahwinan: Wali Mujbir & Thayib

Soalan:Apakah illah yang membuatkan wanita yang telah bersetubuh samada dari perkahwinan yang sah atau tidak untuk tidak lagi tertakluk kepada wali mujbir?

Wacana Ilmuan:

Illah adalah sebab kepada hukum. Para ulamak membina hukum hakam berdasarkan illah yang dijumpainya berdasarkan cara-cara menetapkan illah.

Dalam kes wali mujbir, para ulamak bersalahan pendapat dalam menanggapi siapakah yang layak untuk menjadi wali mujbir? Adakah ayah dan datuk atau datuk sahaja? Imam Syafie berpendapat Ayah dan datuk sementara Imam Hambali menganggap bapa sahaja yang memiliki kuasa memaksa anaknya berkahwin.

Para ulamak bersalahan pendapat tentang illah ijbar, apakah wali mujbir dibolehkan memaksa orang yang di walikannya kerana perempuan itu masih kecil atau kerana dia masih dara? Dalam ertikata lain apakah illah ijbar? Bakarah atau sughr?

Ulamak yang mengatakan bakarah maka mereka akan melihat setiap wanita yang telah tidak dara maka dia tidak boleh dipaksa oleh wali mujbir. Ulamak yang melihat sebabnya ialah sughr (tidak cukup umur) maka mereka akan menganggap wali mujbir tidak boleh memaksa apabila perempuan telah baligh.

Satu soalan ialah mengapa mereka mencari illah dalam kes ini? Jawapannya ialah sebenarnya para ulamak ingin mencari apakah yang paling baik bagi perempuan? Sebenarnya para ulamak mahu menjaga kepentingan wanita. Ini kerana wanita agak sukar menentukan pasangan yang paling baik baginya, terutamanya dalam masyarakat yang wanitanya tidak mempunyai pengalaman dalam kehidupan luar.

Apakah wanita boleh menanggapi kepentingannya sebaik sahaja dia baligh atau bila dia telah mempunyai pengalaman dalam berhubung dengan lelaki? Imam Hanafi menganggap wanita telah mampu menentukan kemaslahatn dirinya sebaik sahajadia baligh. Syafie enganggap wanita yang telah pernah bersetubuh telah mempunyai pengalaman dalam menentukan kemaslahatan untuk dirinya.

Saya lihat kelainan ijtihad ulamak ini sesuatu yang normal berdasarkan kehidupan dan kematangan masyarakat yang berlainan mengikut tempat dan zaman. Para ulamak silam berijtihad mencari kemaslahatan untuk wanita sesuai dengan zaman mereka dan ulamak zaman ini perlu berijtihad untuk memnuhi kemaslahatan wanita sesuai dengan zaman ini.

Kedua-dua unsur itu wujud dan berkemungkinan besar di zaman kita satu ijtihad baru perlu diwujudkan memandankan meluasnya sikap tidak bertanggung jawab yang agak ketara di pihak ayah dan datuk kepada anak dan cucunya.

Pandangan anda dihargai

Mas Kahwin (2)

Nik Aziz bimbang ramai andartu

Sinar:KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju kadar mas kahwin dinaikkan kerana boleh menyebabkan ramai gadis dan wanita menjadi anak dara tua (andartu).

Nik Abdul Aziz berkata, Kelantan tidak bercadang untuk menaikkan kadar mas kahwin yang sedia ada kerana tidak mahu membebankan pasangan yang ingin berkahwin terutama pihak lelaki.

“Kelantan tidak campur dalam penetapan kadar mas kahwin sebaliknya kita hanya memberikan pandangan. Mereka nak naikkan mas kahwin boleh tapi jangan sampai menyusahkan pihak lelaki. Lebih baiklah kita turut biar berpadanan.

