Soalan: Siasah Syar’iyah

ustaz apa khabar?
erm…saya nak tanyer dua persoalan mengenai Siyasah Syar’iah harap ustaz boleh bantu….

Soalan 1..

jika tengok kpd ta’rif siyasah : perkara yg dilakukan oleh pemerintah terhadap rakyat, yg bermanfaat, baik dan berguna untuk mereka samada dlm bentuk suruhan, larangan, tunjuk ajar dan displin.
jadi kalau bagi pengedar dadah, hukumannya adalah gantung sampai mati. soalannya adakah hukuman mati bagi pengedar dadah itu merupakan siyasah syariah yg seorang pemimpin kenakan bagi pengedar dadah. sedangkan pengedar dadah tidak melakukan pembunuhan..kalau diikutkan dalam nas hukuman mati hanya diberi kepada mereka yg murtad dan membunuh…

Wacana Ilmuan:
Terima kasih atas pertanyaan. Kalau dilihat dalam persoalan yang diajukan, saya rasa ada beberapa perkara yang saudara kurang faham.

Pertama: berkenaan dengan Siasah Syar’iah:

Siasah Syar’iah ialah subjek yang melibatkan pentadbiran negara dari kacamata Islam. Perbezaan antara pentadbiran cara bukan Islam ialah pentadbiran dalam Islam akan mengambil kira beberapa unsur penting iaitu merumuskan keputusan berdasarkan perinsip asas Islam seperti keutamaan akidah berbanding keuntungan kebendaan.

Siasah Syar’iah merujuk kepada penggunaan Maqasid Syariah dalam pentadbiran negara. Tindakan pemerintah yang mentadbir berdasarkan hukum syarak yang mengambil kira Maqasid Syarak itulah yang dinamakan SIasah Syar’iah. Subjeknya pula ialah pentadbiran.

Kedua: Perbezaan antara kuasa Eksekutif, Legislatif dan Juricedic

Siasah Syar’iyah tidak melibatkan kuasa menggubalan hukuman dan undang-undang, sebaliknya istilah Siasah Syar’iyah adalah bagi merujuk kepada pentadbiran. Siasah bermakna politik dan Syar’iyah bermakna mengikut syarak. Persoalan menghukum melibatkan kuasa perundangan dalam negara yang mengamalkan teori pengasingan kuasa. Kita juga mesti faham bahawa bidang kuasa pentadbiran adalah berasingan dari bidang kuasa penggubalan hukum dan menjatuhkan hukuman. Dalam penggubalan hukum kita menggunakan juga Maqasid Syariah tetapi dalam kerangka istinbat hukum syarak.

Setelah saudara faham dua perkara di atas ingin pula saya jelaskan bahawa persoalan menjatuhkan hukuman mati kepada orang yang mengadar dadah termasuk dalam perbincangan hukum taa’zir. Dalam fekah, hukum ta’zir bermaksud hukuman yang tidak termasuk dalam hukum hudud dan qisas.

Persoalannya sekarang ialah apakah boleh hukuman ta’zir mencapai tahap hukuman qisas dan hudud? Persoalan ini menjadi perbincangan ulamak dan saudara boleh merujuk kepada kitab-kitab berkenaan.

Secara ringkasnya ialah saudara telah mengatakan bahawa pengedar dadah tidak membunuh. Benar, pada zahirnya dia tidak membunuh tetapi pengedar dadah membunuh secara tidak langsung. Dalam setiap kilo heroin boleh membunuh ramai manusia.

Jika hukuman bunuh bagi pengedar dadah mahu dianggap menepati Islam maka ianya perlu melalui badan berkuasa yang menentukan kesahihan dari sudut hukum secara resmi seperti Majlis Fatwa. Secara akedemiknya saya menyokong hukuman mati bagi pengedar dadah dan menganggapnya tidak bertentangan dengan Islam berdasarkan penggunaan maslahah.
bersambung…

Fekah Jenayah:Hirabah

Bila bercakap tentang undang-undang jenayah Islam saya mahu tekankan sekali lagi bahawa kefahaman terhadap undang-undang ini amat daif termasuklah orang-orang yang menyeru kearah perlaksanaannya sediri.

