Senarai Kes Jenayah Mengikut Mahkamah Rendah

Sekadar berkongsi maklumat:…..


DENDA: TIDAK MELEBIHI RM3,000.00 @ TIDAK MELEBIHI 2 TAHUN PENJARA @ KEDUA-DUANYA SEKALI.

BIL SEKSYEN KESALAHAN ENAKMEN
1 4 Pemujaan Salah Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
2 12 Menghina Pihak Berkuasa Agama Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
3 13 Menyebarkan Pendapat Bertentangan Dengan Fatwa Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
4 14 Mengajar Tanpa Tauliah Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
5 15 Mengingkari Perintah Mahkamah Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
6 16 Penerbitan Bertentangan Hukum Syarak Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
7 17 (1) (2) (3) Judi Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
8 18 (1) (2) Minuman Yang Memabukkan Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
9 29 (a) (b) Khalwat Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
10 33 Menghalang Pasangan Yang Sudah Bernikah Daripada Hidup Sebagai Suami Isteri Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
11 37 Pemungutan Zakat / Fitrah Tanpa Diberi Kuasa Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995

DENDA: TIDAK MELEBIHI RM2,000.00 @ TIDAK MELEBIHI 1 TAHUN PENJARA @ KEDUA-DUANYA SEKALI.

BIL SEKSYEN KESALAHAN ENAKMEN
12 19 (a) (b) Tidak Menghormati Ramadhan Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
13 27 Hubungan Jenis Antara Orang Yang Sama Jantina Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
14 38 Penyalahgunaan Tanda Halal Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
15 210 Penghinaan Mahkamah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003
16 211 Maklumat, Keterangan @ Pengakuan Palsu Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003
17 212 Pegawai Agama Yang Mengingkari Arahan Undang-Undang Dengan Niat Hendak Menyebabkan Bencana Kepada Mana-mana Orang Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003

DENDA: TIDAK MELEBIHI RM1,000.00 @ TIDAK MELEBIHI 6 BULAN PENJARA @ KEDUA-DUANYA SEKALI.

BIL SEKSYEN KESALAHAN ENAKMEN
18 20 Tidak Menunaikan Solat Jumaat Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
19 30 Lelaki Berlagak Seperti Perempuan Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
20 31 Perbuatan Tidak Sopan Di Tempat Awam Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
21 35 Tidak Hadir Di Hadapan Pendaftar Dalam Masa Yang Ditetapkan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003
22 124 Poligami Tanpa Kebenaran Mahkamah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003
23 125 Perceraian Di Luar Mahkamah Tanpa Kebenaran Mahkamah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003
24 126 (1) (2) Tidak Membuat Laporan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003
25 127 Meninggal Langsung Isteri Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003
26 128 (1) (2) Menganiayai Isteri / Suami Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003
27 129 Tidak Memberi Keadilan Yang Sewajarnya Kepada Isteri Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003

DENDA: TIDAK MELEBIHI RM100.00 (Untuk Kesalahan Yg Pertama)
TIDAK MELEBIHI RM500.00 (Bagi Kesalahan Yg Kedua & Seterusnya)

BIL SEKSYEN KESALAHAN ENAKMEN
28 130 Isteri Tidak menurut Perintah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003

HUKUMAN: TIDAK MELEBIHI 1 TAHUN PENJARA

BIL SEKSYEN KESALAHAN ENAKMEN
29 131 Percubaan Menjadi Murtad Untuk Membatalkan Perkahwinan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003
30 133 (1) (2) Kecuaian Dengan Sengaja Untuk Mematuhi Perintah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003

DENDA: TIDAK MELEBIHI RM500.00 @ TIDAK MELEBIHI 3 BULAN PENJARA @ KEDUA-DUANYA SEKALI.

BIL SEKSYEN KESALAHAN ENAKMEN
31 132 (1) (2) (3) Persetubuhan Luar Nikah Antara Orang Yang Bercerai Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003

HUKUMAN @ DENDA SAMA SEPERTI KESALAHAN YANG DIPERUNTUKAN DALAM KESALAHAN ITU.