“Nabi kata, berilah walaupun sekadar cincin besi. Ini asas dalam Islam, bukan soal jual beli perempuan. Tapi kita sekarang macam nak jual beli anak. Memang tak betul, lari jauh daripada kehendak Islam sebenar,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah mingguan di Dataran Ilmu di sini, semalam.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau sudah lama mengamalkan langkah tidak mengambil berat mengenai mas kahwin termasuk yang membabitkan perkahwinan anak-anaknya sendiri.

“Sayapun mengenakan tidak lebih RM1,000 bagi mas kahwin (yang termasuk hantaran) setiap anak saya sejak dulu,” katanya.

Menurutnya langkah mengenakan mas kahwin dan hantaran yang terlalu tinggi lebih bersifat riak dan menunjuk-nunjuk.

Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan tidak menetapkan jumlah tertentu berhubung kadar mas kahwin bagi pasangan yang ingin berumah tangga di negeri itu.

Wacana Ilmuan:

Walaupun Kelantan dan TErenggau tidak menetapkan jumlah minima Mas Kahwin tapi kedua-dua negeri itu tidak terkenal sebagai negeri negeri Mas Kahwin tertinggi. Satu lagi yang baiknya amalan dinegeri ini ialah mas kahwin tidak diusik oleh mak bapak ianya memang menjadi hak wanita. Yang RM1000 macam Dato’ Nik Aziz tu ak ramai, yang ada sekarang antara RM3000-RM6000. Semuanya dapat kat wanita sebagai kenangan manis perkahwinan.Bayangkan di negeri yang dapat RM80.00. kenangan apa …

Cuba tengok pendapat ini pula:
Sinar:JOHOR BAHRU – Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut menyifatkan kadar baru mas kahwin di Selangor RM300 mulai tahun depan adalah berpatutan kerana seiring peredaran masa.

Sekali lagi saya bertaya pada diri saya, apakah objektif untuk tidak membebankan itu banar2 berlaku?

Mas Kahwin: Mengapa Islam Ditinggalkan??

Mas kahwin Selangor RM300

Oleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF
megat@kosmo.com.my

SHAH ALAM – Setiap pasangan yang bercadang untuk melangsungkan perkahwinan mereka di Selangor mulai tahun 2010 bakal dikenakan bayaran mas kahwin sebanyak RM300.


Sebelum ini, kadar mas kahwin di negeri itu hanya RM80 bagi anak dara manakala RM40 untuk golongan janda.

Mulai tahun depan, tiada lagi perbezaan untuk kadar mas kahwin sama ada untuk yang berstatus anak dara atau janda apabila kadarnya ditetapkan sama.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohamed Khusrin Munawi berkata, kadar mas kahwin baru itu berkuat kuasa 1 Januari dan kenaikan dibuat bagi menyelaras semula kadar mengikut perkembangan ekonomi semasa kerana ia tidak pernah dikaji sejak tahun 1978.

“Kadar baru mas kahwin ini telah mendapat persetujuan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Ketua Agama Islam negeri.

“Bagaimanapun, kita jangka kadar baru ini tidak membebankan pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga kerana jumlahnya adalah munasabah,” katanya kepada selepas melancarkan Kad Perakuan Nikah Pintar di sini semalam.


Wacana Ilmuan:

Bacalah berita di atas baik-baik. Cuba fikirkan, ada sesuatu yang tak kena? Bagi orang yang ada belajar sikit-sikit pasal nikah kahwin mereka akan tengok harga mas kahwin di atas sebagi janggal. Mengapa saya kata janggal? Kerana Seperti dilaporkan negeri-negeri yang menetapkan mas kahwin bagi orang ‘kebanyakan’ tidak ada yang melebihi RM150. Yang tetapkan RM 300 pun Selangor dan baru saja diubah.

Saya rasa ada dikalangan pembaca tulisan saya kurang arif tentang hukum mas kahwin ni, oleh itu untuk pengetahuan, mas kahwin hukumnya wajib dibayar oleh suami kepada isteri dengan harga yang disepakatkan oleh kedua belah pihak. Pada dasarnya mas kahwin boleh dilakukan secara hutang iaitu suami berhutang kepada isteri dan jika dipersetujui boleh dilewatkan bayarannya bila-bila masa yang di persetujui.

