Teka-teki Paling Susah


Hari ni saya nak bagi teka-teki paling susah di abad ini. Ha tengok dalam gambar di atas, brother ni ditangkap kerana kesalahan meragut. Ehh..apa anda buat kalau dapat peragut? Rasanya mahu di kuda-kudakan saja mereka ni. Tambah lagi saya yang tiggal hampir dengan Kajang. Katanya makin hari makin banyak jenayah kat sana.

Saya ada dengar kat Selangor ni ada satu ajaran, bila mereka solat belakang guru mereka, selesai solat guru akan paling belakang dan bagitahu dosa makmum masing-masing, katanya guru akan berkata ‘kamu muka seperti monyet…ha kamu macam anjing…’ dan seterusnya. Kalau peragut ni kena telek dek guru yang kononnya nampak dosa ni agak-agaknya apa yang dia kata? Tapi nanti dulu…itu bukan soalannya lagi. Sebelum jawab soalan teka teki, baca cerita ni dulu…

Ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong menuntut menteri yang bertanggungjawab ke atas syarikat permodalan negara Khazanah Nasional Bhd supaya meletak jawatan atas kehilangan wang rakyat berjumlah RM546 bilion.

Pada ucapannya di Dewan Rakyat hari ini, Wee (kiri) berkata kerugian itu berlaku selepas Khazanah mempengaruhi Pos Malaysia Bhd dalam isu penjualan sahamnya dalam sebuah lagi syarikat “X” dengan harga RM14 juta.

“Saya difahamkan bahawa maksud ‘penguasaan luar’ di sini adalah penguasaan dariapda Khazanah (Nasional) Bhd, yang diketuai oleh Tan Sri Azman Mokhtar dan syer X adalah Transmile Bhd.

“Saya merayu kepada perdana menteri untuk menjalankan satu siasatan dengan segera apa yang telah didedahkan.

“Jikalau tuduhan tersebut adalah benar, saya percaya benar, menteri yang bertanggungjawab untuk Khazanah pada masa itu, jika masih memegang jawatan menteri mesti meletak jawatannya dengan segera untuk memikul tanggungjawabnya.

“Tindakan keras mesti diambil ….(Malaysiakini 18/3/10)

Berbalik pada teka-teki tadi,soalannya ialah jika muka peragut dilihat seperti anjing oleh guru ghaib tadi maka bagaimana pula dengan muka pesalah kes kedua? Apa yang guru tu nampak???

Pandangan anda dihargai

Binatang apa tak kena selsema??

Para saintis sekarang mula bercakap pula tentang selsema anjing. Sebelum ni selsema burung. Sekarang hebat pula dengan selsema babi. Di Kelantan ada sejenis demam lagi iaitu demam Kura. Bagaimanapun virus demam Kura bukan datang dari kura-kura tapi nama bagi demam Malaria dalam loghat Kelantan.

Sebenarnya selsema anjing adalah diseabkan oleh virus AH3N8. Virus ini mula dikesan semenjak 40 tahun yang lampau. Tapi pada asalnya virus ini menyerang kuda. Virus ini merebak dengan cepat menyebabkan kuda banyak yang kena selsema lalu dipanggil selsema kuda.

Selepastu virus ini mula memasuki badan anjing dan mengubahsuai dirinya untuk menyerang sistem pertahanan badan anjing. Adalah dibimbangi kalau-kalau virus ini akan terus menyesuaikan diri dengan badan manusia dan membolos sistem pertahanan badan manusia.

Kalau semua binatang boleh kena selsema, maka binatang apakah yang tak akan kena selsema? Apa agaknya?…Fikirkan…Jawab dalam ruangan komen dan saya akan bagi jawapannya esok ya.