BIL SEKSYEN KESALAHAN ENAKMEN
32 134 Percubaan Dan Subahat Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003

TATACARA JENAYAH

BIL SEKSYEN KESALAHAN ENAKMEN
33 224 Pampasan jika tuduhan tak berasas Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Sumber:
http://www.esyariah.gov.my/portal/page?_pageid=185,1&_dad=portal2&_schema=PORTAL2

Wacana Ilmuan:
Ada hukuman yang tak masuk akal seperti hukuman bagi kesalahan zina…

Pandangan anda dihargai

Kenapa sekejam ini?

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my

Seorang pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menunjukkan mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui di kolam tadahan banjir di Kampung Boyan, Lorong Gurney pagi semalam. – Gambar Ehsan pembaca Utusan


KUALA LUMPUR 22 Dis. – Belum pun kematian Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin dua tahun lalu luput daripada ingatan masyarakat – hari ini seorang lagi kanak-kanak perempuan menjadi mangsa pembunuhan kejam.

Mayatnya dengan kesan leher dijerut ditemui di ibu negara kira-kira pukul 11.30 pagi ini.

Lebih sadis lagi, mayat kanak-kanak malang tersebut ditemui terapung dipercayai dicampak dalam kolam tadahan banjir di Kampung Boyan, Lorong Gurney di Jalan Semarak di sini.

Mangsa berumur dalam lingkungan 11 hingga 13 tahun dipercayai dirogol. Mayatnya ditemui dalam keadaan separuh bogel.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, kanak-kanak itu yang berkulit gelap mempunyai ketinggian kira-kira 1.2 meter.

Ketika ditemui, kata beliau, mangsa hanya memakai baju tidur tanpa seluar dalam.

Menurut Zakaria, siasatan awal mendapati, leher mangsa telah dijerut ketat dengan sehelai kain.

“Mayat kanak-kanak itu dipercayai dicampak ke kolam tersebut dalam tempoh 24 jam lalu. Selain kain itu, kita tidak menemui objek lain yang boleh dikaitkan dengan pembunuhannya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat kanak-kanak malang itu yang ditemui oleh tiga pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikeluarkan dengan bantuan skuad penyelamat pihak berkuasa tempatan itu.

Menurut Zakaria, identiti mangsa masih belum diketahui dan polis menyiasat kes ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Tambahnya, mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan polis akan memperincikan siasatan selepas laporan bedah siasat diterima.

Sehubungan itu, beliau meminta sesiapa yang kehilangan anak perempuan supaya segera menghubungi balai polis berdekatan.

Bila Noordin Mat Top Bolos

Gambar di atas adalah mayat Ibrohim yang telah dibunuh oleh pihak keselamatan Indonesia di Temanggung Jawa Tengah. Serengan ini sebenarnya bertujuan menumpaskan Noordin Mat Top tapi beliau tidak dapat ditangkap.

Saya tidak bertujuan mengupas panjang kejadian ini, yang saya pelik dengan masyarakat kita ialah saya mula dengar cerita-cerita pelik mengenai bagaimana Noordin boleh bolos. Cerita-cerita pelik ini mengaitkan beliau dengan ilmu ghaib yang kesemuanya pelik-pelik belaka.

Keadaan ini sekaligus mendedahkan kepada kita bagaimana masyarakat kita mudah mengandaikan sesuatu kjadian dengan sesuatu yang pelik. Noordin boleh ghaib, dia kebal ada ilmu, jampinya dari sipulan-sipulan dan berbagai-bagai lagi.

Pemikiran tahyul seperti ini amat menyenagkan hati pihak yang terlibat. Ini kerana masyarakat yang percaya kepada tahyul hidup dalam dunia sediri dan boleh di tipu dengan mudah. Para pegawai keselamatan akan tersenyum, 10 kali dia bolos lagi baik…hheehe… mungkinkah inilah yang dikatakan kepada rakyat yang otaknya dipenuhi dengan tahyul…dia memelihara hantu….

Masyarakat kita amat kurang mengaitkan kebolosan seseorang yang dikehendaki oleh pihak berkuasa dengan amalan rasuah. Sebenarnya inilah hantu yang sering mengacau masyarakat dan berkeliaran dimana sahaja. Hantu rasuah juga boleh berkeliaran ketika pihak keselamatan melakukan operasi besar-besaran. Akibat campurtangan hantu rasuah ini, segala operasi akan sia-sia sahaja.