Pada dasarnya mas kahwin ni macam kita nak beli rumah, tak ada harga tetap dan boleh cash atau hutang. Pada zaman sahabat orang baik-baik, mereka tidak berkira dalam mas kahwin, asalkan memudahkan orang muda nak jaga diri dan bina kehidupan maka mereka kira jadi saja, oleh itu ada orang yang mahal sikit dan ada orang yang murah mas kahwinya, berdasarkan kemampuan masing-masing.

Bila tiba zaman Umar al Khattab, orang Arab dah jadi kaya raya. Mereka memerintah negara yang luas dan memiliki kekayaan, perlumbaan meletakkan mas kahwin anak-anak mereka pun mula berlaku. Mereka mula bermegah-megah dengan mas kahwin yang mahal. Umar al Khattab pada mulanya mahu menyelaraskan harga mas kahwin tetapi mendapat tentangan lalu beliau menarik balik pendiriannya itu.

Dalam tulisan ini, saya tidak mahu membincangkan tentang kewajaran menetapkan mas kahwin ataupun tidak. Yang saya mahu bincangkan ialah cara para ulamak kita menangani masaalah. Ya saya mahu fokuskan cara ulamak kita, saya pilih sudut ini bagi memberi contoh kepada anak murid saya tentang penggunaan maqasid syariah dalam ijtihad.

Mungkin hasil keperihatinan ulamak kita tentang bahayanya mas kahwin yang mahal menyebabkan mereka cuba campurtangan dalam meringankan beban rakyat jelata. Walaupun hukum asal mas kahwin adalah keredaan dan persetujuan kedua belah pihak tetapi ulamak kita memilih unuk mengambil pendapat yang menetapkan mas kahwin. Saya kira ianya termasuk dalam siasah syariyyah.

Apa yang menariknya disini ialah jumlah mas kahwin yang ditetapkan adalah tidak releven dengan kehidupan semasa. Mas kahwin yang terbaru dan paling tinggi ialah RM300. Maknanya seorang lelaki wajib membayar RM300 kepada wanita sebagai mahar. Jika kita lihat ada negeri yang menetapkan RM20.00. Apa maksudnya ini semua? Tujuannya ialah memudahkan orang yang mahu berkahwin?

Ok, secara realitinya adakah orang yang mengikut peraturan ini? Jawapannya ialah setakat yang saya hidup di Malaysia, saya tak pernh dengar orang berkahwin dengan mas kahwin RM50, RM100 atau RM300. Mengapa? Bukankah inilah yang disebutkan dalam akad? Ya memang ini yang disebutkan dalam akad.

Tetapi disebabkan oleh kerana ketetapan itu terlalu tidak releven, maka rakyat Malaysia yang kreatif pun mewujudkan satu mekanisma baru untuk ‘pau’ para bakal suami. Mereka menama satu mekanisma baru iaitu hantaran. Ya betul, dinegeri-negeri itu bunyinya sedap, kat Kuala Lumpur orang kahwin dengan mas kahwin RM80 saja. Tapi realitinya ialah RM5000 keatas. Inikerana mereka tidak dapat menerima hakikat RM80 sebagai mas kahwin. RM80 boleh sekali makan KFC saja resoran lebih pada tu jangan pi dekat. Jumlah itu telah menjadi terlalu kecil.

Apakah buruknya keadaan ini? Ya negatifnya keadaan ini ialah :

1- Menggalakkan berhelah dalam mengikut hukum syarak. Bila Allah haramkan Bani Israel makan lemak, mereka menjualkan lemak itu dan memakan duitnya. Itu dianggap helah, tapi dalam kes ini kebiasaan dan adat telah menyebabkan helah menjadi sesuatu yang biasa.

2-Mas kahwin atau dalam bahasa Arabnya ialah mahar adalah milik isteri. Maka apabila rakyat mereka satu lagi harga lain iaitu hantaran, maka para ayah dan ibu telah mengambil kesempatan untuk mengaku itu duit mereka, lalu perempuan hanya berhak mendapt RM80 sahaja.