Saya menyeru para cendikiawan supaya menggunakan teknik taqarub, atau tasamuh. Maksud saya ialah kita memberikan alternatif undang-undang Islam yang paling hampir dengan pengamalan undang-undang sedia ada demi meringankan atau memudahkan perlaksanaannya.

Contohnya boleh kita katakan bahawa undang-undang hudud Islam dalam hukum hirabah telah diamalkan sekarang. Ini kerana orang yang melakukan jenayah hirabah atau rompakan hukumannya tidak disepakati oleh ulamak. Walaupun ianya sabit dengan ayat quran tapi medan zanninya masih luas lagi. Saya lebih melihat bahawa perlaksanaan hudud di Malaysia telah dijadikan alat politik.

Pandangan anda dihargai

Soalan: Fekah Jenayah

Beban pembuktian bagi kes hudud amat tinggi kerana ianya dihindari bila ada syubhah. Tapi apakah tepakai kepada semua kes atau untuk kesalahan tertentu seperti zina, mencuri, qazaf dan riddah sahaja. Kalau kes seperti hirabah dan bughah bukankah terserlah syubhahnya? Apakah simply dikatogorikan sebagai takzir?

Jawapan:

Semanjak sekian lama undang-undang Islam telah ditinggalkan. Sebenarnya salah satu faktor undang-undang Islam ditinggalkan ialah kerana sikap jumud sebahagian ulamak yang tidak mahu mengubah suai hukum hakam Islam yang berada dalam katogori ijtahadi mengikut perkembangn semasa. Akibat undang-undang ini tidak digunakan maka mengakibatkan doctrine of judicial precedent sangat terhad.

Dalam kes bughah tak jadi masaalah sangat. Ini kerana bughah hukumannya qital bukan qatl. Iaitu pemimpin berhak memerangi bughah. Memerangi iaitu perkataan qital bukan bermaksud membunuh tetapi bermaksud memerangi. Jika bughah menggunakan senjata pemusnah barulah tindakannya dilawan dengan menggunakan cara yang boleh menundukkan mereka. Bila mereka ditangkap mereka tidak lagi boleh dibunuh.

Dalam kes hirabah pula kita ada teknik pembuktian moden seperti dna, kesan jari, kamera dan sebagainya. Dalam kes seperti ini persoalannya ialah apakah tahap penghujjahannya boleh mencapai tahap qat’i yang boleh membawa pesalah kepada hukum hudud? Jawapannya ialah para ulamak silam telah membincangkan perkara ini tetapi dengan contoh yang sezaman dengan mereka seperti bolehkan mensabitkan pembunuhan dengan mengunakan bahan bukti seperti mendapati ada darah pada pakaian orang yang dituduh membunuh. Atau pisau yang berlumuran darah.

Saya menganggap perbincangan para ulamak semasa mestilah bersifat meneruskan sahaja kajian pembuktian yang telah dilakukan oleh sistem perundangan sedia ada dengan syarat ianya ditapis dari sudut kefahaman syarak.Perlu diingat bahawa roh undang-undang sivil dalam masaalah ini juga ialah menghukum orang yang bersalah jadi tujuannya adalah sama. Cuma keputusan kajian mestilah bersifat mendapat endorsement pihak berkuasa agama dengan mengambilkira tahap ketepatannya. Melalui kuasa perundangan ini sahajalah boleh ditetapkan apakah bahan bukti itu boleh diterima atau tertolak. Dalam ertikata lain ianya termasuk dalam siasah syariyyah.

Adalah tidak mustahil untuk membuktikan jenayah rogol dengan adanya dna dalam kemaluan orang yang dirogol cuma persoalan sekarang ialah apakah tahap ketelusan pembuktian tersebut? Apakah mungkin berlaku penipuan dari pihak pendakwa? Apakah tahap keraguan yang boleh ditimbulkan terhadap laporan perubatan? Dalam bab ini, perlaksanaan telah berlaku dan sentuhan ulamak syarak hanya bersifat meneruskan kajian bukan memulakannya dari kosong.

Pandangan anda dihargai