Operasi pihak imigresyen akan tergendala dan segala pesalah akan bolos bila para pegawai melihat hantu rasuah. Hantu rasuah akan mula merasuk para pegawai sebaik sahaja jampi-jampi yang berbentuk dolar atau rm ditaburkan oleh dukun-dukun yang handal itu.

Operasi membenteras dadah juga tidak kurang juga terdedah kepada hantu rasuah. Sebab itu bertahun-tahun dadah diperangi tetapi semakin diperangi maka semakin melonjak perniagaannya. Apabila pegawai-pegawai di rasuk hantu rasuah, mereka akan lupa diri. Walaupun gaji mereka kecil tetapi mereka akan meracau-racau lalu membeli rumah besar dan kereta mewah. Kehidupan mereka akan lebih mewah dan mereka juga akan dihormati dan dianggap berjaya.

Pendek kata hantu rasuah ni memang bahaya dan bomoh-bomoh yang memuja hantu rasuah ni memang ramai. Apa yang sedikit pelik ialah bomoh-bomoh yang memuja hantu rasuah tak suka dikenali orang. Berlainan dengan bomoh yang memuja hantu iblis. Bomoh hantu rasuah lebih suka sendirian. Dan mereka juga suka jika rakyat terus bodoh dan melihat hantu iblis lah yang mengghaibkan orang yang diburu. Dengan kebodohan itu mereka akan terus dapat memuja hantu rasuah yang sentiasa membawa hasil kepada tuannya.

Pandangan anda dihargai

Anda di Malaysia? (klik)

Bila hukum Allah diabaikan maka dendam dan kemarahan menjadi neraca. Ketika itu kezaiman pun bermaharajalela. Betulkah peristiwa ini berlaku di Malaysia? Negara demokrasi dan berperlembagaan. Undang-undang didaulatkan. Wacana Ilmuan menentang segala bentuk kezaliman walau darimana ia datang dan kepada siapa sahaja ianya ditujukan.
Pandangan anda dihargai

Tahniah!!!

Hakim sebat pesalah kes rompak pelajar

Utusan

KUALA LUMPUR 6 Jun – Buat pertama kalinya sejak Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini beroperasi lebih dua tahun lalu, seorang pesalah akan dikenakan hukuman sebatan 10 kali di pekarangan kompleks tersebut pada 15 Julai ini.

Hukuman sebatan itu akan dilaksanakan sendiri oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Zainal Abidin Kamarudin dengan disaksikan oleh kedua ibu bapa pemuda berusia 20 tahun itu, Muhammad Syafiq Abd. Wahab.

Muhammad Syafiq yang bekerja sebagai promoter dikenakan hukuman tersebut selepas mengaku bersalah merompak seorang pelajar dengan menggunakan pisau pada tahun lalu.

Perintah tersebut dibuat berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 293(1)(c) Kanun Tatacara Jenayah yang berbunyi:

‘‘Mana-mana pesalah muda yang disabitkan atas mana-mana kesalahan yang boleh dihukum denda ataupun penjara di mana-mana mahkamah jenayah, mahkamah boleh, sebagai menggantikan hukuman penjara kerana tidak membayar denda itu memerintahkan pesalah itu, sekiranya lelaki, disebat dengan rotan halus tidak lebih 10 kali sebatan di dalam kawasan bangunan mahkamah dan jika dikehendaki, di hadapan ibubapa atau penjaga pesalah itu.’’

Wacana Ilmuan:
Tahniah kepada tuan hakim yang berani membawa perubahan. Itulah hukuman yang lebih setimpal dan saya harap ianya lahir dari rasa cinta dan kasih kepada agama, bangsa dan negara.

Hukuman denda RM tidak dapat membentuk masyarakat kerana orang kaya tidak merasakan keperitan hukuman, orang miskin pun boleh berhutang untuk membayar denda, kalau dilepaskan atas kebal politik lagilah teruknya.

Dr Ramadan al Buti berpendapat denda RM dalam perkara jenayah adalah bukan hukum Islam. Walaupun begitu ianya diamalkan di mahkamah syariah di negara kita. Akhibatnya siapa yang ditangkap khalwat atau zina, maka mereka boleh membayar denda RM sahaja. Siapakah yang akan takut dengan denda RM3000? Harga seekor lembu.
Pandangan anda dihargai