3-Masyarakat dilatih untuk menganggap hukum Islam sentiasa tidak lojik dan tidak boleh difahami, walaupun sebenarnya yang tak lojik ialah tindakan sebahagian cerdik pandai mereka sahaja.

Apa sepatutnya yang dilakukan? Perkara pertama perlu berlaku ialah para ulamak Islam mesti hidup dalam masyarakat yang sebenar, mereka tidak boleh hidup dalam dunia mereka sendiri dan tidak memahami waqie’. Jangan terlalu ideal dalam menanggapi sesuatu tetapi mestilah realistik.

Salah satu perkara yang saya ingin pesan pada diri saya dan murid-murid saya ialah ketahui dengan jelas tujuan sesuatu hukum itu digubal, bila ianya melibatkan perkara ijtihadi, maka perlu diketahui kemampuan dan kesesuaian hukum tersebut dari banyak sudut. Apakah objektif sebenar bagi hukum dan apakah pengubalan undang-undang tertentu boleh mencapai objektif tersebut?

Para ulamak mesti berani bawa perubahan dan tajdid, jangan jadi pak turut sahaja. Usaha yang baik cuba dilakukan di Selangor perlu ditingkatkan. Lihat di Terengganu dan Kelantan. Mereka tidak menetapkan kadar mas kahwin. Oleh itu disana tidak ada hantaran. Mereka tidak perlu menggunakan helah, mereka berterus-terang saja. (Bukan saya sokong sebab saya orang Terengganu)

Kesimpulannya ialah saya lihat, menetapkan mas kahwin ini tidak menjadi, objektifnya langsung tak tercapai bahkan ada kesan negatif pulak tu. Oleh itu para ulamak perlu guna teknik lain bgi menyelesaikan masaalah ini. Mungkin antara cadangannya ialah:

1-Serahkan hak itu kepada pihak yang berurusan, jika mereka mampu mereka setuju, jika tidak tidak lah.

2-Tingkatkan kesedaran rakyat, kesedaran bab mas kahwin ni bukan bermula dengan mas kahwin saja, kesedaran bermula dengan mengikis sikap metarialistik dari dalam diri rakyat.

3-Mungkin harga syiling yang lebih relevan contohny tidak boleh lebih RM10,000

4-Menfatwakan haram diadakan hantaran kerana ianya helah terhadap mas kahwin yang telah diwajibkan oleh syariah. Jika hantaran dibenarkan penguatkuasaan mas kahwin menjadi sia-sia. Setakat ini hantaran dianggap harus kerana ianya dianggap adat. Tapi mengapa di Kelantan dan Terengganu tak ada pula adat ni? Bila adat ni timbul? Berkemungkinan adat ini timbul sebagai helah kepada penetapan yang tidak realistik itu, jadi jangan tanya mengapa Islam ditinggalkan!!!

Pandangan anda dihargai

Lagi tentang perempuan………..hukum
Sehari dua lepas salah seorang adik saya bertanya tenteang hukum perempuan mencabut bulu kening. Disebabkan dengan berbagai kesibukan, hari ni baru saya sempat jawab.

Jawapan saya yang pertama ialah tengok saja internet. Dah terlalu banyak ulasan tentang hukum ini. Namun demikian saya tak ketinggalan untuk turut mengupas sedikit sebanyak tentang perkara berkaitan.
لعن الله الواشمات والمستوشمات والمتنمصات والمتفلجات للحسن المغيرات خلق الله

Hukum cabut bulu kening sebenarnya berpaksikan hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Walaupun terdapat hadis yang agak terang melaknat perempuan yang mencabut bulu kening, tetapi para ulamak berlainan pendapat dalam memahami hadis tersebut.
1-Sebahagian berpendapat mencabut bulu pada muka perempuan adalah haram berdasarkan hadis kerana perkataan ‘al Mutanamisat’.
2-Pendapat kedua mengatakan haram mencabut bulu kening sahaja kerana makna Mutanaisat pada mereka bermaksud prp yg mencabut bulu kening sahaja. Kedua2 pendapat tadi lebih melihat persoalan ini dari sudut bahasa dalam hadis.
3-Sebahagian ulamak cuba melihat dlm skop yg lebih luas. Mereka mengatakan bahawa hukum asal sesuatu yg bukan ibadat adalah harus. Oleh itu dalil yg berlawanan dgn kaedah ini perlu difahami dengan lebih luas.
Mereka berpendapat larangan itu tadi mesti dihubungi dengan sebab. Oleh itu, mereka cuba memahami mengapa ianya dilarang atau dalam istilah syarak dipanggil ‘illah’.Sebab yg dapat difahami ialah kerana tidak menunjukkan keadaan sebenar. Situasi ini bahaya kerana seorang yg berkahwin akan menyesal dan rasa tertipu dengan keadaan prp yg dikahwininya kerana rupanya apa yg dilihat bukanlah keadaannya yg sebenar.
Jika ianya difahami sedemikian,maka ia akan membawa kepada pengharaman make up yg merubah wajah prp menjadi cantik sedangkan keadaan sebenarnya tidak demikian.
Golongan ketiga ini berpendapat sekiranya ianya dilakukan untuk berhias kepada suamimaka hukumnya harus.
Sebenarnya hadis diatas ada sedikit kekeliruan bagi saya. Persoalannya ialah Jika sekiranya salah satu sebab haram ialah mengubah kejadian Allah iaitu mencabut bulu kening, persoalannya mengapa pula nabi menyuruh atau mnggalakkan membuang bulu ketiak? Bukankah itu juga termasuk dalam kejadian Allah?Bersambung….

Idah Wanita Mengandung Kematian Suami

Semalam saya telah di tanya oleh seorang kawan melalui telefon tentang idah prp hamil yang kematian suami.
Jawapannya ialah:

Firman Allah bermaksud:
Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh idah mereka) maka idahnya ialah tiga bulan; dan (demikian) juga idah perempuan-perempuan yang tidak berhaid. Dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh idahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya. 
Surah al Talaq:4

Melalui ayat al quran  sabit mengatakan  bahawa idah  wanita yang mengandung ialah apabila dia melahirkan anaknya . Oleh itu wanita mengandung yangkematian suami juga termasuk dalam ayat diatas. Selain hujjah ayat al quran ulamak juga menggunakan hadis riwayat Bukhari dan Muslim dimana Rasulullah s.a.w. menbenarkan Sabiah al Aslamiah, seorang sahabat wanita untuk berkahwin setelah dia melahirkan walaupun dia baru kematian suaminya.

Dari sudut maqasid, kita dapati, tujuan idah ialah untuk mengelakkan percampuran nasab. Jika perempuan dibenarkan berkahwin sebaik sahaja bercerai dengan suaminya atau setelah kematiansuami, nescaya akan timbul pertelingkahan jika dia mengandung dengan suami kedua. Berkemungkinan suami kedua akan menafikan anak tersebut darinya. Keaaan ini akan menganyanyai wanita dan anak tersebut  serta menimbulkan pertelingkahan.

Pensyariatan idah ialah untuk menjaga keharmonian dan kerukunan hidup manusia. Dalam kes perempuan yang melahirkan anak, unsur percampuran nasab sudah tiada. Ini kerana perempuan yang melahirkan anak tidak menyimpan benih dari suaminya didalam rahimnya. Inilah salah satu bukti kebenaran ajaran Islam secara saintifik.

Hukum ini juga menunjukkan Islam amat menitik beratkan persoalan kesinambungan keturunan. Pengharaman zina,  liwat dan sepertinya adalah bertujuan menjaga keturunan manusia. 

Wallahua’lam

cerai taklik 2

nampaknya kita smbung lagi pasal tajuk cerai taklik. Yang dimaksudkan dgn taklik tu ialah mengaitkan perceraian dgn sesuatu perkara seperti yg telah diterangkan. apa pendapat ulamak dalam soal ini? 

yang diamalkan di malaysia ialah talak jatuh bila sesuatu yg dikaitkan itu berlaku. bila suami kata kepada isteri jika engkau bercakap dgn jiran itu maka kamu tercerai. maka jatuhlah talak satu, jika isteri bercakap dgn jiran tersebut.

Namun demikian terdapat dua pendapat lagi dalam persoalan ini. sebahagian ulamak berpendapat talak jatuh jika suami berniat untuk menceraikannya. pendapat terakhir ialah talak tidak jatuh langsung.
mengapa berlakunya perbezaan pendapat sedemikian rupa? jawapannya ialah kerana tidak ada dalil yg terang dalam bab ini. yg ada dalil umum sahaja. 
dalil pertama hadis al mu’min inda syurutihim. hadis riwayat abu daud
bagi mereka jika perkataan taklik itu bererti janji atau sumph yg mesti dipatuhi atau berlaku kesannya keatas org yg mengucapkannya.
dalil kedua ialah hadis 3 perkara yang gurawannya berlaku dan bersungguh2 padanya juga dikira bersungguh sungguh, nikah,cerai dan rujuk. hadis ini daif disemua riwayat
ringkaskan cerita ialah saya amat berharap agar pihak berkuasa agama melihat semula undang2 menggunakan cerai taklik kerana ianya amat menyusahkan masyarakat.
kedua dalil umum sahaja yg ada dan tidak ada dalil khusus dan ketiga perinsip perkahwinan ialah satu perjanjian, ianya tidak berlaku dengan gurau senda dan keraguan begitu juga perceraian, sepatutnya perceraian hanya akan berlaku jika suami benar2 ingin menceraikan isterinya. pendapat begini diamalkan oleh negara2 arab seperti libya,maghribi sementara pendapat pertama di amalkan disaudi.
disebabkan hukum ini melibatkan persoalan pentadbiran maka pemerintah berhak mengenakannya mengikut ijtihad mereka kecuali perkara ini beum sampai lagi ke pengetahuan mereka. pada ketika itu bolehlah sesiapa yg mengalami masaalah ini untuk mengikut pendapat ustz yg mereka tanya.
 Saya rasa sudah sampai masanya hukum hakam dimalaysia disesuaikan dgn keadaan masyarakat dan dibebaskan drp belenggu merujuk kitab fekah furu’ dan tidak melihat pada hujjah2 sebenar yg menjadi sandaran para ulamak. bukan kita katakan ulamak itu tidak berwibawa tapi kesuburan ilmu dan garapannya melampawi tembok ketaasuban biar bagaimana hebatpun seorang manusia.
wallahua’lam

cerai taklik

hari ni mula bekerja balik setelah berehat sabtu dan ahad. Sebenarnya sabtu dan ahad minggu ni langsung tidak ada pluang utk berehat sebab saya sedang bertungkuslumus menyiapkan buku sejarah islam di Spanyol atau andalus. Sapa-sapa dikalangan sahabat yg ada idea utk letaktajuk yg power blh la bagi idea tu. Sebnarnya dah bebulan2 saya betungkuslumus nak siapkan buku tu, banyak masa habis insyaallah mingguni akan terbit.

Sedang dok sibuk2 tu ada juga saya terima panggilan talipon bertanyakan persoalan cerai taklik.. Dlm hari yg sama ada dua kes serupa. Nampaknya cerai taklik banyak berlaku kot?
 Dalam satu kes suami isteri bergaduh dan isteri berkata,jika kita gaduh lagi kira cerai, suami kata ok kita cerai, selepas beberapa hari gaduh balik, apakah jatuh talak?
Kes kedua suami berkata jika engkau buat sesuatu kita bercerai tiba2 isteri melakukannya. Persoalan ketiga ialah bolehkah taklik tersebut ditarik balik spt suami menarik balik amarannya kepada isterinya ata sebab2 tertentu.